Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Katan ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menyuruk (menyorok) hilang-hilang, memakan habis-habis.

Takrif

Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memakan habis-habis, menyuruk [menyorok] hilang-hilang, b. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memakan habis-habis, menyuruk (menyorok) hilang-hilang.

Takrif

Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Membuhul jangan membuku, mengulas jangan mengesan.

Takrif

Jika merahsiakan sesuatu hendaklah dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memakan habis-habis, menyuruk [menyorok] hilang-hilang, b. Menyuruk [menyorok] hilang-hilang, memakan habis-habis).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kasih sepantun tulisan pinggan.

Takrif

Kasih yang tak hilang-hilang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berani hilang tak hilang, berani mati tak mati.

Takrif

Siapa yang berani akhirnya akan menang juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tunggang hilang, tak hilang.

Takrif

Siapa yang tetap hati (berani mati dan sebagainya), akan mencapai maksudnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hilang bahasa lenyap bangsa.

Takrif

Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hilang tukul hilanglah pahat.

Takrif

Tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan kalau tidak berteman.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hilang tentu rimbanya, mati tentu kuburnya.

Takrif

Sesuatu hal atau perkara yang sudah tentu kesudahannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hilang sepuh nampak senam.

Takrif

Tampak kejahatannya, sesudah terbuka rahsianya. sepuh = sadur; senam = warna yang asal.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
hilang
1. Bersinonim dengan lenyap
( lesap, kesasar, hirap, ghaib, sirna, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, padam, pudar, luntur, surut,
(adjektif:)

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mati, wafat, mangkat, gugur, meninggal,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghilang, menghilangkan, kehilangan, penghilangan, penghilang,

Puisi
 

Hilang baju kerana tapak,
     Hilang berjalan di pohon pauh;
Hilang malu kerana takut,
     Melangsung adat hajat saudara jauh.



Lihat selanjutnya...