Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Katan ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Hilang kapak di dalam padi, Hilang dilamun para-para; Hilang bapak boleh diganti, Hilang ibu amat bicara.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang rasanya hambar; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang bahayanya besar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang lauk terbuang; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang kutuk pun datang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang patah selera; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang hidup sengsara.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang tiada yang makan; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang binasalah badan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang orang tak hendak; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang terbuang akhlak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Hilang baju kerana tapak, Hilang berjalan di pohon pauh; Hilang malu kerana takut, Melangsung adat hajat saudara jauh.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin hilang tidakkan hilang: Bermain bukan sebarang main, Main belakang mata terbuntang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin hilang tidakkan hilang; Bermain bukan sebarang main, Main belakang mata terbuntang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bangun malai bangunlah bungaku, Bangun puasa bulan Ramadan; Hilang bunga hilang di pangkuanku, Bungaku wujud sepanjang badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
hilang
1. Bersinonim dengan lenyap
( lesap, kesasar, hirap, ghaib, sirna, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, padam, pudar, luntur, surut,
(adjektif:)

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mati, wafat, mangkat, gugur, meninggal,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghilang, menghilangkan, kehilangan, penghilangan, penghilang,

Puisi
 

Hilang baju kerana tapak,
     Hilang berjalan di pohon pauh;
Hilang malu kerana takut,
     Melangsung adat hajat saudara jauh.



Lihat selanjutnya...