Pantun |
Sumber |
Tema |
Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Sejuk tubuh diri sendiri, Hendak membuat barang makanan; Nampak pulau sebelah kiri, Melihat beting sebelah kanan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Sakit kaki ditikam duri, Duri landak di perdu sirih; Sakit hati diri sendiri, Barang kehendak nak ambil tak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ikan haruan dipanggang tenggiri, Mari masuk ke dalam perahu; Jangan tuan menghina diri sendiri, Sama saja badan berbau. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Sayang Musalmah memakai tudung, Tudung dipakai sebelah kiri; Apa dikenang kepada untung, Untung tak untung diri sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Orang Cina dari Seberang, Bawa jual ikan tenggiri; Mengata orang jangan sebarang, Tak pernah cermin diri sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau jadi katakan padi, Jangan ditampi berhari-hari, Kalau tak sudi kata tak sudi, Jangan menyusah diri sendiri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Cik Yam turun ke barat, Sampai ke barat terkena duri; Ibarat royan biarlah ada tempat, Insaflah sedikit diri abang sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tetak nipah susunnya nipah, Tetak kumati berdiri-diri; Duduk susah berdiri susah, Memikirkan badanku tinggal sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cuba-cuba menanam sirih, Cekor ada tumbuh sendiri; Cuba-cuba bertambat kasih, Kalau ada tunjukkan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| sendiri (kata nama) | 1. Bersinonim dengan tubuh diri: diri, kediri, Berantonim dengan orang lain
2. Bersinonim dengan seorang diri: tidak berkawan, berseorangan, Berantonim dengan berteman
3. Bersinonim dengan sendiri-sendiri: masing-masing
4. Bersinonim dengan hak diri: kepunyaan peribadi, milik diri,
5. Bersinonim dengan terpisah: terasing, tersisih, terpencil, tercerai,
| Kata Terbitan : sendirinya, bersendiri, menyendiri, menyendirikan, tersendiri, ketersendirian, sendirian, bersendirian, kesendirian, persendirian, penyendirian, penyendiri, |
|
Puisi |
---|
|
Sejuk tubuh diri sendiri, Hendak membuat barang makanan; Nampak pulau sebelah kiri, Melihat beting sebelah kanan.
Lihat selanjutnya... |
|