Kata |
Takrif |
Sumber |
tersisih | sudah diasingkan atau dipisahkan dr yg lain; terasing: Dia berasa dirinya ~ dr masyarakat kampungnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tersisih | (sudah) diasingkan atau dipisahkan, terasing, terpisah: dia berasa dirinya ~ dr kawan-kawan yg telah lama bekerja di sana; hidupnya ~ dr kaum keluarga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersisih | sudah diasingkan atau dipisahkan dr yg lain; terasing: Dia berasa dirinya ~ dr masyarakat kampungnya. | Kamus Pelajar |
terasing | terpisah, tersisih, terpencil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkucai | tercerai, terpisah (tersisih) drpd yg lain; ®kucil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sisih; menyisih | tersisih sudah diasingkan atau dipisahkan dr yg lain; terasing: Dia berasa dirinya ~ dr masyarakat kampungnya. | Kamus Pelajar |
kesendirian | 1. perihal sendiri (terpencil, tersisih drpd yg lain); 2. perihal lain drpd yg lain, keistimewaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlerai | dipisahkan atau diceraikan, tercerai, tersisih: cintaku telah ~; tidak ~ dgn janjang prb perihal tidak dapat diceraikan (orang yg berkasih-kasihan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menara gading | a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersamping | terletak di samping (di tepi, di sisi), tersisih, tersingkir: oleh sebab pengarang itu amat kontroversi, dgn sendirinya dia ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
cold | ~ in the head, demam selsema; /catch, get/ ~, /mendapat, kena/ demam selesema; find os out in the ~, mendapati diri sso disisihkan; have a ~, demam selsema; (be left) out in the ~, tersisih. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
angle of deviation | sudut sisihan | Sains Kesihatan | Tiada | 1. Sudut yang terhasil apabila alur cahaya tersisih akibat pantulan cermin atau biasan. 2. Sudut antaran paksi penglihatan mata juling yang tersisih daripada normal. |
free indirect style | wacana bebas tak langsung | Kesusasteraan | Tiada | Teknik pengarang menyampaikan pemikiran dan ujaran watak secara tidak langsung dari sudut pandangan watak, seolah-oleh disampaikan sendiri oleh watak. Teknik ini menggabungkan ciri-ciri ujaran secara langsung daripada seorang watak dengan ciri-ciri ujaran tidak langsung seorang pengarang. Contohnya, ujaran bebas langsung dalam novel, F?tim?h berk?t?, Aku r?s? diriku tersisih. Perset?nk?n merek?! Contoh ujaran bebas tidak langsung dalam novel, F?tim?h berk?t?, dirinya tersisih. Perset?nkan merek?! |
metaphor | metafora | Kesusasteraan | Tiada | Kiasan yang membandingkan secara tersirat dua objek yang berlainan melalui daya imaginasi sehingga melahirkan konotasi yang segar dan baharu. Contohnya The Eye of Day ialah metafora kepada The Sun yang membandingkan dua objek yang berbeza, eye dengan sun. Dalam sajak Chairil Anwar, Aku pada baris Aku binatang jalang, daripada kumpulannya terbuang, binatang jalang ialah metafora kepada keadaan seseorang yang berasa tersisih. Terdapat beberapa jenis metafora, antaranya ialah metafora lunjuran dan metafora usang. Metafora lunjuran merupakan metafora yang dikekalkan dan dikembangkan di sepanjang karya sebagai metafora utama yang mengawal seluruh imejan dalam teks. Contoh metafora lunjuran terdapat dalam karya, Because I Could Non Stop Death oleh Emily Dickinson. Dalam karya ini, perjalanan dengan kereta kuda ialah metafora lunjuran untuk perjalanan dalam hidup. Selain itu, karya alegori boleh dianggap sebagai metafora lunjuran yang kompleks. Contohnya, alegori sufi Syair Perahu oleh Hamzah Fansuri ialah metafora lunjuran kepada perjalanan roh manusia mencari Tuhan. Metafora usang pula merupakan metafora yang telah basi dan klise kerana terlalu kerap digunakan. Contoh metafora usang ialah kumbang untuk lelaki dan bunga untuk perempuan. Contoh metafora lain ialah tajuk novel Perahu Waktu karya Supaat I. Latief. Ungkapan perahu waktu merupakan metafora kerana ungkapan ini menggabungkan unsur nyata (perahu) dan tidak nyata (waktu). Unsur metafora, iaitu serpihan sabar dan selumbar harapan ditemui dalam sajak bertajuk Bubu oleh Mohd Amran Daud: ... dalamnya hanyalah serpihan sabar. Sabar yang tertancap oleh selumbar harapan. Harapan yang bergayut di pucuk gelora. Dan gelora yang rakus menghempas pantai usia. Lihat juga simile. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
tersisih | [ter.si.sih] | ترسيسيه |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
ralat | error | Nilai kiraan, catatan dan ukuran yang tersisih daripada nilai sebenar. | Menengah Rendah |
|
|