Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Musykil dengan penggunaan 'pun'. Bilakah ia disambungkan dengan perkataan lain. Terima kasih | Walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, sungguhpun dan sebagainya dieja satu perkataan. Walau bagaimanpun pun yang bermaksud juga dieja dua perkataan seperti telah pun (juga) dan dia pun (juga). | Tatabahasa | 04.09.2013 |
Saya musykil berkenaan istilah "Vexillology" untuk hal kajian bendera. Adakah istilah yang sesuai "Veksilogi" atau "Kebenderaan"? | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut: Vexillology - veksilologi Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bdang tertentu. | Lain-lain | 12.05.2021 |
Saya musykil dengan janji kerajaan untuk memperkasa dan mengutamakan Bahasa Melayu dalam semua urusan Kerajaan. Saya berasa sangat kecewa apabila TV3 hari ini menunjukkan sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak dimana Ketua Menterinya sendiri menyampaikan ucapan dalam bahasa inggeris. Apa pandangan dan tindakan DBP terhadap isu ini? Adakah ini cara kita memertabatkan BM sebagai Bahasa Kebangsaan? | Perjanjian 20 Perkara dalam Pembentukan Malaysia, memberi ruang kepada penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi di Sarawak. Walau bagaimanapun DBP selaku badan yang dipertanggungjawabkan dalam hal pemartabatan bahasa akan terus berusaha mengangkat martabat bahasa kebangsaan, selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Usaha ini bukanlah mudah dan memerlukan iltizam semua pihak khususnya kesungguhan politik untuk memartabatkan bahasa Melayu di seluruh Negara termasuklah dalam konteks di Sarawak yang mempunyai pelbagai kaum, bahasa dan budaya. Untuk makluman tuan, kami sedang berusaha mendapatkan maklumat yang rinci tentang senario penggunaan bahasa Melayu dalam sidang DUN Sarawak dan maklumat tersebut akan di-e-melkan kepada tuan. | Lain-lain | 29.04.2015 |
Saya musykil tentang perkataan sebelum dan mendapatkan. Adakah perkataan-perkataan ini tergolong dalam golongan kata bantu iaitu belum dan dapat? | Perkataan mendapatkan merupakan kata kerja manakala menurut Kamus Dewan Edisi Empat, sebelum bermaksud sewaktu belum, pada waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat.
| Tatabahasa | 17.02.2015 |
Saya musykil dengan perkataan yang baru-baru ini saya terbaca dalam sebuah artikel iaitu Doktrinasi. Adakah perkataan ini wujud dalam bahasa melayu? | Doktrinasi merupakan istilah dalam bidang pendidikan. | Tatabahasa | 26.08.2013 |
Saya musykil dengan bunyi huruf 'I' yang kedua di dalam perkataan 'ITIK'. Adakah bunyinya sama dengan bunyi huruf 'I' yang pertama di dalam perkataan tersebut? Begitu juga dengan bunyi huruf 'U' yang kedua di dalam perkataan 'UNTUK', adakah bunyi kedua-dua huruf 'U' sama atau sebaliknya? Apakah sesuatu huruf vokal kecuali 'E pepet' dan "E taling' hanya mewakili satu bunyi sahaja? Apakah sebutan baku masih lagi perlu dititikberatkan atau diberi kelonggaran dalam pengajaran fonologi berikutan perubahan zaman? Terima kasih. | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Kami berusaha untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan dengan pertanyaan saudara. Pada dasarnya mengikut sistem keselarasan vokal tiap perkataan disebut sebagaimana ejaannya . Hal yang dinyatakan ada kaitannya dengan kegelinciran ketika pperkataan tersebut dibunyikan. Jjika ada maklumat yang tepat kami akan e-mel kepada puan. | Tatabahasa | 03.01.2013 |
Saya musykil dengan penggunaan kata ganti diri 'ia'. Bilakah 'ia' boleh digunakan? Ada yang mengatakan 'ia' hanya boleh digunakan untuk benda hidup seperti binatang. Tetapi, ada juga pendapat mengatakan, ia TIDAK BOLEH digunakan sebagai ganti diri bagi binatang dan benda. Boleh tuan/puan yang bijaksana jelaskan? | Ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan, tetapi kata ia tidak boleh merujuk kepada binatang. | Tatabahasa | 27.09.2011 |
Saya musykil dengan perbezaan antara kata akar, akar kata dan kata dasar. Tolong perjelaskan terima kasih | Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terdapat istilah akar kata dan kata dasar, tetapi tidak terdapat istilah kata akar. Akar kata (root word) bermaksud bentuk morfem terikat (tetapi bukan imbuhan) yang tidak bertaraf perkataan dan berpotensi menerima imbuhan atau bergabung dengan perkataan lain. Contohnya, tapa dalam bertapa, tani dalam pasar tani. Kata dasar atau bentuk dasar (base form) ialah bentuk kata yang berpotensi menerima sebarang imbuhan atau perubahan tatabahasa. | Tatabahasa | 25.04.2011 |
Say aagak musykil untuk terjemah "adventure film" dan "swashbuckler film" yang kedua-duanya bermaksud "filem kembara. Tapi jika ikut istilah bahasa Inggeris, swashbuckler adalah subgenre adventure. "Swashbuckler film" bermaksud subgenre genre filem pengembaraan, yang sering dicirikan oleh pertarungan pedang dan watak-watak kepahlawanan, yang dikenali sebagai swashbuckler. Manakala "adventure film" pula unsur plot utama merangkumi pencarian benua yang hilang dan suasana eksotik; perjuangan dan situasi yang menghadapi watak-watak utama, penciptaan kerajaan, watak-watak yang memulakan pencarian harta karun dan kepahlawanan, pencarian (quest), penerokaan, pencarian dan pencarian yang tidak diketahui biasanya juga harus mengatasi musuh. Jadi bagai mana terjemahan yang sesuai untuk membezakan kedua-dua itilah yang hampir sama ini? Adakah kekalkan "swashbuckler film" sebagai "filem swashbuckler"? | Padanan bahasa Melayu untuk "adventure film" ialah filem kembara manakala "swashbuckler film" ialah filem kepahlawanan. Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung kepada konteks penggunaan ayat. | Makna | 02.09.2020 |
Assalamualaikum.... Saya musykil antara perkataan temujanji dan janji temu .... mana yang betul. Sekian,terima kasih | Istilah bahasa Melayu yang betul ialah janji temu. | Istilah | 21.07.2013 |