Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TENEMEN | Tenemen ialah satu istilah yang kerap digunakan untuk menerangkan tentang rumah kediaman yang sesak lagi usang. Tenemen juga merujuk kepada sebarang bangunan kediaman yang disewakan kepada dua atau lebih keluarga atau penyewa. Sebuah tenemen boleh merupakan sebuah bangunan kediaman lama yang diubahsuai untuk menempatkan keluarga yang berpendapatan rendah dengan kemudahan yang kurang bermutu. | UMUM | |
MÖRIKE, EDUARD | Mörike, Eduard (18041875) ialah penyair lirik Jerman. Dia berjaya mengatasi kekaburan yang menjadi ciri kebanyakan puisi romantik. Karya-karya Mörike banyak yang membayangkan suasana aman dan menyeronokkan. Tetapi puisinya yang amat dikagumi ialah mengenai sesuatu objek atau detik waktu, seperti sebuah lampu usang dalam rumah musim panas, atau sepasang kekasih ketika menghilangkan diri di satu sudut. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| usang (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kuno: lama, lapuk, terlalu tua, buruk, uzur, lasam, tidak berguna lagi, bahari, Berantonim dengan baru
2. Bersinonim dengan kering: kersang, gersang, kersul, kasang, cerin, dengkel,
3. Bersinonim dengan tidak subur lagi: kehabisan baja, saka, keras, mengkal, dangkal, Berantonim dengan subur
| Kata Terbitan : mengusang, keusangan, |
|
|