Armstrong, Henry Jackson, Jnr. (19121988) ialah satu-satunya peninju yang telah merangkul tiga gelaran kejohanan dunia pada satu masa. Armstrong, warga Amerika yang memenangi gelaran featherweight pada tahun 1937, dan welterweight dan lightweight pada tahun 1938. Dia menguasai bahagian welterweight dan berjaya mempertahankan gelarannya sebanyak 19 kali. Pada bulan Oktober 1939, gaya serangannya yang bertubi-tubi serta kecergasannya yang tinggi telah mengakhiri lima cabaran yang berasingan empat daripada pencabarnya tumbang dengan pukulan knock-out. Dia kehilangan gelaran tahun 1940. |