Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KAWASAN TENANG | Kawasan tenang ialah kawasan yang biasanya sedikit sekali berangin atau tiada langsung berangin. Beberapa kawasan di permukaan bumi dikenali sebagai kawasan yang selalu tenang. Kawasan tenang ini termasuk utara dan selatan garisan lintang kuda , utara dan selatan wilayah subkhutub dan doldrum khatulistiwa. | UMUM | |
KEAMANAN | Keamanan ialah keadaan yang tenang, senyap dan bebas daripada kekacauan. Dari segi politik dan ketenteraan, keamanan bermakna bebas daripada kacau-bilau seperti peperangan dan rusuhan. | UMUM | |
DOLDRUM | Doldrum ialah satu kawasan lingkaran yang tenang, berangin lembut ataupun berbadai di sekitar khatulistiwa dan biasanya permukaan lautan. Pakar kaji cuaca menamakannya sebagai zon pertembungan antara tropika. | UMUM | |
KOLAM | Kolam ialah kumpulan air yang kecil, tenang yang biasanya cukup cetek bagi cahaya matahari sampai ke dasarnya. | UMUM | |
PURUN | Purun ialah nama biasa bagi sekumpulan tumbuhan bak rumput yang biasanya tumbuh di rawang dan meadow, dan kadangkala dalam air tenang. Purun sebenar tergolong dalam satu famili. | UMUM | |
ANTONINUS PIUS | Antoninus Pius (86 M. 161 M.) ialah maharaja Rom pada tahun 138 M. sehingga kemangkatannya. Baginda adalah raja yang adil dan lembut, dan pemerintahannya merupakan zaman pemerintahan yang paling tenang dalam sejarah Rom. | UMUM | |
SIKLOP | Siklop ialah krustasea air tawar. Ia mendapat namanya daripada Siklop, iaitu gergasi bermata satu di tengah kepalanya dalam mitologi Yunani. Siklop adalah krustasea kecil yang panjangnya sehingga satu milimeter. Ia hidup di dalam air tenang tasik atau kolam. | UMUM | |
MAILLOL, ARISTIDE | Maillol, Aristide (18611944) ialah pengukir Perancis. Seperti kebanyakan pengukir generasinya, Maillol tidak menyenangi bentuk emosionalisme dan bentuk tidak tentu yang dihasilkan oleh pengukir sezamannya, Auguste Rodin, yang menguasai seni ukir Perancis pada waktu itu. Sebaliknya Maillol menumpukan perhatian terhadap gaya figura yang tenang lagi berimbang. Bentuk yang pejal serta jelas merupakan matlamat utamanya. Maillol cuba kembali mengukir bentuk-bentuk ukiran yang tenang dan harmoni yang terdapat pada ukiran zaman klasik awal Yunani. | UMUM | |
TENCH | Tench ialah ikan yang mempunyai badan dan kepala yang besar, bersirip bulat, dan bersisik kecil. Ikan ini biasanya berwarna hijau tua atau perang, dan kadangkala sedikit warna gangsa. Kulitnya merembes banyak mukus, yang menjadikan ikan ini berlendir. Tench hidup dalam air tenang di tasik, sungai, dan paya. Ia memakan haiwan dan tumbuhan yang mati, larva serangga, krustasea dan moluska. Tench mengeluarkan telur yang kecil di atas daun tumbuhan air. Ikan ini berasal dari Eurasia tetapi telah diperkenalkan ke Amerika Utara, Australia, dan New Zealand. Ia membesar melebihi 60 sentimeter panjangnya. Pengelasan saintifik . Tench tergolong dalam famili kap Cyprinidiae. Ia adalah Tinca tinca . | UMUM | |
ALUVIUM | Aluvium ialah tanah, pasir, batu kerikil, tanah liat, kelodak, atau bahan-bahan lain yang dimendapkan oleh air yang mengalir. Mendapan aluvium berlaku apabila sungai atau anak sungai berkurangan halajunya ketika mengalir menuruni lereng gunung atau memasuki tasik, laut pedalaman, atau teluk yang tenang. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| tenang (adjektif) | 1. Bersinonim dengan teduh: reda, hening, tidak berombak, tidak bergelora, Berantonim dengan bergelora
2. Bersinonim dengan tenteram: lega, lapang dada, damai, bahagia, sejahtera, tabah, sabar, jenjam, kalem, Berantonim dengan runsing gelabah
3. Bersinonim dengan aman: damai, sentosa, harmoni, rukun, Berantonim dengan huru-hara
| Kata Terbitan : bertenang, menenangkan, ketenangan, penenang, |
|
Puisi |
---|
|
Tenang-tenang air laut, Sampan kolek mudik ke hulu; Hati terkenang mulut menyebut, Orang benci kita tak tahu.
Lihat selanjutnya... |
|