Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
AILANTUS | Ailantus ialah sejenis pokok yang dapat hidup di bandar dan tempat-tempat yang tidak dapat ditumbuhi oleh pokok-pokok lain. Ailantus mempunyai kulit berwarna perang-kelabu yang licin dan mengeluarkan buah berwarna perang kemerah-merahan. Ailantus tumbuh dengan cepat sehingga setinggi 18 meter. Pokok ini berasal dari China, tetapi kini banyak ditanam di negara-negara lain. Lihat juga Pokok (Pokok berdaun lebar dan pokok berdaun jejarum (gambar)). | UMUM | |
SURAH AL-MAARIJ | Surah al-Maarij ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-70 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 44 ayat. Surah ini dinamakan al-Maarij (tempat-tempat turun naik) berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku, azab yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada sesiapa pun dapat menolak kedatangannya dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik. (Surah al-Maarij 70:14) | UMUM | |
TEMPAT BERTEDUH | Tempat berteduh ialah suatu struktur atau keadaan semula jadi yang menyediakan perlindungan terhadap cuaca buruk, bahaya, atau gangguan serangga perosak. Manusia memerlukan tempat berteduh untuk melindungi diri mereka daripada kesejukan dan kepanasan yang melampau, serta daripada hujan, salji, dan angin. Terdapat pelbagai jenis tempat berteduh. Rumah ialah bentuk yang paling lazim. Jenis tempat berteduh lain ialah pondok hentian bas, pelindung bom, bangsal, dan pentas beratap. Tempat berteduh mudah alih termasuk khemah, treler, dan bot seperti bot rumah dan kapal layar. | UMUM | |
SAUNA | Sauna ialah sejenis permandian khas untuk membersihkan badan dan bersantai. Ia mengeluarkan peluh melalui kaedah wap. Perkataan sauna juga merujuk kepada bilik atau bilik mandi tempat orang mandi wap. Sauna menjadi tradisi di Finland selama lebih 1000 tahun. Di tempat-tempat lain pula, ia menjadi ciri di kebanyakan kelab kesihatan, hotel, dan tempat peranginan. | UMUM | |
PAIP HABA | Paip haba ialah peranti yang memindahkan banyak haba dari satu tempat ke tempat lain pada suhu yang agak malar. Paip haba boleh memindahkan lebih banyak haba per unit keluasan daripada pengalir logam yang terbaik, termasuk tembaga dan perak. Tidak seperti kebanyakan peranti pemindah haba, paip haba tidak memerlukan sumber kuasa luar. Ciri ini menjadikan tenaga lebih cekap dan lebih jimat. | UMUM | |
PAIP | Paip ialah tiub yang digunakan untuk mengangkut cecair dan gas dari satu tempat ke tempat lain. Talian paip setara dari segi kepentingan dengan lebuh raya dan jalan kereta api sebagai cara untuk mengangkut bahan yang berguna kepada manusia. Paip besar menyalurkan air dari kolam, tasik, atau lain-lain sumber bekalan air ke bandar. | UMUM | |
AGENSI PELANCONGAN | Agensi pelancongan ialah perniagaan yang membantu mengatur perjalanan dan percutian orang ramai dengan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pemergian mereka. Agensi pelancongan membuat tempahan bilik hotel dan pengangkutan serta mengatur perjalanan untuk melihat tempat-tempat yang menarik. Agensi ini juga menawarkan panduan bagi pelanggannya untuk memperoleh pasport dan visa yang diperlukan untuk melancong ke luar negara. Agensi pelancongan juga memberikan maklumat tentang undang-undang dan peraturan sesebuah negara kepada pelanggannya. Agensi ini mengatur pelancongan untuk orang perseorangan atau secara berkumpulan. | UMUM | |
KETIADAAN TEMPAT BERTEDUH | Ketiadaan tempat berteduh ialah satu keadaan bagi seseorang yang tidak mempunyai alamat yang tetap. Mereka yang tiada tempat berteduh ini biasanya tinggal di bangunan-bangunan yang terbiar, di bawah jambatan, stesen bas, hotel-hotel murah, tempat persinggahan kecemasan dan jalanan. | UMUM | |
ORIENTEERING | Orienteering, sukan dengan peserta berjalan dari suatu tempat ke suatu tempat dengan menggunakan peta dan kompas. | UMUM | |
NOMAD | Nomad ialah orang yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain sebagai cara untuk meneruskan kehidupan. Perkataan nomad berasal daripada perkataan Yunani yang bermakna orang yang merayau mencari padang ternakan. Kebanyakan orang nomad berpindah ke sesuatu kawasan tertentu menurut kitaran atau pusingan berdasarkan aktiviti dan musim. Orang nomad biasanya berpindah menggunakan haiwan atau kayak ataupun berjalan kaki. Namun kini, sesetengah orang nomad mengembara menggunakan kenderaan bermotor. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| tempat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan bekas: wadah
2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,
3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,
| Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan, |
|
Puisi |
---|
|
Ambil galah kupaskan jantung, Orang Arab bergoreng kicap; Kepada Allah tempat bergantung, Kepada nabi tempat mengucap.
Lihat selanjutnya... |
|