Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MASA | Masa adalah satu misteri dunia yang paling sukar difahami. Tidak ada sesiapa yang dapat menerangkan apakah masa sebenarnya. | UMUM | |
NABOKOV, VLADIMIR | Nabokov, Vladimir (18991977) ialah penulis Rusia. Novel-novelnya terkenal kerana plotnya yang sukar dan watak kompleks yang dipupuk terhadap subjek-subjeknya. Para pengkritik memuji novel- novel Nabokov kerana jenaka pintarnya, penggunaan perkataan yang rumit dan kaya dengan gaya bahasa. | UMUM | |
PINTER, HAROLD | Pinter, Harold (1930 ) ialah penulis drama Inggeris. Dramanya menekankan situasi ketegangan yang tidak terucap dan kadangkala sukar diterangkan antara watak-watak yang terlibat. | UMUM | |
PAPAN TULIS | Papan tulis. Pada Zaman Pertengahan hingga awal tahun 1800-an, kertas begitu sukar didapati dan mahal. | UMUM | |
MOORE, MARIANNE | Moore, Marianne (18871972), setaraf dengan Emily Dickinson di kalangan penyair wanita terbaik Amerika. Walaupun sesetengah puisinya sukar untuk difahami, Moore menggarap puisinya dengan baik sekali. Dia sering menggunakan bentuk puisi di mana bilangan dan susunan suku kata adalah elemen kawalan dan bukan mengikut pola irama atau rima bercorak konvensional. | UMUM | |
TENDON ACHILLES | Tendon Achilles ialah tendon di belakang pergelangan kaki. Ia melekatkan otot betis pada tulang tumit. Jika terluka, seseorang tidak dapat berlari, dan sukar berjalan, dan tidak dapat berjengket. Namanya berasal daripada legenda Yunani tentang Achilles. Lihat juga Achilles; Tendon. | UMUM | |
ORTODONTIK | Ortodontik merupakan satu cabang bidang pergigian yang mencegah dan membetulkan kedudukan gigi yang tidak tersusun. Selain mencacatkan penampilan diri, kedudukan gigi yang tidak tersusun sukar dibersihkan. Oleh itu, gigi lebih mudah rosak dan menyebabkan penyakit gusi [lihat Gigi (Penyakit Periodontal)]. Ia juga menyebabkan masalah kunyahan dan pertuturan. | UMUM | |
SKURVI | Skurvi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan asid askorbik (vitamin C) dalam diet. Jika seseorang tidak mendapat cukup vitamin C, sebarang luka yang dialaminya sukar sembuh dan mudah mengalami lebam. Dinding kapilari (saluran darah yang kecil) pesakit menjadi sangat lemah dan sekiranya terjadi sedikit tekanan sahaja boleh menyebab saluran darah tersebut pecah. Mulut dan gusi pesakit menjadi sakit. Gusi berdarah dan gigi menjadi longgar. Pesakit kehilangan selera makan, sendi mereka menjadi sakit, dan gelisah. Anemia juga boleh berlaku. | UMUM | |
SKUNK | Skunk ialah haiwan kecil berbulu, mempunyai tanda hitam putih yang tersendiri. Haiwan ini terkenal kerana cecair berbau busuk yang disemburkannya apabila ketakutan atau berada dalam bahaya. Baunya sukar hilang, dan kekal berhari-hari lamanya. | UMUM | |
SANGGAMARA | SANGGAMARA, alat untuk menangkap seseorang yang mengamuk dan sukar didekati. Alat ini bukannya satu senjata. Ia merupakan satu-satunya alat yang telah diperkenalkan di Malaysia oleh British pada zaman dahulu. | BUDAYA | Alat/Alatan |
|
Tesaurus |
---|
| sukar (adjektif) | 1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam, Berantonim dengan mudah
2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat
3. Dalam konteks penyakit bersinonim dengan teruk, berat, payah,
4. Dalam konteks sl bersinonim dengan miskin, daif, melarat, Berantonim dengan mewah
| Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran, |
|
Puisi |
---|
|
Anak buaya naik mencuri, Singgah mari di Pasir Panjang; Hutang budi sukar dicari, Kalau dapat kasih berpanjangan.
Lihat selanjutnya... |
|