Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MIKADO | Mikado ialah gelaran Maharaja Jepun pada masa silam. Istilah ini digunakan juga oleh orang-orang asing. Istilah ini asalnya ialah perkataan Jepun yang bermaksud pintu yang disanjungi. Penggunaan istilah memperlihatkan sanjungan orang Jepun terhadap pemerintah mereka. Selepas tamadun Cina sampai ke Jepun pada tahun 500-an M., orang Jepun mula menggelar maharaja mereka Tenno, yang bermaksud Maharaja dari Syurga. Maharaja tidak dipanggil dengan namanya sendiri. Maharaja dan pemerintahan mereka pada masa kini dikenali dengan nama yang dipilih khas untuk mereka. Maharaja Hirohito dikenal dengan nama Tenno Showa atau Maharaja Showa. | UMUM | |
MUZIK ARAB | Muzik Arab. Orang Arab telah mengenal muzik sejak zaman silam seperti bangsa-bangsa lain. Bahkan mereka juga menulis pengetahuan mereka tentang muzik seperti yang dilakukan oleh bangsa-bangsa lain. Terdapat ramai pemuzik Arab yang terkenal di seluruh negeri Arab sepanjang zaman. Muzik Arab banyak terpengaruh dengan alunan muzik kawasan sekitarnya. Tetapi pada masa yang sama muzik Arab juga banyak mempengaruhi muzik-muzik kawasan berhampiran. Bahkan ia juga mempengaruhi muzik-muzik di negara-negara Eropah. | UMUM | |
TAMADUN PURBA | Tamadun Purba adalah satu istilah yang membawa pengertian tamadun-tamadun yang berkembang luas pada zaman silam. Istilah ini digunakan khas bagi menunjukkan cara kehidupan yang terdapat di sekitar Laut Mediterranean dari tahun 3000 S.M. hingga kejatuhan Rom pada tahun 476 M. Ia juga termasuk tamadun besar yang berkembang luas, iaitu yang dibina oleh orang Assyria, Mesir, Ibrani (Hebrew) dan Parsi. | UMUM | |
ANGIN PASAT | Angin pasat ialah angin kencang yang bertiup menuju ke khatulistiwa dari arah timur laut atau tenggara. Pada zaman pelayaran silam, kapal-kapal pedagang banyak bergantung pada angin pasat. | UMUM | |
AHMAD SHAWQIY | Ahmad Shawqiy (1258 H.1351 H./1842 M. 1932 M.) ialah penyair Arab moden. Ahmad Shawqiy mempelajari syair daripada tokoh silam syair Arab abad ke-19 dan permulaan abad ke-20. Dia lahir di Kaherah dan berasal daripada keluarga kacukan Arab, Kurdis, Turki, Sharkasi dan Yunan. Dia dibesarkan dalam kehidupan mewah dan selesa kerana mempunyai hubungan kekeluargaan dengan keluarga al-Khudiwiy Ismail dan keturunan al- Khudiwiy. | UMUM | |
RATA | Rata ialah kenderaan dua roda atau empat roda, yang biasanya ditarik oleh seekor kuda. Rata adalah antara kenderaan beroda yang terawal. Ia mungkin mula dibina di Mesopotamia, iaitu sebuah kawasan di Timur Tengah lebih dari 4000 tahun yang silam. Rata dua roda telah digunakan dalam pertempuran oleh kebanyakan orang zaman purba, termasuk orang Assyria, Mesir, Yunani, Parsi dan Rom. | UMUM | |
OTAK | Otak ialah pusat kawalan induk bagi badan. Otak sentiasa menerima maklumat dari deria tentang keadaan di dalam dan di luar badan. Otak dengan pantas menganalisis maklumat ini dan kemudian menghantar mesej yang mengawal fungsi dan tindakan badan. Otak juga menyimpan maklumat daripada pengalaman silam, yang menjadikan proses pembelajaran dan mengingat boleh berlaku. Di samping itu, otak adalah sumber pemikiran, mood, dan emosi. | UMUM | |
KOTA JELASIN | KOTA JELASIN, salah sebuah ibu negeri Kelantan pada zaman silam. Mengikut sejarah tempatan, Kota Jelasin telah dibina oleh Raja Abdullah dan permaisurinya Puteri Saadong atas titah Che Siti Wan Kembang, raja yang memerintah Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong, sebuah negeri di Kelantan dengan ibu negerinya di Chetok yang terletak dalam jajahan Pasir Mas sekarang. Kota Jelasin dibina sekitar tahun 1633 sempena pelantikan Raja Abdullah dan Puteri Saadong sebagai raja pemerintah. Sumber tempatan lain pula menyebut Puteri Saadong telah dilantik oleh Che Siti Wan kembang menjadi raja di Kota Jelasin pada tahun 1677. Manakala sebuah sumber tempatan lain menyebut, setelah Raja Abdullah berkahwin dengan Puteri Saadong, baginda telah dilantik sebagai raja negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga dengan gelaran Sultan Abdullah dan kemudian baginda telah membina Kota Jelasin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
AUTOBIOGRAFI | Autobiografi adalah satu jenis penulisan biografi. Dalam autobiografi penulis menceritakan riwayat hidup dirinya sendiri. Autobiografi menceritakan keadaan hidup peribadi orang yang menarik kepada pembaca. Ia juga memberikan maklumat oleh pemerhati sebenar tentang peristiwa sejarah atau cerita oleh orang yang membantu mencipta sesuatu peristiwa. Sesetengah orang menggunakan autobiografi untuk menerangkan atau mewajarkan tindakan dalam hidup mereka. Sesetengah autobiografi diilhamkan oleh perasaan nostalgia yang berkaitan dengan zaman silam penulis. Yang lainnya pula ditulis oleh orang masyhur yang berasa bahawa mereka boleh memperoleh wang dari minat orang ramai yang ingin tahu tentang kehidupan mereka. | UMUM | |
TAMAN TEMA | Taman tema ialah pusat hiburan luar yang menawarkan aktiviti tunggangan, permainan, pameran, dan pertunjukan yang berdasarkan satu atau lebih idea istimewa, atau tema. Penggunaan tema merupakan perbezaan utama di antara taman tema dan taman hiburan tradisional. Taman hiburan menawarkan pilihan pelbagai jenis hiburan, seperti pengenderaan roller-coaster , roda ferris, kuda pusing, dan permainan sampingan termasuk baling kelapa, dan galeri sasar. Taman tema menawarkan hiburan berkaitan antara satu sama lain dengan idea yang biasa seperti hidupan liar, pengembaraan angkasa, atau cara manusia hidup pada zaman silam. Di dalam taman hiburan, pengunjung perlu membayar untuk setiap permainan, tunggangan, atau hiburan lain secara berasingan. Di dalam taman tema, pengunjung biasanya membayar sekali gus untuk masuk dan menyertai semua acara permainan dan hiburan. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| silam (adjektif) | 1. Bersinonim dengan gelap: kelam, suram, muram, buram, kusam, usam, redup, mendung, gabak, Berantonim dengan cerah
2. Dalam konteks matahari bersinonim dengan terbenam, tenggelam,
3. Bersinonim dengan telah lampau: telah lalu, lepas, dahulu, Berantonim dengan kini
| Kata Terbitan : menyilamkan, |
|
|