Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SEMAK | Tumbuhan rendah di kawasan kurang hujan atau tanih yang subur. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
ROADRUNNER | Roadrunner ialah burung yang terbang pantas, yang hidup di atas tanah, yang terdapat di semak samun di barat daya Amerika Syarikat dan Mexico. Roadrunner boleh terbang, tetapi ia paling selesa tinggal di atas tanah. Ia boleh berlari selaju 24 kilometer sejam. Nama roadrunner datangnya daripada tabiat burung ini yang suka berlari di jalan raya di hadapan kenderaan yang bergerak dan kemudian meluru ke dalam semak samun untuk menyelamatkan diri. Nama-nama lain bagi burung ini termasuk chaparral cock, ground cuckoo dan snake killer. | UMUM | |
BURUNG WHIP | Burung whip yang namanya diambil sempena siulan yang berbunyi seperti sebatan cemeti yang dihasilkan oleh burung whip timur . Burung ini hidup di kawasan hutan hujan dan kawasan semak di pantai timur Australia. | UMUM | |
HUTAN SKLEROFIL | Hutan sklerofil, hutan yang terdapat di kawasan yang mengalami iklim jenis Mediterranean yang kebanyakannya terdiri daripada hutan jarang dan semak samun. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
TAMMAR | Tammar ialah walabi yang benar-benar kecil. Ia berbulu perang dan leher, dada dan perutnya berwarna putih. Sesetengahnya 60 sentimeter tingginya. Tammar betina beratnya empat kilogram dan tammar jantan beratnya lebih kurang enam kilogram. Tammar hidup di beberapa pulau pantai, dari Kepulauan Abrolhos di pantai barat Australia hingga ke Pulau Kangaroo di Australia Selatan. Ia juga hidup di tanah besar yang berdekatan, di hutan dan semak samun di desa. | UMUM | |
PARAGUAY | Paraguay ialah negara di tengah-tengah daratan yang terletak tidak jauh dari bahagian tengah Amerika Selatan, yang dikelilingi oleh tiga buah negara, iaitu Argentina, Bolivia dan Brazil. Sungai Paraguay mengalir melalui Paraguay dari utara ke selatan dan membahagikan negara tersebut kepada dua wilayah bumi yang sangat berbeza. Di sebelah barat sungai ini ialah Chaco, sebuah kawasan rata yang tidak ramai penduduknya dan terdiri daripada rumput kasar, hutan semak samun, dan rawang masin. Paraguay Timur sebaliknya mempunyai bukit-bukau yang beralun, tanah yang subur dan hutan tebal. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| semak | 1. Bersinonim dengan semak-semak ( belukar, jabun, rok, repuhan, hutan kecil, rambun, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan kusut ( kacau, berserabut, sarut, kerosot, ruwat, tidak keruan, kerut-merut, bingung, campur-aduk, campur baur, kacau-bilau, kelut-melut, berkaru, bercelaru, berkecamuk, gelisah, cacau, kiruh, pakau, terganggu, kalang-kabut, kelam-kabut, rungsing, pusing, pening, risau, resah, dura, cemas, ) (kata tugas:) Berantonim dengan tenang
| Kata Terbitan : menyemakkan, |
|
Puisi |
---|
|
Di dalam semak ada kebun, Di dalam kebun ada bunga; Di dalam gelak ada pantun, Dalam pantun ada makna.
Lihat selanjutnya... |
|