Kata |
Takrif |
Sumber |
cacau | 1 tidak tetap fikiran, hati dsb; kacau. 2 tidak tentu arah melakukan atau menyebut sesuatu kerana kebingungan dsb. mencacau menyebut atau melakukan sesuatu dgn tidak tentu arah; meracau. pencacau azimat (doa mantera) utk mengelirukan atau utk membingungkan orang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cacau | 1. kacau, keliru, tidak tetap (fikiran, hati, perbuatan, dll); 2. menyebut atau melakukan sesuatu dgn tidak tentu perasaan dan fikiran; 3. ark gugup (kebingungan dll); mencacau menyebut atau melakukan sesuatu dgn tidak tentu fikiran dan perasaan, meracau; cacauan yg disebut semasa mencacau, racauan: tiada seorang pun yg dapat mengerti ~ Yusof itu; pencacau azimat utk mengelirukan atau membingungkan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacau | 1. tidak tetap fikiran, hati dsb; kacau. 2. tidak tentu arah melakukan atau menyebut sesuatu kerana kebingungan dsb. mencacau menyebut atau melakukan sesuatu dgn tidak tentu arah; meracau. pencacau azimat (doa mantera) utk mengelirukan atau utk membingungkan orang. | Kamus Pelajar |
senteng I | (sénténg) 1. pendek atau singkat (baju, kelambu, dll): spt kain pendek, tarik ke atas, singkat, tarik ke bawah , ~; 2. kekurangan (wang dll), tidak mencukupi: ~ wang; 3. bp sudah tidak menentu lagi ingatannya, cacau; menyentengkan 1. menjadikan senteng (pendek, singkat) sedikit, memendekkan; 2. menjadikan kurang (tidak cukup), mengurang-kan; kesentengan perihal senteng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
fevered | adj 1. panas: his ~ brow, dahinya yg panas; 2. (fig.) meracau, cacau: ~ imagination, imaginasi yg meracau. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
cacau | [ca.cau] | چاچاو |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cacau |
|
|