Kata |
Takrif |
Sumber |
kacau I | 1. tidak tersusun (teratur), campur baur, campur aduk: susunan kad itu ~; 2. kusut, tidak berketentuan, tidak teratur, tidak tenteram: fikirannya ~; 3. huru-hara, tidak aman, tidak tenteram: pemimpin-pemimpin Perikatan menenteramkan keadaan ~ di Singapura; ~ daun mengganggu urusan peribadi, ketenangan, keselesaan dsb, orang lain; 4. = berkacau; berkacau 1. bercampur baur, bergaul betul: tunggu sampai cat itu sudah ~ benar; 2. bercampur aduk (dgn hal-hal lain), berkecamuk, tidak kemas dan teratur: suasana pd masa itu ~ dgn soal perkauman; fikirannya ~; mengacau 1. menggaul sampai berkacau, mengaduk: ~ air kopi; 2. menjadikan kacau (tidak teratur, tidak aman, dll), menimbulkan huru-hara (kesulitan dll): ~ ketenteraman; 3. merunsingkan (fikiran, perasaan): ~ fikiran; anaknya ~ hatinya; mengacaukan 1. menjadikan bercampur (bergaul) betul; 2. menjadikan berkacau dgn hal-hal lain; 3. mengacau, menimbulkan keadaan yg kacau: satu pembaikan yg agak luas mempengaruhi sistem ejaan baru ini ialah dr segi keselarasan vokal yg dahulunya hal ini amat ~; memperkacaukan menjadikan berkacau; kacauan (sesuatu) yg bercampur aduk: bahasa Melayu pasar ialah bahasa ~; kekacauan keadaan kacau, keadaan tidak teratur (tidak aman dsb), kejadian yg merosakkan (mengganggu) ketenteraman, kerusuhan: melawat tempat berlakunya ~; kepelbagaian ejaan utk satu bahasa tentulah menimbulkan ~ sahaja; pengacauan perihal mengacau; pengacau 1. (orang) yg mengacau, perusuh; 2. alat utk mengacau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campur baur | campur aduk, kacau; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaul | campur, baur, kacau; bergaul 1. bercampur (dgn), beraduk; 2. berkenalan, berbaik-baik, dan bercampur dgn orang lain, berkawan, bersahabat: begitulah aku ~ dan bermain dgn kawan-kawanku; kau harus ~ dgn rakyat supaya mengetahui bagaimana membimbing mereka;menggaul mengaduk, mencampur: tanah itu mestilah digaul dgn baja;menggauli, mempergauli mencampuri, berkawan secara mesra dgn: yg digauli Juriah orang muda-muda belaka;menggaulkan mencampurkan: kapur perekat dibuat dgn ~ kapur mati, pasir dan air;pergaulan perihal bergaul, percampuran (persahabatan dll): ~nya di sekolah disukai oleh guru besar; ~ hidup perihal hidup bergaul, kemasyarakatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campur baur | campur aduk; bercampur baur bercampur aduk; mencampurbaurkan mencampuradukkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campur baur | ;bercampur baur 1. bercampur dgn tidak menentu; bercampur aduk. 2. berkumpul dan berbaik-baik (selaku sahabat, suami isteri dsb); bergaul: Saya sudah ~ dgn mereka sejak sepuluh tahun yg lalu. | Kamus Pelajar |
campur baur | ; bercampur baur 1 bercampur dgn tidak menentu; bercampur aduk. 2 berkumpul dan berbaik-baik (selaku sahabat, suami isteri dsb); bergaul: Saya sudah ~ dgn mereka sejak sepuluh tahun yg lalu. mencampurbaurkan menjadikan bercampur baur; mencampuradukkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
campur aduk | sangat beraduk, campur baur; bercampur aduk sudah bergaul (berkacau, berbaur, dll) betul, bercampur (bergaul dll) dgn tidak berketentuan; mencampuradukkan menjadikan bercampur aduk: filem Melayu itu kerap dicampuradukkan dgn pelbagai rupa kebudayaan; kadang-kadang mereka ~ penggunaan istilah Melayu itu dlm konteks politik yg berbeza. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gado-gado | Jw 1. sj makanan drpd sayur-sayuran, tempe, tauhu dsb yg digaul dgn kuah kacang; 2. campur baur, tidak teratur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baur I | campur; campur ~ campur aduk, kacau;berbaur 1. beraduk, bercampur: teriak penjual-penjual rokok dan surat khabar ~ kacau-balau dlm kebisingan manusia seramai itu; 2. bergaul (dgn), bercampur: tidak patut ia dituduh menganut faham perkauman, ia ~ dgn segala bangsa; 3. berkahwin, hidup spt suami isteri: kami sudah 10 tahun ~; 4. mempunyai unsur, berbau, bersifat: ceramahnya ~ politik; ~ bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam prb orang yg bersaudara itu, kalau berdekat berbantahan, jika berjauhan sangat rindu akan yg lain; ~ pangkal perceraian prb orang yg bersaudara itu kalau bercampur selalu timbul perselisihan;membauri menambah sesuatu supaya bercampur, mencampuri: ia mendengar suara laki-laki dibauri oleh suara perempuan; penulis memberi alasan bahawa berlaku kemajuan seni bina apabila pengetahuan teknologi dibauri oleh pelbagai unsur luar yg turut mengembangkan kebudayaan Melayu;membaurkan 1. = menyebaurkan mencampurkan, mengadukkan, mencampuradukkan: jangan dibaurkan tepung beras dgn tepung gandum; 2. = memperbaurkan membiarkan bercampur (bergaul): tidak baik ~ laki-laki dgn perempuan begitu rupa; 3. = memperbaurkan ki mengahwinkan: orang tuanya hendak ~ dia dgn sepupunya;terbaur sudah berbaur, tercampur, teraduk: yg pahit biasanya ubat, dan di dlm manis itulah biasanya ~ racun;bauran campuran, adukan;perbauran 1. perihal berbaur, percampuran, pergaulan; 2. perkahwinan; pembauran pencampuran, pengadukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campur | kira-kira ~ kira-kira menjumlahkan sesuatu angka dgn angka-angka lain supaya menjadi lebih banyak (spt 5 + 5 = 10; 3 + 3 + 2 = 8). ~ tangan a. turut serta dlm urusan orang lain. b. turut serta melakukan sesuatu. bercampur 1. bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Minyak dgn air tidak akan ~. 2. berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. mencampur membuat kira-kira campur. mencampuri 1. bercampur dgn: Tidak mungkin minyak dpt ~ air. 2. turut memasuki hal orang lain: Itu urusan mereka, tidak usah kita ~nya. 3. bergaul atau menggabungkan diri dgn: Jangan sekali-kali ~ orang jahat. mencampurkan 1. menambahkan sesuatu pd sesuatu yg lain supaya bercampur: Kalau minum teh, saya suka ~ air limau sedikit. 2. mengumpulkan atau menyatukan (dua tiga jenis dll) supaya bercampur: Kerana kekurangan beras, mereka terpaksa ~ beras dgn jagung ketika bertanak. 3. mengira berapa jumlah besarnya (ttg angka yg ditambahkan kpd angka-angka lain); menjumlahkan: Si Ali sedang sibuk ~ markah yg diperolehnya dlm peperiksaan yg telah diadakan itu. campuran 1. sesuatu yg sudah bercampur. 2. benda-benda yg dicampurkan. percampuran 1. keadaan bercampur. 2. perbuatan atau hal bercampur dgn orang lain; pergaulan. pencampuran perbuatan atau hal mencampurkan. campur aduk; bercampur aduk bercampur benar dgn tidak menentu; (sudah) bergaul atau berkacau benar;bercampur baur. mencampuradukkan menjadikan bercampur aduk. campur baur; bercampur baur 1. bercampur dgn tidak menentu; bercampur aduk. 2. berkumpul dan berbaik-baik (selaku sahabat, suami isteri dsb); bergaul: Saya sudah ~ dgn mereka sejak sepuluh tahun yg lalu. mencampurbaurkan menjadikan bercampur baur; mencampuradukkan. campur bicara, = campur mulut; bercampur bicara, = bercampur mulut 1. turut berbicara; turut berkata-kata. 2. turut memasuki urusan orang lain. campur gaul; bercampur gaul berkumpul dan berbaik-baik (sbg sahabat dsb); bergaul; bermesra (sbg suami isteri). | Kamus Pelajar |
Kamus Sains.indb suhu yang mungkin terlalu tinggi yang akan memberi ke - san kepada pemilihan penyahaktifan mangkin. (KEJ) administrative unit (unit pentadbiran) Kawasan terkecil yang ditadbir dalam struktur organisasi perhutanan. (HUT) admixture (bahan campur tambah) Bahan yang dimasukkan ke dalam konkrit semasa basah dalam proses pem - bancuhan untuk mengubah sifatnya, dan meningkatkan ketahanannya dalam jangka masa panjang. Contohnya, bahan tambah pemecut dalam campuran konkrit yang ditentukan meng- ikut petua tangan kanan. (FIZ) axisymmetric flow (aliran simetri sepaksi) Aliran yang garis alirnya terletak di satah meridian yang melalui suatu garis lurus (paksi). (HID) axon shuffling (campur aduk akson) Pembentukan gen baru dengan membawa beberapa jujukan pengekodan atau aviation forecast axon shuffling Kamus Sains.indb 124 7/8/08 11:46:48 AM 125 akson daripada satu
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd kawalan capaian mel rahsia terperingkat (PEM) mod rambang model keselamatan Bell-La Padula penghantar dan penerima e-mel dipastikan dengan penggunaan tandatangan digital. mod rambang (Ig. promiscuous mode; Br. mod campur baur; Id. ragam apa saja) Keadaan pada antara muka rangkaian yang membolehkannya menerima semua paket data yang dalam rangkaiannya termasuk paket data yang tidak ditujukan kepadanya. model Bell-La Padula (Ig
|
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata campur baur |
|
|