Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MAHKAMAH RENDAH | Mahkamah rendah lihat Mahkamah. | UMUM | |
DINAMOTOR | Dinamotor ialah jentera elektrik yang boleh digunakan sebagai motor dan sebagai penjana. Ia boleh menukar arus terus (AT) dari voltan tinggi ke voltan rendah, atau dari voltan rendah ke voltan tinggi. | UMUM | |
GULA DAN PEMANIS KALORI RENDAH | Gula dan pemanis kalori rendah. Gula ialah sejenis karbohidrat yang menjadi sumber tenaga utama bagi badan. | PEMAKANAN | Sumber/Bahan Alam |
ASHGABAT | Ashgabat (pend. 407 000) ialah ibu negara Turkmenistan. Ashgabat, yang juga dikenali sebagai Ashkhabad, terletak di sebuah oasis di gurun Karakum di selatan Turkmenistan (lihat Turkmenistan [peta]). Sebahagian besar Ashgabat musnah dilanda gempa bumi pada tahun 1948. Bandar ini dibina semula dengan bangunan yang rendah-rendah. Terusan Karakum mengalir di Ashgabat dan membekalkan air ke bandar ini dari Amu Darya, sebatang sungai yang letaknya 724 kilometer di timur Turkmenistan. Parit pengairan yang dikenali sebagai aryk membarisi kedua-dua belah jalan. | UMUM | |
SEMAK | Tumbuhan rendah di kawasan kurang hujan atau tanih yang subur. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
TAUFAN | Taufan ialah ribut tropika tekanan rendah yang berlaku di barat Lautan Pasifik. Taufan adalah seakan-akan hurikan (lihat Hurikan ). Taufan bermula berhampiran khatulistiwa dan bergerak ke barat, sambil menambah kekuatan dan saiznya. Ia akan mara dengan perlahan, biasanya lebih kurang 15 kilometer hingga 25 kilometer sejam. Tetapi angin yang berputar di tengah adalah sangat kuat, dengan kelajuan 240 kilometer sejam. Garis pusat sesuatu taufan boleh berukuran 480 kilometer. | UMUM | |
SIKLON | Siklon ialah kawasan atmosfera bertekanan rendah yang menghasilkan putaran tiupan angin mengarah ke dalam. Siklon boleh meliputi kawasan seluas separuh keluasan Amerika Syarikat. Siklon khusus yang kuat dan dengan garis pusat antara 90 hingga 2400 meter dikenali sebagai tornado. | UMUM | |
DELTA | Delta ialah tanah datar yang rendah yang terdiri daripada tanah liat, batu-batu, pasir dan endapan lain yang mendap di muara sungai. Delta diberi nama sempena huruf Yunani delta () kerana kebanyakannya berbentuk segi tiga. Delta terbentuk apabila air sungai mengalir ke dalam air yang tenang dengan kelajuan dan kemampuannya untuk membawa endapan menjadi kurang secara tiba-tiba. | UMUM | |
ALISUM WANGI | Alisum wangi ialah tumbuhan rendah yang merebak yang mempunyai gugusan bunga kecil. Ia ialah tumbuhan talian lasak yang boleh disemai pada awal musim bunga. Ia biasanya berbunga dalam masa enam minggu selepas ditanam. | UMUM | |
MABUK KETINGGIAN | Mabuk ketinggian ialah penyakit yang dialami pada altitud yang tinggi oleh orang yang biasa tinggal di altitud yang rendah. Ia juga dikenali sebagai mabuk gunung . Mabuk ketinggian ini disebabkan oleh keadaan yang terdedah pada tempat tinggi yang relatifnya mempunyai tekanan oksigen yang rendah. Simptomnya termasuklah sesak bernafas, pening kepala, pola tidur terganggu, loya, penglihatan kabur, kurang dengar, berat kepala, dan mudah lupa. Dalam sesetengah kes, seseorang akan muntah apabila mengalaminya. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| rendah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan pendek: pandak, kerdil, kontot, ketot, bangkut rendang, renek, Berantonim dengan tinggi
2. Dalam konteks suara bersinonim dengan lembut, lunak, perlahan, tidak nyaring, Berantonim dengan tinggi
3. Dalam konteks harga bersinonim dengan murah, menurun, merosot, menjunam, Berantonim dengan tinggi
4. Dalam konteks pendapatan bersinonim dengan kecil, sedikit, Berantonim dengan tinggi
| Kata Terbitan : merendah, merendahkan, kerendahan, perendahan, |
|
Puisi |
---|
|
Tanah rencah memang rendah, Tinggilah gunung rendah bukit; Saya memandang sangatlah indah, Tapi sudah ada penyakit.
Lihat selanjutnya... |
|