Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RENCANA MELAYU | RENCANA MELAYU, buku tatabahasa Melayu karya Raja Haji Muhammad Tahir ibni Almarhum Mursyid, dari Riau. Buku ini siap diltulis pada 24 April 1915 (1 Jamadilakhir 1333 H.). Buku ini hanya dicetak dan diterbitkan pada 12 Mei 1928 (20 Zulkaedah 1346 H.) oleh Maktabah Wa-Matbaah al-Ahmadiah, Singapura. Buku ini mengandungi 35 halaman dan menggunakan tulisan Jawi. | BAHASA | Karya |
EDITORIAL | Editorial ialah rencana akhbar atau majalah yang ringkas yang menerangkan pandangan penerbitan itu terhadap sesuatu isu semasa. | UMUM | |
RESENSI BUKU | Resensi buku ialah rencana yang diterbitkan dalam surat khabar atau majalah berkala yang mengumumkan penerbitan buku baru, menerangkan isi buku itu, dan menilainya. Nilai resensi buku bergantung kepada pengetahuan dan kemampuan orang yang membuat resensi dan juga keadilannya dalam membuat penilaian terhadap buku tersebut. Oleh sebab itu, pembuat resensi harus mempunyai pengetahuan yang luas tentang subjek buku yang diperkatakan itu, kebolehan menganalisis karya, dan standard kritikan yang tinggi. (Lihat Kritikan ). | UMUM | |
BIBLIOGRAFI | Bibliografi ialah senarai buku atau rencana tentang sesuatu subjek. Bibliografi juga biasa terdapat di hujung buku teks atau rencana panjang yang baik. Bibliografi memberi rujukan kepada pembaca tentang tulisan-tulisan lain yang memberi maklumat tambahan tentang subjek itu. | UMUM | |
MAJALAH | Majalah ialah satu koleksi rencana atau kedua- duanya sekali, yang diterbitkan secara berkala. Kebanyakan majalah mengandungi ilustrasi. Majalah, dalam bahasa Inggeris juga dikenali sebagai periodical (berkala) manakala penerbitan yang cenderung kepada akademik dikenali sebagai jurnal. | UMUM | |
ZAHARAH NAWAWI | Penulis novel, kumpulan cerpen, antologi bersama dan rencana. | SASTERA | Tokoh |
SILLIMAN BENJAMIN | Silliman Benjamin (17791864) ialah pendidik dan ahli sains Amerika yang terkemuka, yang mengasaskan American Journal of Science pada tahun 1818. Jurnal ini pada mulanya menyiarkan rencana oleh ahli sains daripada pelbagai bidang. Kini, jurnal ini hanya memuatkan rencana tentang geologi. Silliman bertugas sebagai editor melebihi 20 tahun. Dia juga menulis buku teks kimia dan menyunting buku teks kimia dan geologi. | UMUM | |
MEMORIAL | Memorial mungkin berbentuk patung, monumen, bangunan, atau taman. Untuk maklumat tentang memorial yang khusus, lihat rencana berikut dalam Ensiklopedia Dunia: Arc de Triomphe; Monumen; Monumen Washington; Statue of Liberty. | UMUM | |
SHEEN, FULTON JOHN | Sheen, Fulton John (18951979), salah seorang jurucakap terkenal bagi ajaran Gereja Roman Katolik di dunia. Rencana serta bukunya yang melebihi 50 buah, telah membantu menyebarkan doktrin Katolik kepada berjuta-juta orang di serata dunia. | UMUM | |
PERJANJIAN-PERJANJIAN LONDON | Perjanjian-perjanjian London. Sepanjang sejarah, kebanyakan perjanjian antarabangsa telah ditandatangani di London. Sesetengah daripadanya dihuraikan dalam rencana ini. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| rencana (kata nama) | 1. Bersinonim dengan karangan: makalah, artikel, esei, cerita, kisah,
2. Bersinonim dengan catatan: laporan, minit,
3. Bersinonim dengan rancangan: pelan, buram, rang, draf,
4. Bersinonim dengan acara: agenda, jadual, program,
| Kata Terbitan : merencanakan, terencana, perencanaan, perencana, |
|
|