Kata |
Takrif |
Sumber |
hikayat | Ar 1. cerita (khasnya cerita-cerita lama), cerita-cerita lama dlm bentuk prosa: ~ Merong Maha Wangsa; 2. riwayat, sejarah: ~ Iskandar Zulkarnain; ~ hidup sejarah hidup; berhikayat bercerita, beriwayat; menghikayatkan menceritakan atau mengisahkan sesuatu: adapun dihikayatkan orang yg empunya hikayat . | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penuturan | perihal menuturkan, pembicara-an, percakapan: cerita-cerita ini diabadikan melalui ~ sahaja walaupun pd adatnya cerita-cerita itu berubah-ubah dan bertokok tambah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ibarat | 1 sesuatu (cerita, perkataan dll) yg diambil sbg pedoman atau perbandingan: Cerita-cerita ~ spt ini banyak terdapat dlm kesusasteraan lama. 2 maksud yg terkandung dlm sesuatu cerita dll; pengajaran; teladan: Cerita ini ~nya sesiapa yg berbuat baik akan menerima balasan yg baik jua. 3 tidak ubahnya spt; sebagai; seumpama: Hidupnya ~ burung dlm sangkar. beribarat 1 ada ibarat atau teladannya: Cerita-cerita yg ~ sangat sesuai utk kanak-kanak. 2 memberi nasihat dll dgn menggunakan ibarat: Bapa selalu ~ semasa menasihati kami. mengibaratkan 1 membandingkan sesuatu benda dgn sesuatu yg lain; mengumpamakan: Ustaz Hamid sering ~ buku sbg telaga yg tidak pernah kering airnya. 2 menganggap: Beliau ~ pejabatnya sbg rumah keduanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sasakala | (Sunda) ark; dongeng ~ cerita-cerita dahulukala (cerita dewa-dewa dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ibarat | 1. sesuatu (cerita, perkataan dll) yg diambil sbg pedoman atau perbandingan: Cerita-cerita ~ spt ini banyak terdapat dlm kesusasteraan lama. 2. maksud yg terkandung dlm sesuatu cerita dll; pengajaran; teladan: Cerita ini ~nya sesiapa berbuat baik akan menerima balasan yg baik jua. 3. tidak ubahnya spt; sebagai; seumpama: Hidupnya ~ burung dlm sangkar. beribarat 1. ada ibarat atau teladannya: Cerita-cerita yg ~ sangat sesuai utk kanak-kanak. 2. memberi nasihat dll dgn menggunakan ibarat: Bapa selalu ~ semasa menasihati kami. mengibaratkan 1. membandingkan sesuatu benda dgn sesuatu yg lain; mengumpamakan: Ustaz Hamid sering ~ buku sbg telaga yg tidak pernah kering airnya. 2. menganggap: Beliau ~ pejabatnya sbg rumah keduanya. | Kamus Pelajar |
cerita jenaka | cerita-cerita yg menggelikan hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyadur | 2 membuat cerita (filem dsb) yg isinya ditiru drpd cerita lain: Sekarang pun masih ada orang-orang yg ~ cerita-cerita drpd cerita asing. | Kamus Pelajar |
sadur | 2 membuat cerita (filem dsb) yg isinya ditiru drpd cerita lain: Sekarang pun masih ada orang-orang yg ~ cerita-cerita drpd cerita asing. | Kamus Pelajar |
ibarat | 1. umpama, seperti, misal: agama itu ~ suatu suluh bagi menunjukkan jalan yg lurus dan selamat; 2. contoh yg baik yg terkandung dlm sesuatu cerita (perumpamaan dll), pengajaran, teladan: ambillah ~ drpd cerita itu; cerita ~ cerita yg mengandungi pengajaran; 3. cerita (pantun, sajak, dll) yg dijadikan perbandingan atau kiasan (bagi mengatakan sesuatu maksud); kias ~ bahasa berbunga-bunga yg mempunyai erti dua lapis serta dalam maksudnya; beribarat 1. mengandungi ibarat: dia gemar benar membaca cerita-cerita yg ~; 2. memberi pengajaran (petunjuk) dgn menggunakan ibarat: Tuk guru itu selalu ~ pd masa dia mengajar agama; mengibaratkan 1. mengumpamakan, menyamakan, membandingkan (sesuatu benda dgn yg lain): pd manusia spt inilah dapat diibaratkan pepatah: bercerai hidup umpat-umpatan, bercerai mati puji-pujian; 2. menganggap: dia ~ buku sbg temannya pd waktu lapang; 3. mengatakan sesuatu (selalunya yg berupa nasihat) dgn berbagai-bagai kiasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kias | 1 contoh yg baik yg terkandung dlm cerita dll; teladan: cerita-cerita yg di dlmnya terdapat ~, ibarat, dan pelajaran. 2 contoh yg telah ada; perbandingan sesuatu dgn sesuatu hal yg telah berlaku; analogi. berkias bercakap dgn menggunakan kias; beribarat. mengias menyindir. mengiaskan 1 menjadikan sesuatu sbg kias; meneladankan; mengibaratkan: Pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak bercakap sbg tong yg separuh berisi. 2 menyatakan sesuatu dgn berkias utk dikenakan (ditujukan) kpd: Mak Piah pernah ~ hal itu kpd anaknya supaya berumah tangga. kiasan 1 contoh; teladan (dlm cerita dll). 2 sindiran. 3 ibarat; perumpamaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
bedtime | n waktu tidur: ~ stories, cerita-cerita waktu tidur. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bawdy | adj /lucah, cabul/ serta lucu: ~ stories, cerita-cerita yg lucah serta lucu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
funny | adj 1. causing amusement, comical, lucu, melucukan, menggelikan hati: ~ stories, cerita-cerita lucu; he looked so ~, dia kelihatan begitu lucu; 2. peculiar, strange, ganjil, aneh, pelik: a ~ thing happened to me today, satu hal aneh terjadi pd saya hari ini; he has a ~ attitude towards women, dia bersikap ganjil thdp perempuan; 3. (colloq) slightly unwell, tak sedap: I felt ~ after the drink, saya rasa tak sedap selepas minum. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
allure | cvt (act.) memikat, menggoda; (pass.) terpikat, tergoda, tertawan: fables of mermaids alluring sailors to destruction, cerita-cerita dongeng yg mengisahkan bagaimana ikan duyung memikat pelaut ke arah kemusnahan; to be ~d by promises, terpikat dgn janji-janji; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bundle | (be) a ~ of nerves, resah gelisah, kelesah; go a ~ on, (sl) suka: to go a ~ on horror movies, suka cerita-cerita seram; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ghost | n 1. spirit of dead person, (regarded as benevolent) roh; (regarded as malevolent) hantu: the ~ of Hamlets father appeared before him, roh bapa Hamlet menjelma di hadapannya; ~ stories, cerita-cerita hantu; 2. (liter.) faint trace, bayangan: the ~ of a smile, bayangan senyuman; havent (got) the ~ of a chance, (colloq) tak ada can langsung: you havent the ~ of a chance of marrying her, kamu tak ada can langsung utk kahwin dgn dia; 3. see GHOST-WRITER; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fable | n 1. story with moral, fabel /dongeng, cerita/ /ibarat, teladan/, cerita tamsilan: the ~ of the hare and the tortoise, dongeng teladan arnab dgn kura-kura; 2. legend, (cerita) dongeng, legenda; (about mythical characters) dongeng dewata: ~s of Greek gods and heroes, dongeng ttg dewa-dewa dan pahlawan-pahlawan Yunani; 3. myths and legends collectively, fabel; 4. false story or account, dongeng, rekaan: to separate fact from ~, memisahkan fakta drpd dongeng; all that story about him is a complete ~, segala cerita mengenainya itu ialah rekaan semata-mata; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fairy story, fairy-tale | n 1. story about fairies, giants, etc, cerita pari-pari: Grimms Fairy Tales, Cerita Pari-Pari Grimm; 2. unbelievable, untrue story, cerita dongeng. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fairy-tale | adj spt dlm cerita dewa-dewi: a ~ romance, kisah percintaan spt dlm cerita dewa-dewi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
go | harga lebih drpd $1,000; 16. blend, harmonize, cocok, sesuai, padan: this white blouse doesnt ~ with my skirt, blaus putih ini tdk cocok dgn skirt saya; 17. be sent for consideration, dikemukakan: this issue will ~ direct to the board, isu ini akan dikemukakan langsung kpd pihak lembaga; 18. also ~ about, make a practice of, suka, selalu: dont ~ spreading lies about us, jangan suka menyebarkan cerita-cerita palsu ttg kami; the gardener ~es about frightening children with his horror stories, tukang kebun selalu menakut-nakutkan budak-budak itu dgn cerita seramnya; 19. proceed, berjalan: the meeting went well, mesyuarat itu berjalan dgn lancar; 20. be, exist in certain condition, [not translated]: to ~ hungry, berlapar; to ~ unnoticed, tdk dihiraukan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
frame story | cerita berbingkai | Kesusasteraan | Tiada | Cerita dalam cerita. Dalam cerita berbingkai, terdapat sebuah cerita induk atau cerita inti yang merangkumi cerita sisipan yang bersifat utuh kendiri dan bebas. Cerita induk biasnya menjadi bingkai kepada cerita sisipan dengan cara menyediakan plot utama dan latar naratif. Cerita sisipan berbentuk cerita moralistik atau teladan yang relevan untuk tema inti. Cerita sisipan sering dikaitkan dengan cerita induk oleh seseorang pencerita. Contoh yang amat popular ialah Hikayat Seribu Satu Malam, Hikayat Bakhtiar dan Hikayat Bayan Budiman. |
cerita panji | cerita panji | Kesusasteraan | Tiada | Cerita-cerita pengembaraan wira yang berasal dari kesusasteraan Jawa. |
panji | panji | Kesusasteraan | Tiada | Gelaran yang diberikan kepada wira dalam kelompok cerita panji. Cerita panji merujuk kepada sejenis genre atau sekelompok cerita jawa yang dicirikan oleh watak, tema, latar dan plot yang tipikal. Cerita Panji ialah cerita Jawa asli, dan temanya bukan saduran daripada epik India. Cerita panji dipercayai tersebar pada zaman kerajaan Hindu-Jawa di Majapahit. Oleh itu, cerita ini memperlihatkan pengaruh budaya Hindu-Jawa yang pekat dan tidak menampakkan langsung pengaruh Islam. Cerita panji ialah cerita sastera istana yang berfokus kepada keperihalan hidup dan budaya istana. Cerita panji dikatakan sebagai sebuah epik kerana ceritanya yang panjang dan bersifat kewiraan, dan cerita ini dianggap sebuah roman kerana sarat dengan tema percintaan. Ceritanya berkisar tentang empat buah kerajaan Jawa, iaitu Koripan, Daha, Gagelang dan Kediri. Temanya berfokus pada percintaan antara Raden Inu, iaitu Puteri Ratu Koripan dengan Chandera Kirana, iaitu Puteri Ratu Daha. Cerita Panji disampaikan dalam bentuk prosa dan puisi. Cerita ini juga dikenali dalam bentuk puisi kidung di Jawa dan bentuk syair di Semenanjung yang muncul dalam pelbagai tajuk seperti Hikayat Panji Semerang, Hikayat Andaken Penurat dan Syair Ken Tambuhan. Kini, cerita Panji bukan sahaja popular di Jawa dan Bali, tetapi juga di Sumatera, Borneo, Sulawesi, Semenanjung Tanah Melayu, Siam, Burma dan Kemboja. Cerita panji disebut juga sebagai epik panji atau roman panji. Lihat juga epik, kidung. |
type | tipa | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis cerita tradisional yang mempunyai kewujudan tersendiri seperti tipa cerita panji dan tipa cerita pari. Tema ini muncul dalam semua versi cerita, dan budaya sepanjang zaman. Contohnya, tema percintaan yang terhalang antara Inu dengan Chandera Kirana merupakan tema inti dalam semua tipa cerita panji. Tipa juga merujuk kepada watak kodi, atau stereotaip hitam-putih, yang muncul dalam cerita-cerita rakyat untuk memenuhi sesuatu fungsi yang khusus sahaja. Contohnya, tipa wira, tipa penjarah, tipa nenek kebayan, dan tipa Pak Pandir. Subtipa ialah bentuk serpihan daripada versi asal yang muncul sebagai cerita yang berasingan. Contohnya dalam Syair Ken Tambuhan, Hikayat Andaken Penurat ialah subtipa cerita panji. Cerita kusi dan serawi adalah subtipa daripada cerita ramayana. Oiko-tipa ialah bentuk lokal sesuatu tipa cerita. Oico-type muncul apabila isi cerita diubah untuk disesuaikan dengan budaya tempatan. Con tohnya, Sang Kancil ialah versi oiko-tipa daripada tipa cerita binatang yang cerdik atau penipu. |
menora | menora | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan teater tarian rakyat yang menggunakan unsur-unsur tari, muzik dan ucapan. Pada suatu ketika dahulu, menora merupakan teater popular di selatan Thailand. Menora mempersembahkan cerita-cerita Buddhist Jataka, cerita dongeng dan mitos. Antara cerita tempatan yang dipersembahkan ialah Peak Prod Pahlawan Kedah, Lakanawong Pahlawan Thai, Chau tha Kirruk isteri curang, Sinrad tentang seorang suami yang mencari isterinya yang telah dilarikan oleh raksasa, Chaychid putera remaja, perkelahian dan pembunuhan di antara isteri-isterinya, Darawong cerita cinta, Chaukrey cerita seorang Puteri Manora, dan Khrubuk cerita Pahlawan Thai. Persembahan menora hampir sama seperti makyung, iaitu mengabungkan unsur-unsur dialog, muzik dan tari. Kumpulan muziknya mengandungi alat-alat pi (serunai), klong (sebiji geduk), tharp (sepasang gedombak), mong, cing dan cerek. Gerak tari merangkumi 12 peringkat abjad tari yang ditunjukkan dalam persembahan pembukaan Sembah Guru Wai kru. Antara lain gerak tari mengiringi nyanyian pada akhir setiap adegan atau pada permulaan adegan apabila watak memperkenalkan dirinya. Watak utama dalam menora ialah: (a) Watak kayangan seperti dewa, gergawi, raksasa, kinaree. (b) Watak kaum kerabat diraja seperti raja, permaisuri, putera dan puteri. (c) Peran atau pelawak. (d) Orang biasa seperti dayang dan orang kampung. Struktur persembahan menora merangkumi empat bahagian, iaitu: (a) Wai kru sembah guru. (b) Wrai na tret tarian dan nyanyian. (c) Leukamprat pleng ton watak utama menyembah gendang. (d) Cabbot cerita. Asal usul menora masih lagi kabur dalam mitos dan dongeng. Menora dibawa masuk dari selatan Thailand ke Kelantan yang dahulunya merupakan jajahan Negara Thai. Pada tahun 1950, menora dipentaskan di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk meraikan perayaan hari Wesak (hari kelahiran Buddha), Hari Thambun (upacara berhala), upacara menandakan kesyukuran dan sebagai persembahan komersial. Menora dikenali sebagai nora. Lihat juga makyung. |
jataka | jataka | Kesusasteraan | Tiada | Koleksi cerita tentang kelahiran Buddha. Koleksi cerita ini terdapat dalam Kanun Pali seperti cerita binatang dan cerita rakyat. Cerita jataka menjadi sebahagian daripada cerita yang dipersembahkan dalam menora. Lihat juga menora. |
flat character | watak pipih | Kesusasteraan | Tiada | Pelaku yang peranannya tidak berkembang serta kurang kerumitan dan motivasi dalam cerita. Contohnya watak dayang dalam cerita-cerita istana. |
romance | roman | Kesusasteraan | Tiada | Naratif yang membicarakan tema kewiraan, pencapaian luar biasa wira serta sifat dan cinta kesateriaannya. Makna lain bagi roman ialah karya yang bukan ditulis dalam bahasa Latin dan cerita-cerita kesaterian Perancis lama. Cerita roman sering mengisahkan watak (atau kejadian) dalam dunia istana khayalan yang mengaitkan elemen fantasi, luar biasa, kemewahan, cinta, pengalaman mendebarkan, keajaiban, mitos dan kejahilan. Elemen fanstastik dalam karya roman sering menunjukkan ciri yang tidak realistik dengan watak yang berkemungkinan tidak wujud, latar hias cerita di luar dunia kini. Karya roman secara prinsipnya adalah untuk hiburan, tetapi boleh menjadi didaktik secara tidak sengaja. Watak utama dalam karya roman biasanya digolongkan dalam jenis yang berupa tipa induk. Kekuatan karya roman adalah pada paparan emosi yang dalam, subjektif, dan penuh keghairahan. Pada abad ke-13, karya roman berbentuk cerita pengalaman yang mendebarkan, kesateriaan atau cinta yang ditulis dalam bentuk lirik. Karya sebegini akhirnya ditulis dalam bentuk prosa. Koleksi Kisah Seribu Satu Malam dari Timur Tengah banyak mempengaruhi karya roman Eropah. Pada Zaman Pertengahan Eropah, karya roman mengandungi tiga peringkat utama: Pertama, mengenai Britain yang termasuk kisah Arthur yang diceduk daripada Breton Lays. Kedua, mengenai Rome yang mengaitkan kisah Alexander, peperangan Trojan dan Thebes, dan Ketiga, mengenai perancis yang berkaitan Charlemange dan kesateriaannya. Di Britain, roman bangsawan berjudul Sir Gawain and the Green Knight ditulis pada abad ke-14. Pada abad selepasnya, Sir Thomas Mallory menulis karya prosa bertajuk Le Morte Darthur dan karya itu dihasilkan dalam bentuk prosa. Penulis terkenal dalam Kesusasteraan Barat yang menghasilkan karya roman sehingga abad ke-17 termasuklah, Spenser (Faerie Queene), Sidney (Arcadia 1590), Chaucer (Tale of Sir Thopas), dan Cervantes (Don Quixote 1605). Pada abad ke-18, elemen roman masih ada dalam novel, tetapi elemen ini menekankan kisah seharian, sosial, dan domestik kecuali novel yang berbentuk pikares. Antara penulis terkenal dengan karya roman selepas abad ke-18 ialah Keats, Coleridge, Shelly, Hawthorne, dan Meredith. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa novel tulisan Joseph Conrad berjudul Lord Jim (1900) dan Romance (1903) tergolong dalam kategori roman kerana elemen luar biasa, esotik, asing dan sifat berlebihan dalam karyanya. Contoh paling terkenal penulis novel roman sastera Inggeris moden ialah Emily Bronte melalui novelnya berjudul Wuthering Heights. Istilah roman berasal daripada bahasa Perancis lama romaunt dan roman yang bermaksud lirik roman istana. |
pantomime | pantomim | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan lakonan tanpa dialog yang hanya bergantung pada pergerakan untuk menyampaikan makna. Pada zaman Romawi purba, pantomim membawa cerita-cerita mitos. Dalam persembahan tersebut, seorang pelakon mengajuk semua peranan watak, sementara korus akan menyanyikan ceritanya. Pada kurun ke-18, pementasan pantomim menjadi hebat dari segi visual dan teknikal. Pada awal kurun ke-20 pula, pantomim diperkenalkan dan dipopularkan dalam filem oleh Charlie Chaplin. Persembahan pantomim dilanjutkan oleh watak Mr. Bean melalui televisyen dan filem. Pada masa ini, istilah pantomim merujuk kepada teater hiburan yang menyampaikan cerita pari-pari untuk kanak-kanak. Cerita dalam pantomim biasanya mengandungi lagu, muzik, tarian, dan jenaka topikal. Lihat juga mimos. |
fable | cerita binatang | Kesusasteraan | Tiada | Cerita pendek tentang binatang yang penuh khayalan. Cerita biasanya disampaikan dalam bentuk prosa atau puisi. Tujuannya untuk memberikan teladan atau pengajaran moral kepada pembacanya. Biasanya, watak dalam cerita ini terdiri daripada binatang di hutan dengan sifat yang menggambarkan kehidupan manusia. Cerita binatang merupakan salah satu hasil sastera yang awal dalam tradisi lisan yang terdapat di seluruh dunia. Walaupun cerita binatang menampilkan watak binatang, tetapi ceritanya mencerminkan daya pemikiran masyarakat yang tinggi kerana mengandungi pelbagai unsur kiasan, kritikan, dan pengajaran moral. Tema dan plot dalam karya ini agak mudah dan ringkas. Biasanya pada akhir cerita, pencerita atau salah satu watak dalam cerita akan menyatakan unsur pengajaran moral yang terdapat dalam cerita tersebut. Ada kalanya unsur pengajaran moral dinyatakan dalam bentuk epigram. Sejarah cerita binatang bermula daripada seorang hamba Yunani bernama Aesop yang hidup pada abad keenam sebelum Masihi. Cerita ini kemudiannya berkembang di India dengan karya terkenal berjudul Panchatantran. Pengaruh Panchatantran tersebar luas ke Asia Barat. Justeru, muncul pula karya berjudul Kalila Wa Dimnah yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan judul, Khalilah dan Dimnah. Cerita binatang berkembang di Parsi, antaranya melalui karya Anvar-i Suhaili oleh Hussayn Waiz Khasifi. Karya ini mengandungi pelbagai cerita binatang seperti kisah burung, kucing, harimau, tikus, anjing, angsa, kala jengking, serigala, burung hantu, singa, helang dan lain-lain. Cerita binatang juga hidup subur dalam tradisi kesusasteraan kanak-kanak di Barat. Antaranya termasuklah koleksi cerita binatang oleh Thurber berjudul Fables for Our Time (1940), dan Jus So Stories oleh Rudyard Kipling (1902). Contoh cerita binatang dalam karya sastera Melayu yang terkenal ialah cerita Sang Kancil (Hikayat Sang Kancil) dan Pelanduk (Hikayat Pelanduk Jenaka). Kedua-dua hikayat ini merupakan cerita binatang asli Melayu yang telah wujud sejak zaman lisan dan masih terus dinikmati hingga hari ini. Cerita binatang juga dikenali sebagai dongeng binatang. Lihat juga fabel binatang. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
iyen niaripan | Apa cerita? | - | - | - | - | - | Sistem Sapaan Kekeluargaan dan Idea Berasosiasi | Bajau -> Bajau Tuaran |
iyen niaripan | apa cerita(bertanya apa yang dibincangkan) | - | - | - | - | - | Sistem Sapaan Kekeluargaan dan Idea Berasosiasi | Bajau |
antuna e tudtul | apa cerita | - | - | - | - | - | Sistem Sapaan Kekeluargaan dan Idea Berasosiasi | Iranun |
kabang | mulut | - | - | gazo kabang | membawa cerita ke sana ke sini | bawa mulut | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Kadazandusun -> Kadazan Penampang |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
cerita | serita [srita] | Melanau Dalat | |
cerita | caitak. | kedayan | |
baka II | nya ~ walaupun: iya ~ penuai iya agi meh tingatka cerita walaupun dia tua dia masih teringatkan cerita. | Iban | |
putun | penggal; 1 kerat, potong: pat ~ tebou empat penggal tebu; 2 sebahagian drpd buku, kutipan cerita dll: ~ lawei serita itou diak penggal hujung cerita ini elok; 3 bahagian drpd masa pengajian setahun di sekolah dll: permisi ~ petama cuti penggal pertama; | Melanau Mukah | |
seritak | cerita | TETAW | |
rencana | cerita [crita] | Melanau Dalat | |
mitos | cerita (dana sabei) [crita] | Melanau Dalat | |
karangan | cerita [crita] | Melanau Dalat | |
kaba | cerita [rita] | Melanau Dalat | |
lisan | cerita ~ caitak lisan; | kedayan | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
jerita tuai Ib | cerita rakyat. | Jerita tuai lebih merupakan cerita-cerita tradisi yang mengandungi mitos dan lagenda orang-orang Iban. | Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ensera Ib | dongeng. | Ensera pula adalah cerita-cerita yang berfungsi sebagai penghibur semata-mata dan tidak begitu dipercayai. | Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tijirak, *pijirak* Bd | sejenis burung seperti burug pipit tetapi ekornya panjang dan berwarna keperangan. | Burung Tijirak berbunyi dan mengepak-ngepakkan sayapnya dengan kuatnya. Rusa pun terkejut kerana diganggu oleh kelakuan Tijirak itu. | Cerita-cerita Rakyat Bidayuh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
popong Bd | sejenis burung kecil seakan-akan burung puyuh tetapi berwarna hitam. Ia sentiasa berjalan di atas tanah akibat sumpahan hantu cuek (tikus) dongeng. | Burung Popong juga mendengar berita kemalangan itu lalu cepat-cepat pergi ke tempat itu. | Cerita-cerita Rakyat Bidayuh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menaul Ib | helang. | Burung menaul berkata, "Wah, sangat beruntung aku. Sekarang aku mempunyai terompet. Eloklah aku terbang sambil menyanyi dengan seruling ini." Menaul pun menyanyikan lagu, "Kuit, kuit." Semakin tinggi ia terbang semakin kuat pula ia menyanyikan lagu, "kuit. | Cerita-cerita Rakyat Bidayuh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tengkaput Ih | sejenis burung dalam cerita mitos. | Berjalanlah Kedakil di negeri Sulug bersama sahabatnya burung Tengkaput. | Sabah Folk Tales 1-7 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pongolitak Kd | tangkal. | Mengikut cerita ayah, pemburupemburu yang hendak pergi berburu dengan anjing-anjing mereka harus membuat dan membawa bersama mereka alat ini. Alat ini digunakan sebagai pongolitak atau penolak bala untuk melindungi pemburu dari tersesat semasa memburu di hutan. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
leletan Ib | torak. | Mengikut cerita orang tua-tua, orang di Rumah Panjang Mendas masih ada menyimpan sumpitan Unggang. Orang di Kawit pula masih menyimpan tombaknya manakala orang di Lichok menyimpan alat leletan. Unggang memperolehi barang-barang tersebut semasa dia berkahwin dengan Jeburi. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bukakaron Kd | burung garuda (dalam cerita dongeng). | Baginya, Baljit adalah jelmaan roh bukakaron. Dia tidak layak sama sekali mengambil tempat mendiang bapa saudaranya. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bebadi Ib | kemalangan. | Setakat itulah cerita tentang Talap pada kali ini. Talap yang mati lesi bebadi laya lenyap yang mempelopori endap Pasa Pungkang. Tanjung di Kuala Pasa itu dipanggil Tanjung Pungkang. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb dārūkhāne( هناخوراد )dās( ساد )dāstān, gheṣṣe( هصق ،ناتساد )dāshtan( نتشاد )dāmād( داماد )dāman( نماد )dānā, ‘āghel( لقاع ،اناد di dalam mahkamah beri, memberi, bagi kekayaan belatuk ubat farmasi sabit kisah, cerita mempunyai menantu lelaki skirt cerdik, pandai inside courtroom to give wealth woodpecker medicine pharmacy sickle story, tale to have son-in-law skirt wise د Kamus Parsi.indb 63 5
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd dark-side hacker; Br. perentas gelap Id. peretas sisi hitam) Penggodam yang merangkumi penggodam hasad, perekah dan juga kod topi hitam. Mengikut asal kewujudannya, istilah ‘dark-side’ merujuk kepada sebuah cerita “Star Wars” yang menyebelahi kejahatan, manakala lawan bagi ‘dark side’ adalah samurai yang merujuk kepada topi putih. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 88 6/6/11 4:01:56 PM
|
Kamus Thai 2.indb itu menjerit mengarah- kan pegawai bank supaya tidak ber gerak. ขย ั บ 2 [kayap] ว hampir: เรื่ องที่ พูดก ั น อยู ่ น ั ้ นขย ั บจะเป็นความจริง Cerita yang di perkatakan itu hampir menjadi ke- nyataan. ขยาด [kaya:t] ก serik: เขาขยาดที่ จะให ้ เพื่ อนคนน ั ้ นยืมเงิน Dia sudah serik untuk memberikan hutang kepada kawannya เขาข ั นเมื่ อเห็นท ่ า ทางของซอบรี Dia geli hati melihat ge- lagat Sabri. ว 2 lucu, jenaka, kelakar: ฉ ั นชอบฟ ั งเรื่ องข ั น Saya suka mendengar cerita lucu. ข ั ้น [kan] น tahap, peringkat: งานข ั ้น ที่ หนึ่ งได ้ เสร็จสิ้ นแล ้ ว Tahap pertama kerja itu sudah pun selesai. ข ั ้นตอน [-t
|
Kamus Thai 2.indb 05:45 AM จ 105 dan sosial negara Thai. จอมปลวก [c:mpluak] น busut จอมปลอม [c:mpl:m] ว palsu: เรื่ อง ทั้ งหมดนั้ นล ้ วนจอมปลอมทั้ งสิ้ น Semua cerita itu palsu belaka. จะ [ca] akan, hendak จ ้ ะ [ca] (คำตอบรับ) ya, saya จ ๊ ะ [ca] 1 (คำต ่ อท ้ ายประโยคเชิญหรือคำถาม) -lah: เชิญดื่ มซิจ ๊ ะ Silalah bubur โจ ๊ ก 2 [co:k] น (ไพ ่ ) joker โจ ๊ ก 3 [co:k] ว jenaka, lucu: เด็ก ๆ ชอบฟังเรื่ องโจ ๊ กจากครู Budak-budak suka mendengar cerita jenaka daripada gu runya. โจ ่ งครึ่ ม, โจ ๋ งครึ่ ม [co:krm] ว terang-terang: ดาราชื่ อดังคนนั้ นจูงมือหญิง สาวคนหนึ่ งไปไหนด ้ วยกันอย ่ างโจ ่ งครึ่ ม Pelakon |
Kamus Thai 2.indb ้ ารัฐบาลทักษิณ Pelbagai ma salah menghimpit kerajaan Thaksin. รุมล ้ อม [-l:m] ก mengelilingi: เด็ก ๆ พากันรุมล ้ อมลุงพรเพื่ อฟังนิทาน Kanak-ka- nak mengelilingi Pak Cik Porn untuk mendengar cerita. รุ ่ มร ่ าม [rumra:m] ว berserebeh, ser- bah-serbih: เสื้ อผ ้ าผู ้ ชายคนนั้ นรุ ่ มร ่ าม Pa kaian lelaki itu berserebeh. รุสต ๊ ] ว berpendar: หิ่ งห ้ อยมีสารที่ เรืองแสงอยู ่ ในตัว Kunang-ku- nang mempunyai bahan yang berpen- dar di dalam tubuhnya. เรื่อง [ra ] น 1 (เรื่ องเล ่ า) cerita 2 (ประเด็น) perkara, hal 3 (หัวข ้ อ) judul, tajuk ลน 4 (งานเขียนภาพยนตร ์ ) buah: เดือนที่ แล ้ วฉันดูภาพยนตร ์ สามเรื่ อง Bulan lepas saya menonton tiga buah filem. เรื่องราว
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
cerita | [ce.ri.ta] | چريتا |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
kisah , cerita | story , tale | داستان،قصه | dāstān , gheṣṣe |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
bina cerita | create story | Mereka cerita berdasarkan ayat matematik. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerita |
|
Puisi |
---|
|
Hari minggu pergi ke panggung, Dengar cerita anak dewa; Hati rindu tidak tertanggung, Kalau tidak mati menjadi gila.
Lihat selanjutnya... |
|