Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERKARA-PERKARA KONFEDERASI | Perkara-perkara Konfederasi ialah perjanjian oleh 13 tanah jajahan asal Amerika pada tahun 1781 bagi membentuk kerajaan negeri. Gabungan ini dikenali sebagai Amerika Syarikat; nama yang digunakan dalam Perisytiharan Kemerdekaan. Perkara-perkara tersebut bertindak sebagai undang- undang dasar kepada negara yang baharu ini sehinggalah Perlembagaan Amerika Syarikat mula berkuat kuasa pada tahun 1788. Di bawah Perkara- perkara Konfederasi, Kongres Konfederasi menjalankan pentadbiran kerajaan. | UMUM | |
USULUDDIN | Ilmu yang membicarakan tentang akidah agama Islam yang berhubung dengan ketuhanan, kenabian dan perkara-perkara ghaib seperti hari kiamat, syurga, neraka, serta qada' dan qadar. | AGAMA | Disiplin Ilmu |
TEOKRASI | Teokrasi ialah satu bentuk kerajaan yang diperintah oleh paderi atau paderi-paderi, dan paderi-paderi ini mempunyai kuasa ke atas perkara-perkara sivil dan keagamaan. Perkataan theocracy berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu theos yang bermakna tuhan dan kratein yang bermakna memerintah. | UMUM | |
MAGIS | Magis ialah penggunaan kuasa luar biasa oleh seseorang untuk cuba mengawal tindakan manusia ataupun kejadian semula jadi. Magis sering kelihatan seperti mendatangkan hasil, tetapi hasil itu mungkin sebenarnya tercapai disebabkan perkara-perkara lain. Contohnya, seseorang mungkin mahu menggunakan ilmu magis untuk membuat musuhnya sakit. Musuhnya yang mengetahui perbuatan ini menjadi takut dan benar-benar jatuh sakit. | UMUM | |
CETERIS PARIBUS | Ceteris paribus ialah frasa Latin yang bermaksud perkara-perkara lain adalah sama. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
SURAH AL-QIYAMAH | Surah al-Qiyamah ialah salah satu daripada surah-surah Makkiyyah, surah yang ke-75 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 40 ayat. Surah ini dinamakan al-Qiyamah kerana gambaran hari kiamat dan perkara-perkara dahsyat yang berlaku pada hari tersebut. Firman Allah S.W.T. bermaksud: Maka apabila pemandangan menjadi bingung (kerana ketakutan). Dan bulan menjadi gelap. Dan dikumpulkan matahari dan bulan. (Surah al-Qiyamah 75:79) | UMUM | |
SURAH AL-QARIAH | Surah al-Qariah ialah salah satu surah daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-101 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 11 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Qariah (hari yang menggemparkan) kerana perkara-perkara yang menggerunkan yang diceritakan di dalam surah ini boleh menggoncang hati pendengarnya. | UMUM | |
WAHYU | Satu perkara pokok yang menjadi dasar bagi segala perkara agama. | AGAMA | Konsep |
AMIDI, ABU AL-HASAN AL- | Amidi, Abu al-Hassan al- (551631 H.), ahli ilmu usul. Nama penuhnya ialah Abu al-Hasan Sayd al- Din Ali ibn Abi Ali ibn Muhammad ibn Salim al- Thalabi. Dia bermazhab Hambali, kemudian berubah kepada mazhab Syafii. Dia pergi ke Baghdad untuk belajar ilmu al-Qiraat, mahir dalam perkara-perkara khilaf (berlainan pendapat) dan mendalami ilmu Usuluddin, Usul Fiqh dan Falsafah. Dia juga pergi ke Mesir dan terkenal dalam pengajian ilmu Fiqh Syafii. Ramai yang menjadi anak muridnya. Kemudian dia berpindah pula ke Syam dan meninggal dunia di sana. Antara karya al-Amidi ialah Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Abkar al-Afkar berkaitan ilmu kalam dan Lubab al-Albab . | UMUM | |
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR | UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR, undang-undang tertinggi yang dibuat dan diluluskan oleh badan berkuasa tertinggi bagi menguruskan hal ehwal negeri Johor dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ia diakui sebagai undang-undang tertinggi negeri Johor. Bahagian mukadimah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini memperuntukkan bahawa dengan kuasa yang ada, maka diperturunkan undang-undang dan peraturan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan negeri dan ia hendaklah dipakai berterusan, diwarisi dan tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya. Undang-undang ini hendaklah diterima pakai oleh semua anak negeri dan keengganan seseorang untuk mengakuinya atau mematuhinya boleh dianggap sebagai telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| perkara (kata nama) | 1. Bersinonim dengan fasal: hal, perihal, pokok perbincangan, subjek, tajuk, cerita, soal, aspek,
2. Bersinonim dengan kejadian: peristiwa, hal, insidens, kes,
| Kata Terbitan : memperkarakan, |
|
Puisi |
---|
|
Banyak ubi perkara ubi, Ubi mana orang tanamkan; Banyak budi perkara budi, Budi mana orang kenangkan?
Lihat selanjutnya... |
|