Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ISI PADU | | UMUM | |
PRISMA | Prisma ialah sebuah bungkah padu yang mempunyai dua tapak selari yang dicantumkan oleh tiga atau lebih permukaan sisi (lateral). Tapak ini merupakan poligon yang mempunyai saiz dan bentuk yang sama. Permukaan-permukaan sisinya bersegi dan selari. | UMUM | |
POLIHEDRON | Polihedron ialah sesebuah bentuk padu yang disempadani oleh empat atau lebih permukaan rata yang dikenali sebagai sisi . Setiap sisi polihedron adalah satu poligon. Bahagian tepi poligon ini membentuk sempadan polihedron. Titik pertemuan kesemua sempadan ini dikenali sebagai bucu atau verteks . Contoh polihedron termasuklah kiub dan piramid. | UMUM | |
SFEROID | Sferoid ialah rajah padu yang menyerupai sfera tetapi bentuknya tidak betul-betul bulat. Bumi ialah sferoid oblat kerana lebarnya di sepanjang Garisan Khatulistiwa melebihi ukuran panjangnya dari Kutub Utara ke Kutub Selatan. Bola ragbi ialah sferoid lonjong kerana ukuran panjangnya melebihi ukuran lebarnya. | UMUM | |
SFERA | Sfera ialah rajah padu berbentuk bola atau glob. Istilah sfera berasal daripada perkataan Yunani sphaira, bermakna bola. Dalam geometri, ahli matematik mendefinisikan sfera sebagai satu set titik di ruang udara pada jarak tetap dari satu titik tetap yang dikenali sebagai pusat . Ini bermakna bahawa sfera ialah bongkah yang dibatasi oleh satu permukaan. Permukaan ini tidak mempunyai sudut atau sempadan, dan setiap titik di permukaan mempunyai jarak yang sama dari pusat. | UMUM | |
METER GAS | Meter gas ialah alat untuk mengukur isi padu gas yang digunakan. Biasanya meter gas adalah kotak logam yang ketat, yang dibahagikan di tengahnya kepada dua kebuk atau belos yang berasingan. Setiap kebuk mempunyai sekatan boleh bergerak, yang membahagikannya kepada dua bahagian, menjadikan kesemuanya empat kebuk yang berasingan. | UMUM | |
METER AIR | Meter air ialah alat yang mengukur isi padu air yang mengalir melalui paip atau saluran besar. Jenis meter air yang paling dikenali memusingkan nombor pada daftar yang berfungsi seperti odometer (perekod perbatuan) pada kereta. Jenis ini digunakan oleh syarikat air untuk mengukur penggunaan air di rumah, kilang, dan premis perniagaan. | UMUM | |
ARCHIPENKO, ALEXANDER | Archipenko, Alexander (18871964) merupakan perintis dalam seni ukiran kubisme. Dia merupakan salah seorang pengukir terawal yang menunjukkan bahawa ruang adalah sama penting dengan objek padu. Ini merupakan unsur yang asasi dalam gaya Archipenko sepanjang kariernya. Cara dia menggabungkan bahan padu dan berongga mempengaruhi ramai pengukir moden. Ukiran Archipenko berbentuk cekung (melengkung ke dalam), cembung (melengkung ke luar), bersegi- segi dan mempunyai bukaan. Contoh-contoh lazim yang menggambarkan gaya ukirannya termasuk Dual (1955) dan Architectural Figure (1957). | UMUM | |
KETUMPATAN | Ketumpatan ialah jisim iaitu jumlah jisim dalam unit isi padu bagi mana-mana bahan. Ketumpatan bahan boleh didapati dengan membahagikan jisim dengan isi padunya. | UMUM | |
SUSU PEKAT | Susu pekat ialah susu yang telah dipasteurkan dan dipekatkan. Ia dibuat dengan menyejatkan air daripada susu untuk mengurangkan isi padu susu sebanyak setengah susu. Susu ini tidak disteril, dan mesti disimpan dalam peti sejuk untuk mencegahnya daripada rosak. Susu pekat adalah sumber protein, kalsium, dan vitamin B2 yang baik. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| padu (adjektif) | 1. Bersinonim dengan mampat: padat, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat, Berantonim dengan longgar
2. Bersinonim dengan kukuh: teguh, utuh, kuat, Berantonim dengan lemah
| Kata Terbitan : bersepadu, berpadu, memadu, memadukan, terpadu, paduan, pemaduan, kepaduan, perpaduan, |
|
|