Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
POSKAD BERGAMBAR | Poskad bergambar menjadi popular sebagai alat untuk berkomunikasi yang pantas dan murah selepas tahun 1900. Pada tahun 1869, poskad bergambar tidak berwarna yang pertama dikeluarkan di Austria, akan tetapi tidak ada tarikh diberikan pada poskad bergambar yang pertama itu. Ini disebabkan poskad bergambar beransur- ansur berkembang. Pada sebelah poskad itu diberikan ruang kosong. Pada asalnya, sebelah kad itu digunakan untuk menulis dan sebelah lagi untuk alamat dan setem. | UMUM | |
MESIN JAHIT | Mesin jahit ialah mesin yang menggunakan jarum untuk mencantumkan kain dengan benang. Mesin jahit meringankan kerja rumah dan membantu keluarga mendapatkan pakaian yang lebih baik dan murah berbanding dengan perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan. Di kilang, mesin jahit membantu pengeluaran pakaian secara besar-besaran. | UMUM | |
MARKS AND SPENCER | Marks and Spencer ialah syarikat peruncit Inggeris yang besar yang mengendalikan satu rangkaian gedung serbaneka. Firma ini terkenal kerana menjual barangan berkualiti tinggi dengan harga yang murah. | UMUM | |
KACANG SOYA | Kacang soya ialah tumbuhan yang membekal makanan kepada haiwan dan manusia, dan membekal bahan mentah untuk industri. Kacang soya ialah bahan paling berguna serta sumber protein yang paling murah di dunia. | UMUM | |
KEKUDA | Kekuda dalam kejuruteraan, ialah struktur yang digunakan untuk menyokong jalan raya yang merentangi lembah atau persimpangan. Kekuda kayu yang diperbuat daripada tiang tinggi yang disambungkan dengan dawai dan penyokong, biasanya lebih murah daripada membina jambatan. Dalam pertukangan kayu, kekuda ialah alang yang berkaki. Ia digunakan untuk menyokong kerja. Sesetengah meja dan papan lukis disokong oleh rangka yang dinamakan kekuda. | UMUM | |
KETIADAAN TEMPAT BERTEDUH | Ketiadaan tempat berteduh ialah satu keadaan bagi seseorang yang tidak mempunyai alamat yang tetap. Mereka yang tiada tempat berteduh ini biasanya tinggal di bangunan-bangunan yang terbiar, di bawah jambatan, stesen bas, hotel-hotel murah, tempat persinggahan kecemasan dan jalanan. | UMUM | |
BATU ARANG | Batu arang ialah bahan bakar pepejal yang murah berbanding dengan petroleum. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
NOVEL PICISAN | NOVEL PICISAN, karya yang berbentuk novel atau roman. Istilah picisan ini berasal daripada perkataan picis yang bermaksud murah, sama ada nilai atau harga. Dalam kehidupan sehari-hari terutama dlam masyarakat Indonesia khususnya di daerah Sumatera Utara, perkataan picis ini dikenal juga dengan ketip. | SASTERA | Penerbitan |
PERTUKANGAN TEMBAGA | PERTUKANGAN TEMBAGA, kemahiran menghasilkan barangan yang dibuat daripada tembaga dan tukang barangan tersebut dipanggil pandai tembaga. Hampir semua barangan yang dihasilkan daripada tembaga digunakan untuk keperluan harian ataupun untuk upacara adat istiadat. Biasanya harga barangan tembaga lebih murah daripada barangan yang diperbuat daripada emas dan perak. | BUDAYA | Kraf Tangan |
|
Tesaurus |
---|
| murah (adjektif) | 1. Bersinonim dengan rendah: menjunam, turun, merosot, meleset, Berantonim dengan mahal
2. Dalam konteks rezeki bersinonim dengan berlebih-lebih, melimpah-limpah, melimpah-ruah, bertimbun-timbun, melambak-lambak, Berantonim dengan sedikit
| Kata Terbitan : memurahkan, kemurahan, kemurahan hati, pemurah, |
|
Puisi |
---|
|
Anak Melayu sayang Melayu, Mata melihat hatiku sayu; Murah harganya sangat terlalu, Seperti ikan pari dan yu.
Lihat selanjutnya... |
|