Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Ensiklopedia ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisBahasa Sukuan v2.0Daftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
melimpah-ruahterlalu banyak keluar kerana terlalu penuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
limpah1. = melimpah tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): air yg di dlm tempayan itu terlalu banyak hingga ~; ~-ruah terlalu banyak keluar kerana terlalu penuh; 2. ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih (kemudahan, rezeki, kasih sayang, dll): ampun dan kurnia Duli Yang Dipertuan ~lah; 3. ki baik atau murah hati: hanya Tuhan dgn ~ kasihan-Nya, yg akan dapat menolong beliau; berlimpah-limpah 1. terlalu banyak tumpah kerana penuh; 2. terlalu banyak atau ramai (orang dll): bahan makanan ~; melimpah 1. tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): darah pun spt sebak penuh ~ di dlm kota Singapura itu; 2. = melimpah-limpah ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali: dlm pertengahan kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke Tanah Melayu; 3. ki turun kpd, datang kpd, diwarisi oleh anak (tentang perangai dll): hanya sisa-sisanya yg jatuh ke tangan orang kita, ~ ke negeri kita ini; melimpahi 1. melimpah ke (kpd): padang bola maktab itu dilimpahi air; 2. ki bermurah hati kpd, mengurniai seseorang: semoga Allah ~nya rezeki dan bahagia hidupnya; melimpahkan 1. menjadikan melimpah, menumpahkan: isi padu air yg dilimpahkan oleh penyumbat itu sama dgn isi padu penyumbat juga; ~ air mata; 2. menge­luarkan banyak-banyak, mencurahkan banyak­banyak: ~ kasih sayang; ~ perhatian kpd per­kembangan pemakaian bahasa Kebangsaan; 3. memberikan banyak-banyak, mengurniakan banyak-banyak, menghadiahkan banyak-banyak: Tuhan yg ~ rahmat kpd hamba-Nya yg ber­usaha dan sabar; limpahan sesuatu yg melimpah atau yg dilimpahkan: kamu sekalian yg makan drpd ~ kemurahan raja bapa aku itu tidak patut sekali membuat aku begini; kelimpahan 1. perihal limpah, ketumpahan banyak-banyak: agak seketika didengarnya bunyi air ~; 2. diberi (dikurniakan dll) banyak-banyak, menerima (kurnia dll) banyak-banyak; 3. kelimpahmewahan; pelimpahan perihal (proses) melimpahkan sesuatu: proses ~ ini tidak memerlukan agen perantara.Kamus Dewan Edisi Keempat
melimpahtumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): air yg di dlm tempayan itu terlalu banyak hingga ~; ~-ruah terlalu banyak keluar kerana terlalu penuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melimpah-ruah