Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SAFARI | Safari ialah pemburuan teratur di Afrika. Pemburu menyertai safari untuk mengambil peluang membunuh kerbau Cape, gajah, harimau bintang, singa, badak sumbu, atau lain-lain haiwan buruan yang besar. Satu perjalanan teratur untuk mengambil foto haiwan liar juga dikenali sebagai safari. Kebanyakan safari lamanya dari tiga hingga enam minggu. Kebanyakannya diatur oleh syarikat safari yang menyediakan semua bekalan dan personel yang diperlukan. | UMUM | |
KEBERKECUALIAN | Keberkecualian ialah pendirian rasmi kerajaan yang tidak menyertai mana-mana peperangan. Negara yang tidak mengambil bahagian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dikatakan sebagai berkecuali. | UMUM | |
ARTIGAS, JOSÉ GERVASIO | Artigas, José Gervasio (17641850) ialah pahlawan kebangsaan Uruguay. Dia menyertai patriot Argentina pada tahun 1810 dalam pemberontakan menentang Sepanyol. Dia pulang ke Uruguay, dan mengerahkan tentera untuk memerangi Sepanyol. Untuk seketika waktu pada tahun 1815, dia menjadi pelindung atau pemerintah sebahagian besar Uruguay dan beberapa provinsi di Argentina. Tetapi tentera menawan Portugis Montevideo pada tahun 1817, dan Artigas akhirnya lari ke Paraguay pada tahun 1820. Dia lahir di Montevideo. Lihat Uruguay (Kemerdekaan). | UMUM | |
OATES, LAWRENCE EDWARD GRACE | Oates, Lawrence Edward Grace (18801912) ialah pegawai tentera British dan ahli ekspedisi British ke Antartika yang diketuai oleh Kapten Robert Falcon Scott. Dia menyertai ekspedisi itu pada tahun 1910 dan pada tahun 1912 menganggotai kumpulan kereta luncur salji yang sampai di Kutub Selatan. Dalam perjalanan pulang, dia diserang reput fros dan mengalami kesukaran untuk meneruskan perjalanan bersama-sama ahli lain. Dengan semangat kepahlawanan yang sanggup berkorban, dia terus berjalan sehingga menemui maut dalam ribut salji. Semasa meninggalkan khemahnya, dia berkata, Saya mahu keluar; mungkin agak lama. Oates lahir di London. Dia menyertai pasukan tentera dan berkhidmat di Afrika Selatan, Mesir, dan India. | UMUM | |
PERSATUAN PERDAGANGAN | Persatuan perdagangan ialah sebuah organisasi yang bukan bermatlamatkan keuntungan dan mewakili sekumpulan firma perniagaan. Syarikat perniagaan menyertai kesatuan masing-masing secara sukarela dan menguruskannya secara bekerjasama. Syarikat di dalam sebuah kesatuan perdagangan akan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat yang tidak dapat dilakukan secara bersendirian. | UMUM | |
MARKOVA, DAME ALICIA | Markova, Dame Alicia ( 19102004), dianggap sebagai penari balet Inggeris pertama yang ulung. Semasa berumur 14 tahun, dia menyertai Sergei Diaghilevs Ballets Russes dan menjadi penari solo. | UMUM | |
ARABANOO | Arabanoo ( ? 1789), orang Asli dari Port Jackson (Sydney Harbour), Australia, yang telah dipaksa oleh Arthur Phillip, gabenor New South Wales untuk menyertai petempatan British yang pertama di Sydney Cove. Dia telah dikurung di rumah Phillip dari Disember 1788 sehingga dia meninggal dunia pada bulan Mei 1789. Phillip berharap dapat menggunakan Arabanoo sebagai jurubahasanya. Arabanoo meninggal dunia semasa wabak cacar yang membunuh ramai Orang Asli tetapi tidak menjejaskan peneroka British. Pada bulan November 1789, Phillip cuba menggantikan Arabanoo dengan menangkap dua Orang Asli lain, iaitu Colbee dan Bennelong. | UMUM | |
MISTERI | Misteri ialah upacara secara sulit yang diadakan dalam upacara keagamaan. Ia hanya boleh disertai atau disaksikan oleh ahli atau orang yang ingin menyertai kumpulan yang mengamalkannya. Misteri telah menjadi sebahagian daripada kebanyakan agama. Misteri pada zaman awal begitu dirahsiakan sehingga pengetahuan tentangnya adalah tidak lengkap. | UMUM | |
PERANG PERANCIS-PRUSSIA | Perang Perancis-Prussia bermula pada tahun 1870 akibat suatu perbalahan antara Perancis dengan Prussia, sebuah negeri di Jerman. Kesemua negeri Jerman yang lain menyertai Prussia, dan konflik tersebut menjadi perbalahan antara Perancis dengan Jerman. | UMUM | |
STENDHAL | Stendhal (17831842) ialah nama pena bagi Marie Henri Beyle, salah seorang tokoh utama dalam sejarah novel psikologi Perancis. Stendhal lahir di Grenoble, Perancis. Dia menyertai Perang Napoleon dan Napoleon I menjadi wiranya yang hebat. Julien Sorel, wira dalam karya terbaik Stendhal, The Red and the Black (1830), menjalani hidup penuh dengan aksi hebat dan bercita-cita besar seperti Napoleon. Novel lain Stendhal yang terkenal The Charterhouse of Parma (1839), bermula dengan kekalahan Napoleon dalam Pertempuran Waterloo, dan seterusnya mengisahkan komplot politik di Itali. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| serta (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,
2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,
3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,
4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,
| Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta, |
|
|