Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KEHAMILAN | Kehamilan ialah tempoh apabila seseorang wanita mengandung sebelum bersalin. Kehamilan bermula dengan konsepsi yakni persenyawaan telur oleh sperma dan berakhir dengan pelahiran, iaitu proses bersalin. | UMUM | |
PLASENTA | Plasenta ialah organ berbentuk ceper yang terbentuk apabila seseorang wanita itu mengandung. Plasenta membekalkan makanan dan oksigen kepada bayi dalam kandungan serta menyalurkan keluar hasil sisanya. Organ ini juga menghasilkan hormon yang menyelaras kandungan dan menolong mengawal perkembangan bayi. | UMUM | |
KETAKSUBURAN | Ketaksuburan pada manusia ialah ketakupayaan wanita untuk mengandung, atau ketakupayaan lelaki untuk menurunkan zuriat. | UMUM | |
JEMPOL | JEMPOL, luak pentadbiran tanah mengandung dalam sistem tradisional Negeri Sembilan. Jempol tidak mempunyai Undang dan diperintah terus oleh Yamtuan Besar. Jempol dibahagikan kepada lima mukim iaitu Rompin, Serting Hilir, Jelai, Serting Hulu dan Kuala Jempol. Pusat pentadbiran daerah ialah Bandar Baru Serting. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DIET IBU HAMIL | Diet ibu hamil ialah pengambilan, pengawalan dan penyediaan makanan bagi golongan wanita yang mengandung. | PEMAKANAN | Kaedah |
KUGIRAN | KUGIRAN, kumpulan pancaragam kecil yang mengandung tiga jenis gitar elektrik disertai alat-alat genderang. Perkataan kugiran ialah perkataan kumpulan, gitar dan rancak. Perkataan ini direka lebih kurang pada akhir tahun 1960-an sebagai gelaran kepada kumpulan muzik yang menggunakan alat muzik gitar. Gelaran ini dianggap sesuai bagi kumpulan muzik seperti itu tidak kira apa jenis muzik yang dimainkan -0 sama ada perlahan atau rancak. | BUDAYA | Alat/Alatan |
ADAT KELAHIRAN | ADAT KELAHIRAN, segala upacara yang dilakukan sejak seorang perempuan Melayu mengandung sehingga melahirkan anak. Upacara ini terdiri daripada lenggang perut atau kirim perut, memotong pusat, membelah mulut bayi, mencukur rambut dan memberi nama bayi. | BUDAYA | Konsep |
BIDAN | BIDAN, wanita yang mempunyai pengetahuan dan terlatih untuk membantu ibu-ibu sewaktu melahirkan anak. Bidan bertanggungjawab menjaga kesihatan ibu sejak ibu itu mengandung, hingga tamat berpantang iaitu selama 44 hari selepas bersalin. Bidan juga menjaga bayi yang baru lahir dalam tempoh tersebut. Tugas-tugas bidan termasuklah mengendalikan upacara melenggang perut dan menyambut kelahiran bayi, termasuklah memotong tali pusat dan menanam tembuni, memandikan serta membedung bayi. | BUDAYA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| kandung (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,
2. Bersinonim dengan peranakan: rahim
| Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan, |
|
Puisi |
---|
|
Pohon salak batangnya condong, Mari disisik dalam kendong; Bukanlah salah ibu mengandung, Salah sendiri badan menanggung.
Lihat selanjutnya... |
|