Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DEGAS, EDGAR | Degas, Edgar (18341917) ialah pelukis impresionis Perancis. Seperti pelukis impresionis yang lain, dia mahu menggambarkan keadaan kehidupan moden. Walau bagaimanapun, dia tidak berkongsi kecenderungan dengan rakan impresionisnya dalam hal warna dan cahaya. | UMUM | |
PERANG UHUD | Perang Uhud berlaku pada bulan Syaaban, tahun ketiga Hijrah /625 M. antara orang Islam dengan kaum musyrikin Makkah. Antara punca berlaku peperangan ini ialah kaum Quraisy mahu membalas dendam selepas kekalahan mereka di dalam Perang Badar. Dengan demikian, kaum Quraisy seramai lebih kurang 3000 orang keluar menuju ke Madinah. Rasullulah s.a.w. segera bermesyuarat dengan para sahabat sama ada mereka perlu keluar dari Madinah atau bertahan di dalam kota. Pendapat majoriti mahu kaum muslimin menghadapi pihak Quraisy di luar kota Madinah. Orang Islam menuju ke Bukit Uhud dengan tentera seramai 1000 orang. Tetapi semasa di pertengahan jalan, Abdullah ibn Ubay ibn Sulul berjaya melemahkan semangat 300 orang tentera Islam. Mereka kembali semula ke Madinah. | UMUM | |
MAU MAU | Mau Mau ialah gerakan sulit yang melibatkan rakyat Afrika yang mahu menamatkan penaklukan British di Kenya. | UMUM | |
NAISMITH, JAMES | Naismith, James (18611939), guru Kanada yang telah mencipta permainan bola keranjang pada tahun 1891 (lihat Bola keranjang ). Dia mahu mencipta permainan di dalam bangunan pada musim sejuk. Dia telah memaku dua buah bakul pic dan menggunakan bola sepak untuk permainan pertamanya. Dia mencipta permainan itu ketika dia menjadi guru pendidikan jasmani di International YMCA Training School (sekarang dikenali sebagai Springfield College), Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat. | UMUM | |
PETAPA | Petapa adalah seseorang yang tinggal bersendirian, jauh dari hubungan sosial dengan orang lain. Lelaki dan wanita menjadi petapa atas pelbagai sebab. Mereka mahu menjauhkan diri dari kejahatan atau godaan yang wujud dalam masyarakat. Mereka percaya dapat menyucikan diri mereka dengan cara tinggal bersendirian. Atau mereka mungkin sekadar tidak ingin melakukan sebarang perkara dengan manusia lain. | UMUM | |
PERANG ITALIETHIOPIA | Perang ItaliEthiopia , pertempuran di antara Itali dan Empayar Ethiopia Afrika (dahulunya Abyssinia ) dari tahun 1935 hingga tahun 1936. Benito Mussolini memulakan perang tersebut kerana mahu mengalih perhatian rakyat Itali daripada masalah dalam negara. Dia juga berharap untuk mendapatkan sumber bahan mentah untuk industri di Itali. | UMUM | |
PERJALANAN DURA BESAR | Perjalanan Dura Besar ialah perjalanan bersejarah ke pedalaman Afrika Selatan oleh peladang berbangsa Belanda. Mereka melakukan Perjalanan Dura Besar (perjalanan jauh) terutamanya kerana mereka mahu lari daripada pemerintahan British di Cape Colony. Dari tahun 1835 hingga tahun 1838, kira-kira 10 000 orang melakukan perjalanan yang panjang dan sukar ini dengan kereta lembu. Kemudian, mereka dikenali sebagai Voortrekker , perkataan yang bermaksud peneroka awal dalam bahasa Afrikaans (lihat Bahasa Afrikaans ). | UMUM | |
MAKKAH, PEMBUKAAN | Makkah, Pembukaan. Peristiwa pembukaan Makkah berlaku pada 20 Ramadan tahun 8 H. Sebab berlakunya pembukaan atau penaklukan ini adalah kerana dalam syarat-syarat perjanjian Hudaibiyah sebelum itu telah dinyatakan antara lain: Sesiapa yang mahu berikat dengan Muhammad dan membuat perjanjian dengannya, maka ia bebas berbuat demikian dan sesiapa yang mahu berikat dengan kaum Quraisy dan membuat perjanjian dengannya, maka ia bebas berbuat demikian. | UMUM | |
PERTEMPURAN BUXAR | Pertempuran Buxar ialah perang muktamad yang berlaku di antara tentera British dengan tentera India di Buxar, sebuah bandar di tebing Sungai Ganges. Mir Qasim, nawab (gabenor) dari Benggala, mahu menyingkirkan British dari wilayahnya. Dia membentuk perikatan dengan Nawab dari Oudh dan Shah Alam II, maharaja Mughal. Tentera India yang bergabung ini menyerang Benggala dan bertempur dengan tentera British yang diketuai oleh Major Hector Munro, pada bulan Oktober 1764. Pertempuran yang sengit itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada British. | UMUM | |
MIRA BAI | Mira Bai ialah penyair yang tinggal di Rajasthan, utara India pada tahun 1500-an. Dia lahir dalam keluarga diraja dan sepatutnya hidup seperti puteri. Namun dia meninggalkan segala kemewahan hidupnya semata-mata mahu mengabdikan dirinya pada Krishna, iaitu tuhan Hindu yang dianggapnya sebagai suaminya. Dia menghabiskan kebanyakan masanya tinggal bersama-sama dengan sami, sesuatu yang luar biasa bagi wanita sepertinya. Caranya yang membelakangkan dunia, dan menari dan menyanyi memuji Krishna menyebabkan keluarganya memulaukannya. Mengikut legenda, mereka cuba meracuninya. Namun kerana keabdiannya itu, dia telah terselamat. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| mahu (kata kerja) | Bersinonim dengan hendak, ingin, berkeinginan, berkepingin, berhajat, berhasrat, berkenan, bersedia,
sanggup, rela, sudi, reda; suka, gemar, berminat, berharap, bercita-cita, berazam, mengidam,
dahaga akan, damba akan, berahi akan, sir, embuh, kasik, lepau;, | | Kata Terbitan : mahu tak mahu, mahupun, semahunya, semahu-mahunya, kemahuan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan pergi seberang, Semai padi tumbuh lalang; Saya umpama beras segantang, Mahu lebih tak mahu kurang.
Lihat selanjutnya... |
|