Kata |
Takrif |
Sumber |
berhajat | mempunyai hajat; bermaksud; berniat; bertujuan: Dia ~ hendak berjumpa dgn ketua saya esok utk meminta kerja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berhajat | 1. bermaksud, berniat (akan), mempunyai keinginan: saya ~ hendak menemui tuan; sudah lama dia ~ hendak datang; 2. = berhajatkan memerlukan: manusia selama-lamanya ~ kpd pertolongan Allah; mungkin ia ~ pertolongan kita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhajat | mempunyai hajat; bermaksud; berniat; bertujuan: Dia ~ hendak berjumpa dgn ketua saya esok utk meminta kerja. | Kamus Pelajar |
hajat | sesuatu yg dikehendaki; kehendak; maksud; tujuan: ~ku ke sini hendak berjumpa dgn pengurus bank. berhajat mempunyai hajat; bermaksud; berniat; bertujuan: Dia ~ hendak berjumpa dgn ketua saya esok utk meminta kerja. menghajati 1 mempunyai hajat utk mendapatkan (memiliki) sesuatu; mengingini sesuatu; berhajat akan: Pengemis itu ~ sesuap nasi dan seteguk air. 2 memerlukan atau menghendaki sesuatu: Anak yg sudah besar itu tidak ~ bantuan orang tuanya lagi. Ketika itu manusia ~ seorang rasul utk membimbing mereka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hajat | sesuatu yg dikehendaki; kehendak; maksud; tujuan: ~ku ke sini ialah hendak berjumpa dgn pengurus bank. berhajat mempunyai hajat; bermaksud; berniat; bertujuan: Dia ~ hendak berjumpa dgn ketua saya esok utk meminta kerja. menghajati 1. mempunyai hajat utk mendapatkan (memiliki) sesuatu; mengingini sesuatu; berhajat akan: Pengemis itu ~ sesuap nasi dan seteguk air. 2. memerlukan atau menghendaki sesuatu: Anak yg sudah besar itu tidak ~ bantuan orang tuanya lagi. Ketika itu manusia ~ seorang rasul utk membimbing mereka. | Kamus Pelajar |
punya kerja | Jk berhajat (mengadakan perayaan perkahwinan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bermaksud | 1. bertujuan, berhajat, berkehendak, berniat (hendak): kami ~ hendak menyerahkan wang itu dgn seberapa segera; 2. mengandungi erti: apa yg diucapkan sebentar tadi itu tidak ~ demikian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perlu akan (dgn) | sangat menghendaki (akan), berhajat (akan): utk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengkhayal | orang yg berkhayal: ~ sepi ini sudah lama berhajat hendak bermesra dgn gadis itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekali-kali | sedikit pun; sama sekali; langsung: Kami ~ tidak berhajat kpd kuda dan tentera kamu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
clear | 6. evident, jelas, nyata: it is quite ~ to me that they have no desire to sell the property, jelas bagi saya bahawa mereka tdk berhajat utk menjual harta itu; it was not ~ whether the money was to be used for the benefit of the poor, tdk jelas sama ada wang itu akan digunakan bagi manfaat orang-orang miskin; 7. not confused, jelas: there are one or two things I am not ~ about, ada satu dua perkara yg tdk jelas bagi saya; she seems quite ~ about what she wants to do, nampaknya dia agak jelas ttg apa yg ingin dilakukannya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
into | 11. (indic occupation, activity entered upon), [not translated ]: he quit his job and went ~ business, dia berhenti kerja dan menceburi bidang perniagaan; dont you wish you could move ~ advertising?, kamu tdk berhajat utk menceburi bidang pengiklanan?; 12. (colloq) interested in, meminati: Im not ~ rock music, saya tdk meminati muzik rock; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
rampang Ib | hampas. | Awak bukan berhajat hendak melawat saya tetapi, berhentilah di sini dulu. Sudah lama ramuan rampang bunga gadis Satik melimpasi kami di sini, sahut adik Jambi. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
melimpasi, *melimpas* MSr | melalui, melewati. | Awak bukan berhajat hendak melawat saya tetapi, berhentilah di sini dulu. Sudah lama ramuan rampang bunga gadis Satik melimpasi kami di sini, sahut adik Jambi. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menyuan Tb | pembacaan mentera yang dilakukan sebelum padi bukit ditanam, biasanya dilakukan oleh bobolian. | Kita ada adat menyuan. Ada adapt monomparoi. Pak cik tahu, kalau tanaman padi dua kali setahun dibuat, alamat adat-adat kita akan lenyap, ujar Sunan membenarkan kata-kata Turagai tadi. "Dia memang berhajat mahu membelakangkan adat-adat kita, pak cik." | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai antu Ib | upacara adat istiadat yang terakhir bagi menyempurnakan urusan kematian seseorang dalam masyarakat Iban. | Di sebelah hulu rumah mereka ada sebuah rumah panjang yang meraikan Gawai Antu. Irang dan isteri dan semua penghuni rumah panjang itu dijemput menghadiri upacara itu. Semua yang dijemput termasuk Irang berhajat hendak menghadiri upacara tersebut. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
berhajat | [ber.ha.jat] | برحاجت |
|
Tesaurus |
---|
| hajat (kata nama) | Bersinonim dengan hasrat, keinginan, kehendak, cita-cita, niat, matlamat, maksud, tujuan, permintaan, doa;, | | Kata Terbitan : berhajat, berhajatkan, menghajati, menghajatkan, |
|
Puisi |
---|
|
Pergi selat bulan lima, Beli bawang dua sepuluh; Saya berhajat sudah lama, Tiada tempat saya menyuruh.
Lihat selanjutnya... |
|