Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak mahu koyak kulit, koyak kain mahu juga.

Takrif

Hanya mahu berkorban dengan harta benda saja, tetapi tidak mahu mengorbankan diri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Niat hati hendak memancing ikan, tak mahu membuang umpan.

Takrif

Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mayat sudah di tepi kubur.

Takrif

Pekerjaan yang sudah terlanjur, mahu tidak mahu harus dikerjakan sampai selesai; pekerjaan yang sangat mudah. (Bandingkan dengan: a. Bajak sudah terdorong ke bencah, b. Ibarat beban sudah ke tepi).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak kelih mahu tengok.

Takrif

Hanya mahu hasilnya saja, tetapi enggan berusaha.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tepungnya ia mahu, kuihnya pun ia mahu.

Takrif

Diberi sedikit hendak banyak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Muda diajun, kikir diperbuat.

Takrif

Mahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dunia diadang, saku-saku dijahit).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dunia diadang, saku-saku dijahit.

Takrif

Mahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Muda diajun, kikir diperbuat).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Membuat mahu menuras tidak.

Takrif

Membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas belajar untuk menambahkan pengetahuannya tentang pekerjaan tersebut. menuras = menapis.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Alah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar.

Takrif

Tidak menepati janji dan menentang balik orang yang diberinya janji itu. merih = pembuluh nafas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Koyak baju mahu ukur badan.

Takrif

Merosakkan sesuatu yang hendak disempurnakan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Puisi
 

Kalau tuan pergi seberang,
     Semai padi tumbuh lalang;
Saya umpama beras segantang,
     Mahu lebih tak mahu kurang.



Lihat selanjutnya...