Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI | MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI, majlis penasihat hal ehwal peribumi. Majlis ini ditubuhkan di bawah Akta Undang-undang Pentadbiran Kampung 1913 oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada tahun 1915. Majlis ini dianggotai oleh gabenor sebagai presiden, setiausaha kerajaan, residen-residen dan pegawai-pegawai daerah sebagai penasihat, dan ketua-ketua anak negeri yang mewakili daerah masing-masing. Majlis ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan para ketua anak negeri menjalankan tanggungjawab mereka, iaitu mengenal pasti masalah peribumi kesan daripada kesan daripada sistem pentadbiran British, dan juga sebagai wakil untuk menjalankan dasar kerajaan kepada peribumi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
CHOGM | CHOGM di Kuala Lumpur (1989) ialah persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel ke-27 yang diadakan pada 18 hingga 24 Oktober 1898 | UMUM | Umum |
KOR DIPLOMATIK | Kor diplomatik terdiri daripada ketua-ketua misi diplomatik seperti duta-duta dan menteri- menteri yang mewakili kerajaan di luar negara. | UMUM | |
PERDANA MENTERI | Perdana menteri ialah ketua kerajaan. Ketua negara raja atau permaisuri di negara pemerintahan beraja atau presiden di negara republik melantik perdana menteri. Di kebanyakan negara, ketua negara hanya boleh melantik pemimpin parti yang mempunyai suara majoriti dalam badan perundangan atau kerajaan campuran. Perdana menteri dan kabinet bertanggungjawab kepada badan perundangan. Ini bermakna perdana menteri dan Kabinet patut meletakkan jawatan sekiranya badan perundangan menolak peruntukan utama dasar mereka. Sistem ini dikenali sebagai sistem kerajaan berkabinet (lihat Kabinet ). | UMUM | |
SAFWAN IBN UMAYYAH | Safwan ibn Umayyah ( ? 36 H./? 656 M. ) ialah salah seorang daripada kalangan sahabat nabi. Nama penuhnya Safwan ibn Umayyah ibn Khalaf al-Jumhiy al-Qurashiy. Dia dari golongan ketua-ketua dan pembesar-pembesar Quraisy yang dilembutkan hati mereka oleh Allah untuk menerima Islam. Dia memberi 100 ekor unta kepada Rasulullah s.a.w dalam Perang Hunayn yang berlaku pada tahun kelapan Hijrah. Rasulullah s.a.w. meminjam senjata daripadanya pada hari Perang Hunayn yang pada ketika itu dia belum lagi memeluk Islam. Safwan ibn Umayyah terlibat dalam Perang Yarmuk di Syria pada tahun ke-13 H. Dia meninggal dunia di Makkah. | UMUM | |
KETUA PADERI | Ketua paderi ialah ketua keagamaan Yahudi pada zaman Bible sehinggalah kuil milik orang Yahudi di Jerusalem binasa pada tahun 70 M. | UMUM | |
KETUA BISKOP | Ketua biskop ialah ketua suatu provinsi keagamaan Gereja Roman Katolik dan gereja-gereja lain. | UMUM | |
MUJIBUR RAHMAN | Mujibur Rahman (19201975), menjadi perdana menteri pertama Bangladesh pada bulan Januari 1972. Mujibur Rahman (dikenali sebagai Mujib) meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada bulan Januari 1975 dan mengambil alih jawatan presiden Bangladesh. Ketua-ketua angkatan tentera negara tersebut menggulingkan kerajaan Mujib dan membunuhnya pada bulan Ogos 1975. | UMUM | |
KETUA KAMPUNG | Ketua kampung, ketua bagi masyarakat sesebuah kampung. Ketua kampung biasanya dilantik berdasarkan pilihan ramai masyarakat sesebuah kampung. | BUDAYA | Jawatan/Gelaran |
SA'ID IBN AL-MUSAYYAB (1394 H. / 635713 M. | Said ibn al-Musayyab (1394 H. / 635713 M.), ketua ahli fiqh, ketua para tabiin dan periwayat hadith. Nama penuhnya ialah Said ibn al-Musayyab ibn Hazn ibn Abi Wahab al-Makhzumi al-Qurashi. Bapa dan datuknya adalah dua orang sahabat nabi yang memeluk Islam pada hari pembukaan kota Makkah. Said mendengar hadith daripada Umar ketika dia berkhutbah. Dia juga mendengar hadith daripada Uthman ibn Affan, Ali ibn Abi Talib, Zaid ibn Thabit, Aisyah, Saad ibn Abi Waqqas, Abu Hurairah (suami kepada anak perempuannya dan orang yang paling mengetahui tentang hadithnya) dan lain-lain lagi dari kalangan sahabat. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| ketua (kata nama) | Bersinonim dengan pengetua, pemimpin, khalifah, pengarah, penghulu, pemandu, tekong, kapten,
batin, undang, penggawa, mandur, penyelia, pengurus, gabenor, lurah, nakhoda, juragan,
jurumudi, panglima, hulubalang, majikan;, | | Kata Terbitan : berketuakan, mengetuai, |
|
|