Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
STUART, JOHN MCDOUALL | Stuart, John McDouall (18151866) ialah penjelajah kelahiran Scotland yang mempunyai keberanian serta ketahanan melakukan beberapa ekspedisi ke pedalaman Australia dan menyeberangi benua itu dari selatan ke utara pada tahun 1862. Hasil daripada ekspedisi ini, Australia Selatan dapat menguasai Wilayah Utara pada tahun 1863. Kemudian Overland Telegraph (Telegraf Melalui Darat) dibina di sepanjang laluan yang diikuti oleh Stuart. | UMUM | |
PERTEMPURAN BRITAIN | Pertempuran Britain merupakan pertempuran udara yang muktamad semasa Perang Dunia II (19391945). Pegawai-pegawai Luftwaffe (tentera udara Jerman) percaya bahawa ketahanan British dapat dikurangkan dengan penggunaan kuasa udara semata-mata. Mereka percaya bahawa serangan dapat dilakukan sebaik sahaja Jerman memusnahkan Tentera Udara Diraja (Royal Air Force [RAF]). | UMUM | |
MOLIBDENUM | Molibdenum ialah unsur kimia. Simbolnya ialah Mo. Molibdenum ialah logam keras, berwarna perak-putih. Takat leburnya yang tinggi sehingga 2617C menjadikannya antara logam yang terkuat dan logam penebat haba yang paling banyak digunakan. Apabila dialoikan dengan keluli, molibdenum meningkatkan ketahanan dan kekuatannya terutamanya pada suhu tinggi. Molibdenum juga meningkatkan ketahanan sesetengah logam berasaskan nikel terhadap haba dan bahan kimia apabila logam ini dialoikan dengannya. | UMUM | |
ACARA TERJUN | Acara terjun ialah sukan air yang menarik. Seseorang penerjun melompat dari papan anjal atau pelantar dan melakukan gerakan akrobatik yang berani di udara sebelum terjun ke dalam air. Tidak seperti renang, acara terjun menekankan teknik dan bukan ketahanan atau kelajuan. Penerjun yang berbakat menggabungkan kekuatan dan keindahan dengan keberanian semasa berputar dan bertwis ke arah air, dan akhirnya melakukan terjun ke dalam air dengan deburan yang minimum. | UMUM | |
AEROBIK | Aerobik ialah sistem riadah yang direka untuk meningkatkan bekalan dan penggunaan oksigen di dalam tubuh badan. Senaman ini termasuk berbasikal, menari, berlari-lari anak, mendayung, meluncur, berenang, dan berjalan pantas. Ramai orang mengambil bahagian dalam program aerobik untuk menambahkan ketahanan dan tenaga, serta mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang sesuai. Senaman aerobik yang dilakukan secara tetap dapat mengurangkan risiko sakit jantung. | UMUM | |
KELULI TAHAN KARAT | Keluli tahan karat ialah nama kumpulan keluli aloi yang tahan terhadap pengaratan dan bentuk kakisan lain. Sebagai kumpulan, keluli tahan karat kelihatan menarik dan mudah disenggara. Keluli jenis ini menunjukkan keutuhan dan kemuluran yang luar biasa dan unik dari segi ketahanan umum terhadap cuaca serta kebanyakan jenis bahan pengakis lain. Kebanyakan keluli tahan karat yang digunakan di kediaman digilap dengan baik dan kelihatan bersinar bak perak tetapi keemasan ini tidak diperlukan untuk menghalang kakisan. Keluli dengan lapisan tahan karat pula biasanya ialah keluli biasa yang disadur dengan selapisan keluli tahan karat pada satu bahagian atau kedua-dua bahagian permukaannya. | UMUM | |
SPARTA | Sparta, juga dikenali sebagai Lacedaemon, ibu negeri Laconia, pada suatu masa dahulu merupakan negara kota yang paling berkuasa di Yunani purba. Sparta masyhur dengan kuasa ketenteraannya dan kesetiaan askarnya. Penghormatan yang paling tinggi bagi seorang penduduk Sparta ialah terkorban semasa mempertahankan negerinya. Ketahanan, kebencian terhadap benda mewah, dan ketegasan yang sukar digoyah, masih disebut dalam perbandingan sebagai sikap atau sifat baik penduduk Spartan. | UMUM | |
GUNUNG TAHAN | GUNUNG TAHAN, Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. Kemuncaknya setinggi 2207 m dari paras laut. Gunung Tahan terletak di utara negeri Pahang berhampiran dengan sempadan Kelantan dan merupakan kemuncak Banjaran Gunung Tahan. Banjaran ini terdiri daripada batuan enapan kuartzit konglomerat, batu pasir dan syal yang telah dilipat zaman lampau. Sepanjang banjaran ini mempunyai permukaan yang kasar akibat ketahanan batu kuartzit daripada diluluhawa. Satu lagi ciri yang luar biasa di Banjaran Gunung Tahan ialah liputan tumbuh-tumbuhan yang nipis kerana tanahnya tidak subur. Kesinambungannya banjaran ini terganggu oleh Sungai Rompin. Banjaran ini memanjang ke selatan sebagai bukit-bukit rendah di sepanjang tengah dan timur Johor dan sebagai bukit Mount Faber di Singapura. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
|
Tesaurus |
---|
| tahan (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,
2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,
3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,
| Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan, |
|
|