Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SIMEN | Diberi kemudian | KIMIA | Sumber/Bahan Alam |
OFSET | Ofset ialah proses percetakan apabila percetakan mula-mula dilakukan di atas permukaan getah silinder yang berputar. Teraan itu kemudian dipindahkan ke kertas dengan tekanan silinder yang lain. Istilah ofset menjelaskan pindahan itu, atau pengofsetan dakwat dari satu plat cetakan kepada getah dan kemudian kepada kertas. | UMUM | |
SUNGAI SÃO FRANCISCO | Sungai São Francisco terletak di timur Brazil. Sungai ini juga dikenali sebagai Sungai San Francisco atau Rio São Francisco, dan berpunca di negeri Minas Gerais. Sungai ini mengalir ke timur laut, kemudian ke timur lalu membentuk sempadan antara negara Bahia dengan Pernambuco. Kemudian sungai ini berbelok ke tenggara lalu mengalir ke Lautan Atlantik, 3199 kilometer dari puncanya. Air Sungai San Fancisco yang mengalir dari gunung-ganang di Minas Gerais, mengalir sebagai air terjun dan jeram, kemudian membentuk menjadi sungai yang lebar, sepanjang 1400 kilometer daripada laluan tengahnya. Tetapi sejauh kira-kira 320 kilometer dari Lautan Atlantik, sungai ini berbatu-batu dan arus sungai ini menjadi deras. | UMUM | |
REMBESAN | Rembesan ialah bahan berguna yang dikeluarkan oleh sesuatu sel dan kemudian dilepaskan dari sel tersebut. Sel yang membentuk rembesan biasanya terdapat dalam kelenjar. Rembesan dari kelenjar eksokrin dikeluarkan ke dalam duktus (tiub) yang menuju ke organ-organ lain atau ke permukaan badan. Rembesan demikian termasuk air liur, air mata, mukus, peluh, hempedu, dan jus pankreas. Kelenjar endokrin (tanpa duktus) mengeluarkan rembesan terus ke dalam darah. Rembesan ini, yang dinamakan hormon, membantu mengatur banyak proses badan. Hormon termasuk tiroksin, insulin, adrenalin, estrogen, dan androgen. Sel khusus dalam usus, ginjal, jantung, dan plasenta juga merembes hormon. Tumbuhan dan haiwan invertebrat (tanpa tulang belakang) juga mengeluarkan rembesan, yang sesetengahnya mempunyai nilai komersial. | UMUM | |
ASCHAM, ROGER | Ascham, Roger (15151568), guru peribadi kepada Puteri Elizabeth. Puteri Elizabeth kemudian Ratu England dikenali sebagai Ratu Elizabeth I. Ascham menjadi pengarang The Schoolmaster (1570). Dalam buku ini, Ascham melahirkan pandangannya tentang pendidikan, berasaskan pengalamannya. Dia menekankan betapa pentingnya pembacaan. Ascham lahir di Kirby Wiske, dekat Northallerton, di Yorkshire Utara. | UMUM | |
TANDA LAHIR | Tanda lahir ialah kecacatan kulit yang ada semasa lahir atau tidak berapa lama kemudian. Terdapat dua jenis tanda lahir, iaitu tahi lalat dan haemangiomas . Rencana ini membincangkan tentang haemangiomas. Untuk maklumat lanjut tentang tahi lalat, lihat Tahi lalat. | UMUM | |
THE INTERNATIONAL | The International ialah nama awal yang diberikan untuk beberapa pertubuhan pekerja di peringkat antarabangsa. Kemudian, ia digunakan bagi pertubuhan Komunis antarabangsa yang berpusat di Moscow. Karl Marx, sosialis Jerman, menubuhkan pertubuhan pekerja antarabangsa yang pertama pada tahun 1864. Pertubuhan ini dikenali sebagai International Workingmens Association atau First International. | UMUM | |
ROMULO, CARLOS PENA | Romulo, Carlos Pena (18991985) ialah diplomat dan penulis Filipina, pernah berkhidmat sebagai setiausaha (kemudian menteri) bagi hal ehwal luar Filipina dari tahun 1965 hingga tahun 1984. Romulo berkhidmat sebagai duta besar Filipina ke Amerika Syarikat, pada tahun 1952 dan 1953, dan dari tahun 1955 hingga tahun 1962. Dia mewakili negaranya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dari tahun 1946 hingga tahun 1954. Pada tahun 1949, dia menjadi orang Asia yang pertama memegang jawatan presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. Romulo mewakili Filipina dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1957. Dia berkhidmat sebagai presiden University of the Philippines dari tahun 1962 hingga tahun 1969, dan juga memegang jawatan setiausaha pendidikan dari tahun 1966 hingga tahun 1969. | UMUM | |
LILIN MINERAL | Lilin mineral. Kebanyakan lilin berasal daripada petroleum. Pembuat menyejukkan dan menuras minyak petroleum dan kemudian menggunakan pelbagai proses kimia untuk memisahkan lilin daripadanya. Ada tiga jenis utama lilin petroleum: (1) lilin parafin, (2) lilin mikrohabluran, dan (3) petrolatum. Lilin ini berbeza dari segi warna, kekerasan, dan takat leburnya. | UMUM | |
NASH, JOHN | Nash, John (17521835) ialah arkitek dan pereka landskap Inggeris. Di bawah naungan Putera Wales, yang kemudian menjadi Raja George IV, Nash merubah semula pelan Taman Regent di kawasan London menjadi sebuah taman landskap yang luas. Taman ini dibahagikan oleh jalan-jalan yang besar dan disempadani oleh vila di setiap bahagian tepinya. Regent Street, Waterloo Place dan Carlton House Terrace disiapkan antara tahun 1810 hingga tahun 1830. Tetapi rekaannya yang selebihnya ditinggalkan kerana masalah kos. Nash lahir di London. Dia turut mengendalikan beberapa buah projek lain termasuklah Buckingham House (kini Istana Buckingham), Marble Arch dan Brighton Pavillion. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kemudian (adverba) | Bersinonim dengan selepas, kelak, kebelakangan, sesudah, akan datang, setelah, nanti, sebentar, akhir, penghujung, lambat, lewat, ketinggalan, corot, cicir;, | | Kata Terbitan : mengemudiankan, terkemudian, |
|
Puisi |
---|
|
Anak ayam turun sembilan, Mati seekor tinggalnya lapan; Akan bekalan hari kemudian, Di dalam kubur berdinding papan.
Lihat selanjutnya... |
|