Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah durian masak mengkal, Buah palas dimakan nyamuk; Hari kemudian jangan menyesal, Rupa paras sudah tengok.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak ayam turun sembilan, Mati seekor tinggalnya lapan; Akan bekalan hari kemudian, Di dalam kubur berdinding papan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berdentum tabuh di Rian, Minta tabuh lagi; Kalau untung di hari kemudian, Boleh berbalik sekali lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tupai mengusik bunga durian, Durian berbuah di depan rumah; Tidak menyesal hari kemudian, Supaya badan tidak punah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad rasul pilihan; Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pergi kehulu buah rambutan, Sayang durian tiada berbunga; Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada berguna.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Mudik ke hulu sekah durian, Hanyut kulit bertali-tali; Duduk dulu nikah kemudian, Boleh anak tidak berwali.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tuan merebatlah tepas, Kerana durian berbunga lagi; Janganlah tuan cakap terlepas, Hari kemudian berguna lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ikan sepat ikan sembilang, Anak pari dalam raga; Kalau tak dapat masa sekarang, Kemudian hari ambil juga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ikan sepat mudik ke hulu, Ikan haruan putih dadanya; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih matanya.
Tesaurus
 
kemudian (adverba)
Bersinonim dengan selepas, kelak, kebelakangan, sesudah, akan datang, setelah, nanti, sebentar, akhir, penghujung, lambat, lewat, ketinggalan, corot, cicir;,
Kata Terbitan : mengemudiankan, terkemudian,

Puisi
 

Anak ayam turun sembilan,
     Mati seekor tinggalnya lapan;
Akan bekalan hari kemudian,
     Di dalam kubur berdinding papan.



Lihat selanjutnya...