Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MODAL | Modal adalah istilah ekonomi bermaksud kekayaan, selain daripada tanah, yang digunakan untuk menambahkan kekayaan. Wang simpanan adalah modal, kerana digunakan untuk menambah kekayaan menerusi faedah atau dividen. Tanah dan sumber-sumber semula jadi tidak dikira sebagai modal kerana bukan dikeluarkan oleh manusia. Kebanyakan aset yang digunakan dalam perniagaan adalah modal, kerana ia digunakan untuk mendapatkan keuntungan. Barang-barang peribadi seperti makanan, perabot, dan pakaian dianggap sebagai harta, tetapi bukannya modal. Barang-barang ini tidak menambahkan kekayaan. Terdapat dua jenis modal perniagaan, modal tetap dan modal kerja. | UMUM | |
MANCHURIA | Manchuria ialah kawasan di timur laut negara China yang terkenal dengan kekayaan semula jadinya, terutamanya batu arang dan besi. | UMUM | |
RHODES, CECIL JOHN | Rhodes, Cecil John (18531902) ialah ahli perniagaan dan negarawan British. Dia memperolehi kekayaan daripada industri berlian dan berkemungkinan merupakan penyumbang terbesar kepada perkembangan empayar Inggeris di Afrika daripada dengan tokoh lain yang hidup sezaman dengannya. | UMUM | |
SEGREGASI | Segrerasi ialah pengasingan kumpulan manusia mengikut adat atau mengikut budaya. Ia lazimnya berasaskan perbezaan asal usul etnik, agama, kekayaan, atau budaya. Sesetengah orang menganggap perbezaan sedemikian amat penting. | UMUM | |
MERCURY | Mercury ialah utusan tuhan dan dewa perjalanan dalam mitologi Rom. Orang Rom purba turut memuja Mercury sebagai dewa perdagangan, harta, dan kekayaan. Perkataan commerce, merchandise dan merchant berkait rapat dengan namanya.Orang Rom menganggap Mercury agak licik dan mengelirukan, serta seorang penipu atau pencuri. Penjenayah menganggapnya sebagai pelindung mereka. Mercury menyerupai dewa Hermes dalam mitologi Yunani. | UMUM | |
MUHAMMAD ALI | Muhammad Ali (17691849), pemerintah Mesir dari tahun 1805 hingga tahun 1848. Dia menggunakan penasihat Perancis dan Eropah untuk membantu memodenkan Mesir dan menambahkan kekayaan dan kuasa. Di bawah pemerintahannya, kerajaan dan tentera Mesir dibentuk mengikut susunan seperti di negara-negara Eropah. Tetapi dia tidak menggalakkan demokrasi. Kuasa pemerintahan negara berada di tangannya. | UMUM | |
EMAS | Emas ialah unsur logam dengan simbol kimianya Au. Emas ialah salah satu logam yang pertama dikenali manusia. Pemilikan logam kuning terang yang menarik ini menjadi simbol kekayaan sejak beribu-ribu tahun dahulu. | UMUM | |
SOMOZA GARCIA, ANASTASIO | Somoza Garcia, Anastasio (18961956) ialah diktator Nicaragua yang memerintah negaranya selama 20 tahun sebelum dibunuh pada tahun 1956. Somoza menguasai kerajaan, tentera dan ekonomi Nicaragua, serta menggunakan kuasanya untuk mengumpul kekayaan. Dia menghancurkan semua pihak lawan dan tidak membenarkan kebebasan bersuara. Kedua-dua anaknya juga menjadi diktator Nicaragua. | UMUM | |
KELAS SOSIAL | Kelas sosial ialah sekumpulan orang ramai dalam sesebuah masyarakat yang berkongsi kedudukan sosial yang sama. Kelas sosial wujud kerana manusia biasanya mengelompokkan masyarakat ke dalam pelbagai kumpulan yang berbeza berdasarkan faktor kekayaan, kuasa, darjat, keturunan, agama, dan kerjaya. Kerap kali manusia membuat perbezaan kedudukan ini di dalam fikiran mereka dengan menganggap sesetengah mereka lebih baik daripada yang lain. Ahli sains sosial menamakan kumpulan ini sebagai kelas sosial dan menganggap proses pengelompokan sosial sebagai stratifikasi sosial. | UMUM | |
KASTA | Kasta ialah kumpulan sosial manusia yang dibahagi-bahagikan mengikut kelahiran. Dalam lingkungan sesuatu kasta, kebanyakan ahlinya berkongsi kebudayaan atau pekerjaan yang sama, menganut fahaman atau mazhab agama yang sama atau mempunyai tahap kekayaan yang sama. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kaya (adjektif) | 1. Bersinonim dengan berharta: berkuasa, berada, berwang, mampu, berpunya,
mewah, gana, ghani, sugih, melimpah-limpah, hartawan, dermawan,
2. Bersinonim dengan kaya dengan: subur, produktif, berhasil, banyak, lebat,
mempunyai, mengandungi,
| Kata Terbitan : mengayakan, memperkaya, terkaya, kekayaan, pengayaan, |
|
Peribahasa |
---|
| 202 Every flow must have its ebb Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan. Ada pasang berturun naik He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever. Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, ada pasang berturun naik. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|