SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk tumbuh bidara tumbuh, Tumbuh-tumbuh jadi di darat; Adik sungguh abang pun sungguh, Kalau sudi berkirim surat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKacang kelisa tumbuh di dusun, Tumbuh sepohon di tiang layang; Kami menyambut bersusun-susun, Kerana meraikan pengantin datang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanam jarak tak tumbuh jarak, Jarak nak tumbuh di langit putih; Beri perak tak ambuhlah perak, Saya ambuh ke baju putih. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTumbuh padi tumbuhnya rendah, Patah dilanyak si anak Cina; Harap hati terlalu gundah, Mengenang tuan entah di mana. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk palas tumbuh di kuala, Sayang langgudi tumbuh di pancur; Rupa paras saya tak gila, Kerana budi hatiku hancur. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBudak-budak bermain panah, Main panah tanah seberang; Semua pokok tumbuh di tanah, Api-api tumbuh di cabang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTidak tumbuh tidak melata, Patah galah dalam padi; Tidak sungguh kehendak kita, Perintah Allah juga yang jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCendawan tumbuh di batang, Diambil orang setiap hari; pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang, Pengantin duduk suami isteri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBanyak tumbuh pohon di sini, Encik Anjang orang berbudi; Silalah makan hidangan ini, Mana yang kurang jangan dikeji. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTak tumbuh padi di pintu, Anak denak di hujung serambi; Kalau sungguh cakap itu, Sungguh benak hati kami. |
|
Tesaurus |
---|
| tumbuh (kata kerja) | Bersinonim dengan hidup bercambah, berkecambah, bertunas, berdaun, berhimpang, bercadung, beranak, subur, naik, terbit, timbul, muncul, keluar, membiak, menjalar, merebak;, | | Kata Terbitan : menumbuhkan, tumbuhan, tumbuh-tumbuhan, ketumbuhan, pertumbuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Kacang kelisa tumbuh di dusun, Tumbuh sepohon di tiang layang; Kami menyambut bersusun-susun, Kerana meraikan pengantin datang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 614 One good turn deserves another Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita). Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh. ''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me. ''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh,'' kata Salina kepada saya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|