SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah batu atap bata, Tempat mamak buat roti; Tempat tak tentu jangan kata, Tempat gamak boleh jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil galah kupaskan jantung, Orang Arab bergoreng kicap; Kepada Allah tempat bergantung, Kepada nabi tempat mengucap. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPagi-pagi makan nasi lemak, Mari makan sambil mengarut; Yang terkena tu tempat tak gamak, Tempat yang bagus tak mahu diturut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTempat mana cepok berbunyi, Pokok kabu tepi kolam; Tempat mana adik berjanji, Di dalam kelambu atas tilam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLabuan tanahnya rata, Tempat berjalan enjin kereta; Tutup pintu buka jendela, Sana tempat berpandang mata. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTempat orang menggergaji kayu, Pergi ke bukit menjemur kain; Bunga kembang menjadi layu, Embun bertitik di tempat lain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerapa tinggi pokok kubis, Tempat membuat ulam-ulaman; Sedikit lagi jiwa nak habis, Tempat berbudi kepada tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSana ayam sini ayam, Tempat mana nak jemur padi; Sana buaian sini buaian, Tempat mana nak letak hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah kecil tepi laut, Tempat budak main biola; Pinggang kecil bagai diraut, Itulah tempat saya gila. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHalia ini halia tanaman, Tempat hiris bintang berlenguh; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat juga tempat yang sungguh. |
|
Tesaurus |
---|
| tempat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan bekas: wadah
2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,
3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,
| Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan, |
|
Puisi |
---|
|
Ambil galah kupaskan jantung, Orang Arab bergoreng kicap; Kepada Allah tempat bergantung, Kepada nabi tempat mengucap.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 261 East, west, home's the best Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri. Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri kita. My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best. Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri sendiri. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|