SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPanas terik hangat sangat, Saya nak mandi Kuala Perlis; Tengok adik jinak sangat, Rasa-rasa bagai nak boleh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBaju dipakai baju yang mana, Ingin serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap sebulan rasa, Rasa berkecai beribu tahun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTinggi pasir Kuala Petani, Rasa mengambil rasa tidak; Apa taksir pada kami, Rasa nak masuk rasa tidak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung putih terbang melayang, Rasa nak tangguk rasa tidak; Sudah boleh berkasih sayang, Rasa nak masuk rasanya tidak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari Rejab bulan Syaaban, Rendam serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap rasa sebulan, Rasa bercerai seribu tahun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBagaimana rasa nasi daun, Nasi setalam rasa nak basi; Bagaimana tinggal setahun, Tinggal sebulan rasa nak mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHari Rejab bulan Syaaban, Tidak hari bertukar tahun; Jikalah sekejap rasa sebulan, Tidakkah sehari rasa setahun? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEmas merah kesuma ningsun, Pudak melati campur kasusun; Hari sehari rasa setahun, Nasi dimakan rasa racun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBulan Rejab bulan Syaaban, Ular lidi memanjat daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sebulan rasa setahun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBatang dedap dibuat sampan, Makan nasi ulamnya daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sehari rasa setahun. |
|
Tesaurus |
---|
| rasa | 1. Dalam konteks pelbagai rasa bersinonim dengan manis, masam, masin, pahit, tawar, payau, pedas, maung, hambar, kelat, (adjektif:)
2. Bersinonim dengan fikir ( kira, ingat, agak, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : rasanya, rasa-rasanya, berasa, merasai, merasakan, terasa, perasaan, berperasaan, perasa, berperasa, |
|
Puisi |
---|
|
Baju dipakai baju yang mana, Ingin serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap sebulan rasa, Rasa berkecai beribu tahun.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 215 When all fruit fails, welcome haws Apabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki. Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham During the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws. Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham . Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|