SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilang kapak di dalam padi, Hilang dilamun para-para; Hilang bapak boleh diganti, Hilang ibu amat bicara. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilang baju kerana tapak, Hilang berjalan di pohon pauh; Hilang malu kerana takut, Melangsung adat hajat saudara jauh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBangun malai bangunlah bungaku, Bangun puasa bulan Ramadan; Hilang bunga hilang di pangkuanku, Bungaku wujud sepanjang badan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBangat-bangat menanam delima, Buah ranum merah menyala; Ingat-ingat pesan panglima, Hilang Melayu hilang dunia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTinggi-tinggi matahari, Anak Endau pantai Melaka; Hilang laki boleh dicari, Hilang bini badan binasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTinggi-tinggi matahari, Tinggi meninjau pantai Melaka; Hilang sahabat boleh dicari, Hilang kekasih badan binasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTembilang tepi batangi, Tembilang elok tampuknya; Kok nan hilang boleh diganti, Nan hilang elok lagi bangsanya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan panas pagi hari, Ayam putih masuk reban; Hilang emas boleh dicari, Hilang kekasih guna teraban. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCuaca panas helang berbunyi, Ayam dikurung dalam reban; Hilang emas boleh dicari, Hilang kasih gunung teregan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBulan Rejab bulan Syaaban, Ular lidi memanjat daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sebulan rasa setahun. |
|
Tesaurus |
---|
| hilang | 1. Bersinonim dengan lenyap ( lesap, kesasar, hirap, ghaib, sirna, ) (adjektif:)
2. Dalam konteks marah bersinonim dengan reda, padam, pudar, luntur, surut, (adjektif:)
3. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan mati, wafat, mangkat, gugur, meninggal, (kata kerja:)
| Kata Terbitan : menghilang, menghilangkan, kehilangan, penghilangan, penghilang, |
|
Puisi |
---|
|
Hilang baju kerana tapak, Hilang berjalan di pohon pauh; Hilang malu kerana takut, Melangsung adat hajat saudara jauh.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 417 A good name is sooner lost than won Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil. Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve) You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won. Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, hilang kemarau setahun oleh hujan sehari Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|