Firdaus Abdullah - Dewan Bahasa dan Pustaka
Senior Cambridge. Firdaus memilih pekerjaan sebagai wartawan Berita Harian dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times pada tahun 1963 dengan menulis berita-berita politik dan kebudayaan, di samping menyelenggarakan ruangan tetap “Hati dan Nadi Dunia Pelajar” dalam akhbar Berita Harian. Pada tahun 1966, Firdaus melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dalam jurusan Ilmu Politik di Universiti Northern Illinois dan memperoleh ijazah B.A
|
Embong Yahaya - Dewan Bahasa dan Pustaka
Kemudian dari tahun 1937 hingga tahun 1940, beliau melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim. Sesudah itu Embong menjadi guru di Sekolah Melayu hingga mencapai kemerdekaan (1957), beliau tetap bertugas sebagai guru. Pada tahun 1958, Embong berpeluang mengikuti kursus di Maktab Perguruan Bahasa, Bukit Senyum, Johor Bahru selama setahun. Beliau juga belajar bahasa Inggeris secara bersendirian. Embong pernah bertugas jawatan Ketua Pengarah UMNO Malaysia. Kebanyakan karya yang dihasilkan oleh beliau pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an lebih bersifat memberi nasihat kepada anak-anak muda seperti buku Dari Hati ke Hati dan Pengasuh Cita-cita. Novelnya yang berjudul Bahagia Terlerai merupakan sebuah novel yang baik, biarpun terlalu bersifat didaktik dan penuh dengan pengajaran. Embong telah menghasilkan puisi sejak tahun |
Mahaya Mohd. Yasin - Dewan Bahasa dan Pustaka
Menengah Sri Ampangan, Seremban dari tahun 1982 hingga 1985. Selepas itu beliau mengajar di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Kemudian beliau bertugas sebagai pensyarah di Institut Bahasa, Kuala Lumpur. Kini beliau tetap dengan kerjayanya sebagai pensyarah, tetapi di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban pula. Semasa zaman kanak-kanaknya, Mahaya menggemari pantun dan cerita-cerita jenaka. Beliau juga gemar membaca buku-buku cerita lagi pasangan suami isteri yang berupaya menghasilkan karya secara bersama dan berterusan di Malaysia ini seperti yang dilakukan oleh mereka berdua. Dalam genre puisi pula, Mahaya pernah memenangi Hadiah Sagu Hati – Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA IV pada tahun 1986. Beliau juga dianggap oleh sesetengah pemerhati sastera tanah air sebagai seorang penulis yang tahan berkarya jika dibandingkan dengan sesetengah penulis wanita
|
A. Ghafar Ibrahim - Dewan Bahasa dan Pustaka
kritis daripada pembaca untuk menuju pada erti sajak. Kejayaan membaca menegakkan kesan vokal sajak. Pembacaan mestilah berjaya meninggalkan kesan-kesan yang nikmat. Vokal itu harus didengar satu per satu penuh hati-hati. Tempat penglahiran sajak tidak terbatas. Di atas kertas, melalui TV, radio, tayangan slides dan movie. Cara mana sajak itu disampaikan adalah tekniknya. Di atas kertas dia tertera dengan bentuknya yang |
Sabda S - Dewan Bahasa dan Pustaka
Sabah), dari bulan Januari hingga April 1997 dan di Utusan Sarawak (September 1996 – April 1997). Sepanjang penglibatannya dalam dunia penulisan, berbagai-bagai hadiah dan penghargaan telah diterima. Antaranya, hadiah sagu hati Peraduan Cerpen Islam, anjuran Jabatan Perdana Menteri (1981), hadiah kedua Peraduan Cerpen ESSO-GAPENA (1982), hadiah penghargaan (bahagian cerpen) Anugerah Karya Bangsa Sempena 25 Tahun Merdeka, anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (1983), hadiah Penghargaan Anugerah Novel Darul Iman, anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dan PELITA (1984), memenangi hadiah sagu hati Peraduan Cerpen Islam, anjuran Jabatan Perdana Menteri (1985). Pada tahun 1998 beliau memenangi sagu hati Hadiah Sastera Utusan-Public Bank dalam bahagian cerpen. Dan pada tahun berikutnya mendapat hadiah sagu
|
Laman Rasmi Dewan Bahasa dan P
tahun berkhidmat di Utusan Melayu, Khadijah menurut jejak langkah rakan-rakannya seperti Zaharah Nawawi dan Salmiah Rahman menyertai Kumpulan Akhbar The New Straits Times , mengelolakan ruangan kesusasteraan dan menjadi penulis tetap ruangan `Ragam Hidup’ (mulai tahun 1980) di Berita Harian . Setelah beberapa tahun dengan Berita Harian , Khadijah meletakkan jawatannya dan membuka syarikat penerbitan sendiri, `K’ Publishing and Distributors Sdn. Bhd. Nama dialami oleh Mazni sehingga ikut bersimpati dengannya. Novel ini memberi kesan bahawa amanat yang mahu disampaikan oleh Khadijah ialah tidak ada sesuatu yang dapat menghalang seseorang mencapai hasratnya asalkan dia tetap berusaha dan yakin pada diri sendiri. Hasil kegiatannya menulis novel, Khadijah telah berjaya memenangi hadiah sagu hati Peraduan Mengarang Novel Sempena 10 Tahun Merdeka untuk novelnya Merpati Putih Terbang Lagi |
Osman Ayob - Dewan Bahasa dan Pustaka
Warna Sebuah Lembah merupakan novelnya yang terhasil daripada susah senang hidup di bandarraya Kuala Lumpur. Selain itu, Osman turut menghasilkan beberapa buah novel remaja kanak-kanak. Antaranya ialah Wira Malam, Hati yang Terguris dan Meniti Impian. Sepanjang penglibatannya dalam kegiatan penulisan kreatif, Osman pernah memenangi hadiah pertama dalam Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA III pada tahun 1981 dengan cerpen yang berjudul “Detik yang Tergugat”. Novelnya Meniti Impian, mendapat tempat kedua dalam Peraduan Sayembara Novel Remaja ASASI - kerajaan Negeri Kedah pada 1991. Osman juga sering mendapat hadiah sagu hati dalam Peraduan Cerpen Berunsur Islam anjuran Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1979 dan 1983, Hadiah Sastera Utusan–Public Bank (1990) dan tempat ketiga dalam Sayembara Novel Yayasan Sabah/GAPENA tahun
|
Nazel Hashim Mohamad - Dewan Bahasa dan Pustaka
Oktober 1979, di Tokyo, Jepun; Kursus Penyuntingan Naskhah, anjuran Akademi Penulis (15–17 Januari 1996). Sesekali beliau turut mengambil bahagian dalam peraduan menulis cerpen/novel untuk kanak-kanak. Hasilnya: cerpen “Hati yang Luhur” mendapat hadiah sagu hati dalam Peraduan Menulis Cerpen Kanak-kanak PUSTAKA 1978 (diantologikan dalam Wau Bulan Teraju Tiga, DBP: 1980); novel Terowong Khazanah menerima hadiah penghargaan dalam Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak, anjuran DBP |
Yahya Samah - Dewan Bahasa dan Pustaka
menumpukan kegiatannya dalam bidang kreatif dengan menulis cerpen untuk akhbar dan majalah serta radio. Dalam lapangan ini beberapa kali beliau memenangi hadiah, misalnya pada tahun 1956 beliau memenangi hadiah sagu hati dalam Peraduan Mengarang Cerpen anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan cerpennya “Daerah yang Terbiar”. Kemudian selain daripada memenangi hadiah untuk novelnya pada tahun 1958, beliau memenangi dua hadiah sagu hati untuk dua buah dramanya dalam peraduan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1963. Sejak pertengahan tahun 1960-an, Yahya memperlihatkan kecenderungannya menulis cerita-cerita yang berunsur seks
|
A. Rahman C.M. - Dewan Bahasa dan Pustaka
cerpennya "Sebuah Pinis" dipilih sebagai pemenang Hadiah Sastera Malaysia bagi tahun 1982/83. Cerpen-cerpen yang dihasilkannya telah dikumpulkan dalam dua buah kumpulan cerpen, iaitu Surat dari Penjara dan Potret Hati. Di samping itu, beberapa buah cerpen beliau turut termuat dalam antologi bersama penulis-penulis lain. Antaranya Sahabat, Suatu Subuh yang Bening dan Cerpen Malaysia. Beliau juga berjaya menyusun cerpen salah itu, A. Rahman C.M. pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penuh GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Nasional). KARYA Cerpen - Surat dari Penjara . Kuala Lumpur: Heinemann Educational Book (Asia) Ltd., 1978 - Potret Hati . Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1980 - Sahabat (antologi bersama). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984 - Suatu Subuh yang Bening (antologi bersama). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd |
|
Tesaurus |
---|
| tetap | 1. Bersinonim dengan kekal ( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, ) (adjektif:) Berantonim dengan sementara
2. Bersinonim dengan tidak putus-putus ( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, ) (kata tugas:) Berantonim dengan terhenti-henti
3. Bersinonim dengan pasti ( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan, |
|
Puisi |
---|
|
Burung pungguk burung dewata, Hinggap mari di ranting mati; Sungguhpun duduk jauh di mata, Kasih tetap di dalam hati.
Lihat selanjutnya... |
|