Ahmad Razali - Dewan Bahasa dan Pustaka
memenangi Hadiah Puisi Kebangsaan Esso-GAPENA 1989, turut termuat dalam antologi Di Atas Mimbar Merdeka . Puisi "Kejang" pula memenangi Hadiah Utusan Melayu-Public Bank pada tahun 1992. Ahmad Razali pernah menyertai seminar dan pertemuan sastera pada peringkat nasional dan antarabangsa. Antaranya, menyertai rombongan penulis PENA melawat Indonesia anjuran Jabatan Perdana Menteri (1973), Pertemuan Sastera di Jakarta (1975) dan Kongres Penulis-penulis Asia Pasifik di Manila (1978). Beliau juga menyertai Upacara Penyampaian Hadiah
|
K. Bali - Dewan Bahasa dan Pustaka
Jepun dan pengetahuan bahasa Jepun yang dimiliki ini memudahkan beliau belajar Bahasa Mandarin apabila British kembali memerintah. Beliau menamatkan pendidikan rendahnya pada akhir tahun 1947 dan mengambil keputusan tidak akan menyertai guru pelatih, sebaliknya berhasrat pergi ke Thailand. Di negeri jiran ini, beliau bersekolah di Sekolah Beluru I, Sungai Padi. Pada tahun 1948, K. Bali kembali ke Kelantan dan berkhidmat dengan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Thai. Beliau juga pernah menjadi kerani pembahagian beras catuan, penjual tiket wayang, pelukis poster iklan dan kerja-kerja sendiri yang lain. Pada tahun 1955, beliau menyertai kumpulan bangsawan "Booty Surya Negara” yang membuat persembahan ke seluruh Tanah Melayu, Brunei dan Sabah. Setelah puas merantau, akhirnya K. Bali membuat keputusan untuk menetap di Sabah. Di Sabah, K |
Noor S.M. - Dewan Bahasa dan Pustaka
malam penulis dan lain-lain. Noor S.M. juga ikut serta dalam menubuhkan Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor (KEMUDI) yang ditubuhkan pada tahun 1972. Pada tahun 1983, Noor S.M. menyertai APPA I – (Apresiasi Puncak Penyair ASEAN) di Bali. Beliau juga sering diundang membaca puisi dan menyertai kegiatan sastera di Indonesia, antaranya pada tahun 1984, beliau diundang membaca puisi di Pekanbaru. Pada tahun 1990, Noor S.M. diundang memberi ceramah sastera di Universitas Lancang Kuning dan Universitas
|
Jamdin B - Dewan Bahasa dan Pustaka
1969, beliau berpindah ke akhbar Daily Express sebagai pengarang. Ketika pentadbiran negeri Sabah memerlukan pegawai yang mahir dalam bidang penulisan dan penterjemahan, Jamdin menawarkan dirinya. Beliau meninggalkan alam persuratkhabaran dan menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Sabah pada tahun 1970 sebagai Pegawai Penterjemah Gred II di Biro Bahasa Malaysia, Jabatan Ketua Menteri. Meskipun dalam suasana kerja yang berlainan, beliau terus berjaya dalam kerjayanya melukis karikutur tokoh-tokoh politik. Antara karakter popular yang menjadi bahan karyanya ialah Sukarno, Marcos, Ho Chi Min, Nixon, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin tempatan yang lain. Apabila beliau menyertai Perkhidmatan Awam, beliau tidak lagi melukis kartun, sebaliknya menghasilkan lukisan realistik dan abstrak dan kontemporari. Beliau pernah menyertai beberapa pameran lukisan di Balai Seni Lukis Sabah pada tahun 1980-an |
Rahman Shaari - Dewan Bahasa dan Pustaka
menjadi pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Rahman mula meminati bidang bahasa dan mula menulis esei tentang gaya bahasa dan tatabahasa untuk majalah Pelita Bahasa. Pada tahun 1986, Rahman berpeluang menyertai Kursus Teater Pendidikan di Universiti Warwick, England. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga pernah menghantarnya menyertai Program Penulisan Antarabangsa, di Universiti Iowa, Amerika Syarikat, pada tahun 1991. Rahman Shaari pernah memenangi tempat pertama Peraduan Menulis Esei Sastera antara maktab-maktab perguruan pada tahun 1971. Selepas itu
|
Amil Jaya - Dewan Bahasa dan Pustaka
Jaya dihantar kembali mengajar di sekolah asalnya di Kampung Wangkod. Selepas itu, beliau ditukar mengajar di Sekolah Rendah Kerajaan Selupoh, Tuaran. Semasa mengajar di Sekolah Rendah Kerajaan Selupoh, Amil Jaya menyertai kelas lanjutan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) di Maktab Perguruan Kent, Tuaran. Kelas itu ditubuhkan oleh Pengetua Maktab tersebut, Anas Haji Ahmad, dalam usahanya meningkatkan kelulusan akademik guru-guru Sabah. Kelas hakiki kehidupan seperti yang terpancar pada cerpen "Nor Hayati", "Pak Sakar", "Pusaka Yang Hilang", "Lintah" dan "Tuntutan Kasih". Sepanjang hidupnya, Amil Jaya tidak pernah renggang daripada kegiatan kesusasteraan. Beliau sering menyertai seminar, simposium, dialog, bengkel dan ceramah sastera di peringkat, nasional dan antarabangsa. Malahan sebahagian besar daripada hidupnya didedikasikan kepada kecemerlangan dan kesuburan sastera Melayu, sama ada sebagai penulis sastera kreatif |
Puzi Hadi - Dewan Bahasa dan Pustaka
sastera pada awal tahun 1970-an. Pengalaman pertamanya mendeklamasi puisi ialah dalam Majlis Gema Puisi 1971 di Panggung Anniversary Kuala Lumpur dan beliau membaca puisinya yang berjudul “Balada”. Puzi turut menyertai Hari Puisi I di Tanjung Keling, Melaka dan membaca puisi karya Latiff Mohidin ala koir bagi mengenang “Bapa Penyair Melayu”, iaitu Pungguk. Pada Oktober 1991, Dewan Bahasa dan Pustaka memilih Puzi Hadi bersama-sama Awang Abdullah menyertai Program Penataran Penciptaan Sastera di Indonesia selama sebulan. Selain Jakarta, mereka berdua menjelajah ke Yogyakarta, Bali dan Surabaya. Hasil Program telah menemukan mereka dengan ramai sasterawan Indonesia, termasuklah Budi Darma
|
A. Samad Said - Dewan Bahasa dan Pustaka
dan Usman Awang, Said Zahari, Pengarang Utusan Melayu waktu itu berpindah sama, Samad Said juga turut berhijrah. A. Samad Ismail, Pengarang Berita Harian ketika itu, telah memujuk Samad Said agar menyertai Berita Harian . Di sekitar tahun 1960-an Samad sekali lagi bertukar kerja. Apabila A. Samad Ismail diberikan tugas lebih besar dalam surat khabar The New Straits Times, Samad Said pula |
Asmaranda - Dewan Bahasa dan Pustaka
Guru-guru Sekolah Melayu Daerah Pontian, mengadakan Peraduan Mengarang Cerpen, Sajak dan Rencana sempena Minggu Bahasa Melayu dan Pameran Buku oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di Dewan UMNO, Pontian, Asmaranda menyertai peraduan tersebut. Rencananya yang bertajuk "Guru yang Kita Kehendaki" memenangi hadiah kedua dan hadiahnya berupa sebuah buku karangan C. Hooykass, iaitu Penyedar Sastera . Asmaranda memulakan persekolahannya pada zaman pemerintahan Jepun
|
Dharmala N.S. - Dewan Bahasa dan Pustaka
mulai tahun 1960. Setelah tamat sekolah menengah, Dharmala menganggur selama lapan tahun, iaitu dari tahun 1961-1969. Sambil itu Dharmala belajar sendiri dengan menghadiri kelas malam. Pada tahun 1970 Dharmala menyertai sebuah parti politik pembangkang secara aktif serta menjadi pembantu kepada seorang Ahli Dewan Rakyat. Kecenderungannya terhadap politik begitu mendalam sehingga pada tahun 1974, mendorong Dharmala mengambil keputusan untuk bertanding dalam |
|
Tesaurus |
---|
| serta (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,
2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,
3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,
4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,
| Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta, |
|
|