Johan Jaafar - Dewan Bahasa dan Pustaka
wadah budaya dan sastera. Selain memulakan penerbitan majalah seperti Pemikir, Mangga, Kawan, Cerdas Pintar, Saji, Rias dan Hai, beliau juga telah cuba untuk menerbitkan majalah sastera berjudul Karya. Majalah ini mahu dijadikannya versi popular Dewan Sastera. Majalah ini bagaimanapun ditutup ekoran kegawatan ekonomi yang turut menjejaskan prestasi Syarikat Utusan Melayu pada tahun 1998. Johan juga memberi nafas dan wajah baru pada pada penerbitan di bawah kelolaannya. Johan percaya bahawa Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia ketika itu dilihat sebagai akhbar yang sememangnya berpengaruh tetapi terasa kurang inti ilmu dan teras budayanya. Johan mahu kedua-dua buah akhbar itu menjadi lebih serius tanpa perlu mengorbankan kekuatan tradisinya. Kedua-duanya harus terus “laku” di kalangan pembaca tradisinya dan pada waktu yang sama menarik pembaca baru
|
Anis - Dewan Bahasa dan Pustaka
cerpen. Baginya, genre cereka ini lebih mencabar kerana menuntut kekayaan imaginasi, fikiran dan kekuatan retorik. Setelah setiap minggu menatap karya-karya cereka yang terpapar di dada akhbar mingguan, timbul keinginan mahu mencuba setakat mana bakat dan kekuatan menulis dapat dimanfaatkannya. Cerpen pertama beliau tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia , berjudul "Pulang Hari Raya" bertarikh 15 Januari 1967. Dari tarikh tersebut, satu demi |
Atan Long - Dewan Bahasa dan Pustaka
Universiti Malaya. Suboh disiapkan pada pukul 1.00 tengah hari, Rabu, 31 April 1963. Tema yang dikemukakan dalam novel ini ialah perubahan nasib yang lebih baik oleh satu keluarga yang mahu menukar corak kehidupan mereka. Novel ini pernah digunakan sebagai buku teks sastera untuk tingkatan 5. Atan Long mendapat pendidikan awal di sekolah melayu di Muar dan kemudian ke Maktab Perguruan
|
Baharuddin Kahar - Dewan Bahasa dan Pustaka
24 Disember 1946, di Pekan Lama, Tanjung Rambutan, Perak. ALAMAT : No. 99, Jalan Temenggong, 81006 Segamat, Johor Darul Takzim. PADA AWAL tahun 1970-an, Baharuddin Kahar menggemari muzik dan berhasrat mahu menjadi pemuzik yang berjaya. Setelah mencuba nasib di bidang ini, usahanya tidak berhasil. Baharuddin mencuba pula bidang penulisan dan ternyata lapangan ini memang miliknya. Bakatnya terserlah dalam bidang ini dan |
Laman Rasmi Dewan Bahasa dan P
minat pembaca dari awal sampai akhir. Pembaca ikut berasakan segala resah gelisah dan kekusutan fikiran yang dialami oleh Mazni sehingga ikut bersimpati dengannya. Novel ini memberi kesan bahawa amanat yang mahu disampaikan oleh Khadijah ialah tidak ada sesuatu yang dapat menghalang seseorang mencapai hasratnya asalkan dia tetap berusaha dan yakin pada diri sendiri. Hasil kegiatannya menulis novel, Khadijah telah berjaya memenangi
|
Latiff Mohidin - Dewan Bahasa dan Pustaka
Puisi-puisi Latiff tidak bertujuan membicarakan sistem atau ideologi yang besar kerana ia lahir terus daripada sumber batin dan pengalaman sehari-hari peribadi penyair sendiri. Sia-sia sahaja jika kita mahu mencari masalah “pertentangan kelas, penindasan kebebasan atau pesanan pembangunan” di dalam puisinya. Yang mengalir dalam puisinya ialah kesan-kesan perasaan, kenangan mimpi dan lapisan pengalaman melalui imaginasinya. Pembaca juga akan |
Mohd. Yusof Hasan - Dewan Bahasa dan Pustaka
meninggalkan alam persekolahan. Sewaktu mengajar di sekolah rendah itulah beliau mengikuti Kursus Perguruan di Pusat Latihan Harian dan setelah tamat kursus, Mohd. Yusof mengajar di sekolah menengah. Kemudian, dengan hasrat mahu meningkatkan kerjayanya, Mohd. Yusof menerima tawaran sebagai tutor di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1973-1975. Mulai tahun 1985, beliau berpindah jawatan ke Universiti Utara Malaysia, juga sebagai pensyarah di
|
Razak Mamat - Dewan Bahasa dan Pustaka
yang berjudul “Kakak”, karya penuntut Universiti Sains Malaysia. Penuntut ini sebenarnya tidak pernah berangan-angan untuk menjadi penulis. Beliau menulis cerpen kerana begitulah syaratnya untuk meraih segulung ijazah. Dengan tekad mahu lulus peperiksaan, Razak melarikkan kata demi kata, mengadunkan sebuah cerita. Akhirnya terciptalah 10 buah cerpen. Sebelum diserahkan kepada pensyarah yang berkenaan, beliau menyemak dan membaca semula cerpen-cerpen yang tercipta |
Hamdam - Dewan Bahasa dan Pustaka
Tun Kudu, pembaca mendapat kesan yang jelas tentang sikap, pendirian dan semangat kebangsaan Hamdam yang begitu kuat. Hamdam banyak menyarankan bahawa bangsa Melayu tidak harus berpecah belah, malah dia tidak mahu bangsa Melayu sendiri dipermain-mainkan oleh penjajah. Baik semasa berkhidmat di Utusan Melayu mahupun di Melayu Raya, Hamdam banyak terlibat dengan pergolakan politik orang Melayu waktu itu. Sikap dan pendiriannya
|
Harun bin Haji Salleh - Dewan Bahasa dan Pustaka
semasa merantau. Apabila usia, meningkat Harun menemui kematangan berkarya, lalu beliau yakin dengan nama sendiri. Ternyata dengan nama sendiri, Harun lebih berjaya dan lebih dikenali. Menurut Harun, jika sesuatu karya mahu dihasilkan, beliau akan mencatat idea-idea yang terlintas dan membuat lakaran penceritaan. Catatan itu biasanya dilakukan dalam tulisan jawi. Kemudian barulah sesuatu cerita itu diolah dan ditaip bersih. Karya-karya |
|
Tesaurus |
---|
| mahu (kata kerja) | Bersinonim dengan hendak, ingin, berkeinginan, berkepingin, berhajat, berhasrat, berkenan, bersedia,
sanggup, rela, sudi, reda; suka, gemar, berminat, berharap, bercita-cita, berazam, mengidam,
dahaga akan, damba akan, berahi akan, sir, embuh, kasik, lepau;, | | Kata Terbitan : mahu tak mahu, mahupun, semahunya, semahu-mahunya, kemahuan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan pergi seberang, Semai padi tumbuh lalang; Saya umpama beras segantang, Mahu lebih tak mahu kurang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 42 A bird in the hand is worth two in the bush Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula. Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|