Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
Extensible Markup Language (XML) | Bahasa Penanda Tambahan (XML) | Bahasa penanda berdasarkan Bahasa Penanda Teritlak Piawai (SGML) yang digunakan untuk pengekodan teks digital. Semua tanda mesti berpasangan seperti untuk tanda permulaan dan untuk tanda akhir atau untuk gabungan tanda permulaan dan tanda |
dialect corpus | korpus dialek | Korpus lisan untuk kajian variasi bahasa yang mengandungi dialek di sesuatu kawasan. Korpus ini dikategorikan mengikut dialek dan skema pengekodan digunakan untuk membezakan varian sebutan antara dialek. |
Dialogue Annotation Tool (DAT) | Perisian Anotasi Dialog (DAT) | Perisian yang direka untuk mengaplikasikan skema penanda tindakan wacana (DAMSL) pada teks korpus yang memungkinkan anotasi pelbagai lapisan maklumat yang relevan untuk kefahaman dan analisis perbualan spontan. |
ditto tags | tanda ditto | Tanda yang sama digunakan untuk menandai setiap unsur dalam sesuatu frasa atau rangkai kata. Misalnya dalam ayat Asmiah sering kali membantu mereka, sering kali berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja. Tanda yang sama KS digunakan untuk sering_KS |
accented character | aksara bertanda | Huruf, angka, simbol dan lain-lain yang mempunyai tanda diakritik yang ditambahkan pada huruf, angka atau simbol tersebut untuk memberi nilai linguistik tertentu. Dalam korpus, aksara bertanda ini perlu dikodkan dengan penggunaan simbol & untuk permulaa |
text capture | tangkapan teks | Proses awal untuk mengumpul teks dalam pembinaan korpus melalui pengimbasan, penaipan papan kekunci dan pemindahan secara elektronik. |
LancsBox | LancsBox | Pakej perisian generasi baharu untuk menganalisis data dan korpus pelbagai bahasa. Perisian ini mampu memaparkan analisis data bahasa secara visual. |
factor analysis | analisis faktor | Kaedah statistik untuk menganalisis set data yang mempunyai banyak pemboleh ubah. Analisis ini mengurangkan pemboleh ubah yang banyak kepada hanya beberapa pemboleh ubah utama melalui pengelompokan pemboleh ubah yang sama cirinya. |
pedagogic corpus | korpus pedagogi | Korpus yang digunakan untuk pengajaran bahasa yang hanya terdiri daripada bahasa yang telah didedahkan kepada pelajar di dalam bilik darjah. |
log-likelihood | log kebolehjadian | Ujian keertian statistik untuk melihat perbezaan antara dua pemboleh ubah yang sering digunakan dalam analisis kolokasi atau kata kunci. |
|
Tesaurus |
---|
| untuk (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan bagi: bahagian, habuan, umpuk, hak,
2. Bersinonim dengan guna: buat, bagi, bakal,
3. Bersinonim dengan sebagai: dijadikan sebagai, digunakan sebagai,
4. Bersinonim dengan supaya: agar, moga,
| Kata Terbitan : memperuntukkan, peruntukan, |
|
Puisi |
---|
|
Hendak memetik daun palas, Buat isi buah berangan; Berbudi bukan minta balas, Hanya untuk kenang-kenangan.
Lihat selanjutnya... |
|