Kata Istilah |
Kata Sasar |
Kata Takrif |
Institut für Maschinelle Sprachverarbeitung (IMS) Corpus Work Bench | Meja Kerja Korpus Institut für Maschinelle Sprachverarbeitung | Perisian konkordans yang mampu menangani pertanyaan kompleks dalam korpora ekabahasa dan korpora selari. Perisian ini dapat membaca tanda dan teks yang ditandai Bahasa Penanda Teritlak Piawai (SGML). |
parsing | penghuraian | Proses menghuraikan dan menandai struktur sintaksis teks mengikut kategori seperti frasa nama, frasa kerja dan klausa. |
Pangkalan Data Alam Tamadun Melayu (PADAT) | Pangkalan Data Alam Tamadun Melayu (PADAT) | Koleksi bahan makalah jurnal, bab buku, kertas kerja, tesis, laporan dan dokumen lain yang berkaitan pengajian Alam Melayu. |
content words | kata isi | Perkataan yang mempunyai makna dan boleh berdiri sendiri dalam ayat. Kata isi ini terdiri daripada golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Kata isi dikenali juga sebagai kata leksikal. |
parts-of-speech tags (POS tags) | tanda golongan kata (POS tags) | Kod yang diberikan pada setiap perkataan dalam korpus untuk menunjukkan kategori tatabahasa perkataan itu contohnya kata nama, kata kerja, kata adjektif dan sebagainya. |
ditto tags | tanda ditto | Tanda yang sama digunakan untuk menandai setiap unsur dalam sesuatu frasa atau rangkai kata. Misalnya dalam ayat Asmiah sering kali membantu mereka, sering kali berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja. Tanda yang sama KS digunakan untuk sering_KS |
consistency | ketekalan | Keadaan yang tetap dan konsisten dalam cara anotasi data korpus. Contohnya, perkataan akan boleh dianotasi sebagai kata sendi apabila hadir di hadapan kata nama dan dianotasi sebagai kata bantu apabila hadir di hadapan kata kerja. |
phrase structure | struktur frasa | Unsur utama yang membina ayat. Contohnya frasa bagi ayat Beberapa orang pelajar menonton televisyen adalah seperti yang berikut: A= [FN Beberapa orang pelajar ] [ FK menonton] [ FN televisyen] A = ayat, FN = frasa nama, FK = frasa kerja |
|
Tesaurus |
---|
| kerja (kata nama) | 1. Bersinonim dengan khidmat: pekerjaan, tugas, tanggungjawab, kewajipan, gawai, usaha, urusan, kegiatan,
2. Bersinonim dengan karya: hasil keluaran, hasil penat lelah, hasil titik peluh, seliaan, kelolaan,
kendalian,
| Kata Terbitan : sekerja, bekerja, mengerjakan, terkerjakan, pekerjaan, sepekerjaan, berpekerjaan, pengerjaan, pekerja, pengerja, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau saya kerja di bukit, Kerja pula atas papan; Malu saya bukan sedikit, Sudah heboh ratanya orang.
Lihat selanjutnya... |
|