Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tamak hilang malu, loba dapat kebiasaan.

Takrif

Perolehan yang tidak mencukupi menyebabkan berbuat kerja-kerja yang terhina.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat.

Takrif

Bekerja dengan tidak menurut peraturan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerja raja dijunjung, kerja kita (= sendiri) dikelek.

Takrif

Menyambilkan pekerjaan sendiri ketika mengerjakan pekerjaan orang lain. dikelek = dibawa di bawah ketiak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat.

Takrif

Kerja apa pun suka, kepada siapa pun kasih. (Bandingkan dengan: Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat). hubah = suka.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berbuat kerja seperti yajud wa majud.

Takrif

Seseorang yang bekerja setengah jalan kerana malas atau kerana kesibukannya. yajud wa majud = suku bangsa yang akan membinasakan dunia apabila telah hampir kiamat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berbuat kerja seperti Mak Judai.

Takrif

Selalu membengkalaikan pekerjaannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting.

Takrif

Malas bekerja tetapi banyak makan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sedikit kerja, banyak berantun.

Takrif

Orang pemalas lebih suka bersolek daripada bersusah payah. berantun = bersolek, berhias.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Silang berpangkal, kerja berjunjung.

Takrif

Dalam tiap-tiap pekerjaan mestilah ada yang dituakan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerja baik berimbauan, datang buruk (= malang) berhamburan.

Takrif

Kerja baik dirundingkan, waktu kemalangan dibantu beramai-ramai. berhamburan = maksudnya datang dalam peribahasa ini.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Puisi
 

Kalau saya kerja di bukit,
     Kerja pula atas papan;
Malu saya bukan sedikit,
     Sudah heboh ratanya orang.



Lihat selanjutnya...