Kata |
Takrif |
Sumber |
enteng | (bkn kerja, hal dsb) mudah dilakukan, diselesaikan dsb tanpa menghadapi sebarang masalah | Kamus Dewan Perdana |
erg | unit utk mengukur tenaga atau kerja. Satu erg bersamaan dgn 10 -joule | Kamus Dewan Perdana |
mengesokkan | menjadikan (sst kerja atau hal) dilakukan esok | Kamus Dewan Perdana |
mengentengkan | meringankan atau memudahkan (sst kerja, hal dsb) | Kamus Dewan Perdana |
ergonomik | kajian ttg hubungan kecekapan pekerja dgn persekitaran tempat kerja dan peralatan yg digunakannya | Kamus Dewan Perdana |
e-penerbitan | penerbitan bahan atau dokumen yg kerja editorial dilaksanakan secara elektronik utk menghasilkan bahan digital, mis e-jurnal, e-majalah, e-buku dan e-dokumen | Kamus Dewan Perdana |
elaun | bayaran selain gaji yg diberikan kpd sso pekerja krn melakukan sst kerja atau utk perkara tertentu | Kamus Dewan Perdana |
entropi | ciri termodinamik sst sistem yg mengukur ketaktertiban atom, ion atau molekul sst sistem, iaitu ketiadaan haba dlm sst sistem utk diubah kpd kerja mekanikal. Simbol: S | Kamus Dewan Perdana |
etuna | gas tidak berwarna dlm kumpulan alkuna yg mengeluarkan haba yg banyak dan cahaya yg terang apb dibakar, digunakan sbg bahan api dlm lampu karbida dan dlm kerja pengimpalan. Etuna ialah kata teknikal bagi asetilena. Formula: CH | Kamus Dewan Perdana |
|
Tesaurus |
---|
| kerja (kata nama) | 1. Bersinonim dengan khidmat: pekerjaan, tugas, tanggungjawab, kewajipan, gawai, usaha, urusan, kegiatan,
2. Bersinonim dengan karya: hasil keluaran, hasil penat lelah, hasil titik peluh, seliaan, kelolaan,
kendalian,
| Kata Terbitan : sekerja, bekerja, mengerjakan, terkerjakan, pekerjaan, sepekerjaan, berpekerjaan, pengerjaan, pekerja, pengerja, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau saya kerja di bukit, Kerja pula atas papan; Malu saya bukan sedikit, Sudah heboh ratanya orang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 288 Kill two birds with one stone Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there. Kami betul-betul seperti sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|