Pantun |
Sumber |
Tema |
Untuk apa membeli renda, Untuk memperindah sulaman; Untuk apa berbini janda, Untuk menambah pengalaman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Untuk apa kain panjang, Untuk alas tempat tikar; Untuk apa main belakang, Untuk membalas tak jujur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Untuk apa mencari manggis, Untuk dimakan lainnya sedap; Untuk apa membeli keris, Untuk menjaga laki menyelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Untuk apa membeli batik, Untuk jadi kenang-kenangan; Untuk apa berbini cantik, Untuk jadi timang-timangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Untuk apa orang menyepuh, Untuk menguatkan mata parang; Untuk apa abang bersimpuh, Untuk memohon kasih sayang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Untuk apa menjala limbat, Untuk dijual setiap hari; Untuk apa bekerja berat, Untuk bekal hidup nanti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Untuk apa memasang belebat, Untuk tumpuan batang gelegar; Untuk apa membilang adat, Untuk menentukan salah dan benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Untuk apa orang menari, Untuk dapat bersukacita; Untuk apa abang ke mari, Untuk melihat wajah dinda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Untuk apa megerat kelim, Untuk rumah di tepi ladang; Untuk apa surat kukirim, Untuk menambah kasih sayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Api arang untuk menggulai, Sudah masak makan bersama; Hati orang elok perangai, Di mana tegak akan ternama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| untuk (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan bagi: bahagian, habuan, umpuk, hak,
2. Bersinonim dengan guna: buat, bagi, bakal,
3. Bersinonim dengan sebagai: dijadikan sebagai, digunakan sebagai,
4. Bersinonim dengan supaya: agar, moga,
| Kata Terbitan : memperuntukkan, peruntukan, |
|
Puisi |
---|
|
Hendak memetik daun palas, Buat isi buah berangan; Berbudi bukan minta balas, Hanya untuk kenang-kenangan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 88 You can catch more flies with honey than with vinegar Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu) Batu pun empuk, jangankan manusia If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar. Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, batu pun empuk, jangankan manusia . Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|