Pantun |
Sumber |
Tema |
Pucuk tumbuh bidara tumbuh, Tumbuh-tumbuh jadi di darat; Adik sungguh abang pun sungguh, Kalau sudi berkirim surat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tumbuh rumput lalang, Penuh dengan cendawan; Ada warga cemerlang, Ada warga bangsawan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Tumbuh lalang binasa padi, Lelah menugal tiada faedah; Sungguh malang tua keladi, Kerana gatal kepala pecah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tumbuh lalang menjadi belukar, Semut pun suka membuat sarang; Sungguh malang jadi pembesar, Kentutnya saja diributkan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tumbuh lalang menjadi semak, Semak menyemak di bantal orang; Sungguh malang bini memepak Anaknya besar menjadi seteru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tumbuh lalang menjadi semak, Semak menyemak di bantal orang; Sungguh malang bini memepak Anak berserak bagai terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tumbuh lalang berdiri tegak, Bilalah tinggi baru dikerat; Sungguh malang berbini banyak, Ke mana pergi bini mengumpat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tumbuh lalang menjadi rebung Di berak kucing tiada berguna; Sungguh malang berlaki bingung, Diajak berunding mulut menganga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tumbuh lalang di tepi teratak, Semilunya tajam bagaikan panah; Sungguh malang berbini banyak, Satu berhentam semua menyumpah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tumbuh lalang menjadi rebung, Sedap sekali dibuat sayur; Sungguh malang berlaki ompong, Setiap hari memasak bubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| tumbuh (kata kerja) | Bersinonim dengan hidup bercambah, berkecambah, bertunas, berdaun, berhimpang, bercadung, beranak, subur, naik, terbit, timbul, muncul, keluar, membiak, menjalar, merebak;, | | Kata Terbitan : menumbuhkan, tumbuhan, tumbuh-tumbuhan, ketumbuhan, pertumbuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Kacang kelisa tumbuh di dusun, Tumbuh sepohon di tiang layang; Kami menyambut bersusun-susun, Kerana meraikan pengantin datang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 614 One good turn deserves another Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita). Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh. ''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me. ''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh,'' kata Salina kepada saya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|