| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Pohon tumbang dilanggar gajah, Ambil daun dibuat pais; Bertahun-tahun Sarawak dijajah, Dijajah Jepun dijajah Inggeris. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Buluh betung tumbang berderap, Patah berderap bunyi menderu; Sungguh beruntung orang berkurap, Petah bercakap sambil menggaru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Tetak buluh tumbang ke gunung, Anak ular ada di dalam; Petang-petang duduk termenung, Ingatkan kasih bertambah dendam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau ke sini tumbang keranji, Habislah ranap pokok pinang; Kalau begini rupanya janji, Bilalah cakap boleh dipegang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Buluh betung ditebang jauh, Tumbang ke bumi tidak tegak; Sungguh beruntung orang lumpuh, Orang berlari awak merangkak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Bunyi pagar dipaut jentera, Tumbang sebatang pokok kapas; Bumi bergegar laut bergelora, Insan lemas tidak bernafas. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Pokok berembang pokok bidara, Tumbang berpaut di dahan bakau; Kalau tuah memang ada, Jatuh ke laut menjadi pulau. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Apa dikutip pisang nak tumbang, Cincin permata di dalam cawan; Apa kisik abang nak pulang, Air mata sepanjang jalan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Berangan diisi dalam timba, Pauh tumbang di Pangkalan Sapi; Jangan mimpi gagak di rimba, Jauh panggang dari api. null null null null | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
| Bila batang tidak berakar, Tentulah tumbang jatuh ke tanah; Bila hutang tidak terbayar, Seteru datang musuh bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | tumbang (kata kerja) | | Bersinonim dengan jatuh, rebah, runtuh, roboh, gugur, luruh, tergolek, terbaring, tertiarap, tersungkur, terbalik, rontok, rampak;, | | | Kata Terbitan : menumbangkan, |
|
| Puisi |
|---|
|
Kalau ke sini tumbang keranji, Habislah ranap pokok pinang; Kalau begini rupanya janji, Bilalah cakap boleh dipegang.
Lihat selanjutnya... |
|