Pantun |
Sumber |
Tema |
Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek hanyut ke tanjung; Budi terkenang mulut tersebut, Budi baik rasa nak junjung. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Tenang-tenang air laut, Sampan kolek mudik ke hulu; Hati terkenang mulut menyebut, Orang benci kita tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lubuk Danti tepian Danta, Buaya mudik tenang-tenang; Kunci hati tutuplah mata, Supaya badan rasa senang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Adat berlabuh pada yang tenang, Bila tak tenang perahu pecah; Adat mengasuh berdada lapang, Bila tak lapang tentu berbantah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Air tenang dibawa belayar, Ketika balik jaring direntang; Hati bercabang dada berdebar, Menengok adik dijeling orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Air tenang nampak termenung, Hendak berenang terasa takut; Kalau asal kain ditenun, Lulus jarum benang mengikut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ulit tenang mudik suasih, Pergi ke teluk menarah papan; Bila terkenang budi kasih, Nasi sesenduk tidak termakan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Air pasang tenang di hulu, Kain tudung hias di pintu; Jika terkenang masa dahulu, Jantung berperang dengan hempedu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Andainya laut sudah tenang, Cepat-cepat memasang layar; Andainya perut sudah kenyang, lngat-ingat orang yang lapar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yang parit airnya tenang, Yang laut ombaknya besar; Orang semput bawa berlapang, Orang kalut bawa bersabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| tenang (adjektif) | 1. Bersinonim dengan teduh: reda, hening, tidak berombak, tidak bergelora, Berantonim dengan bergelora
2. Bersinonim dengan tenteram: lega, lapang dada, damai, bahagia, sejahtera, tabah, sabar, jenjam, kalem, Berantonim dengan runsing gelabah
3. Bersinonim dengan aman: damai, sentosa, harmoni, rukun, Berantonim dengan huru-hara
| Kata Terbitan : bertenang, menenangkan, ketenangan, penenang, |
|
Puisi |
---|
|
Tenang-tenang air laut, Sampan kolek mudik ke hulu; Hati terkenang mulut menyebut, Orang benci kita tak tahu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 19 A barking dog never bites Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya. Hari guruh tak akan hujan "I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly. "Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. " Hari guruh tak akan hujan ," jawab Ali dengan tenang. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|