Pantun |
Sumber |
Tema |
Banyak tempat perkara tempat, Paling buruk tempat berkelah; Banyak umpat perkara umpat, Paling buruk mengumpat Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kaki lima tempat bersembang, Tempat orang menjual keledek; Lelaki sekarang berambut panjang, Perempuan pula berambut pendek. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Rumah batu atap bata, Tempat mamak buat roti; Tempat tak tentu jangan kata, Tempat gamak boleh jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tempat bersarang pohon rambutan, Belanak budu tidak bergaram; Tanah sehasta jadi rebutan, Anak menumpang di tanah haram. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Tempat orang menjual keledek, Buah salak daun pandan; Perempuan pula berambut pendek, Salah pandang macam pondan. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Ambil galah kupaskan jantung, Orang Arab bergoreng kicap; Kepada Allah tempat bergantung, Kepada nabi tempat mengucap. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Pagi-pagi makan nasi lemak, Mari makan sambil mengarut; Yang terkena tu tempat tak gamak, Tempat yang bagus tak mahu diturut. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Laman tempat orang berjudi, Kalau kalah lari ke mana Kalau tak jumpa teman sejati, Abang nak bujang selama mana? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Besarlah tikar tempat bersila, Di situ budak memakan sirih; Biarpun lapar melarat pula, Kasihku tidak akan beralih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pulau Rupat tempat menugal, Tanah ladang padinya subur; Risaulah umat melihat bilal, Sesudah bang dia pun tidur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| tempat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan bekas: wadah
2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,
3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,
| Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan, |
|
Puisi |
---|
|
Ambil galah kupaskan jantung, Orang Arab bergoreng kicap; Kepada Allah tempat bergantung, Kepada nabi tempat mengucap.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 261 East, west, home's the best Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri. Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri kita. My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best. Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik lagi di negeri sendiri. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|