Pantun |
Sumber |
Tema |
Zaman silam zaman beradat, Kini adat dilupakan orang; Siang malam fikiran tumpat, Binilah berat mentua pulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman silam banyak kenangan, Peristiwa penting jadi sejarah; Siang dan malam tak mahu makan, Kerana pening tak jadi nikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman silam sudahlah lampau, Kita memandang ke masa depan; Siang dan malam berasa risau, Kakilah goyang kepala beruban. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Gegap gempita suara gendang, Muzik berperang di masa silam; Gelap rasanya dunia abang, Adik kupandang bermuka masam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sebilah parang diasah tajam, Pandir hendak pergi menuai; Bila teringat sejarah silam, Air mata menganak sungai. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Antara petang hingga malam, Di sana orang berebut mandi; Bila kukenang ke masa silam, Kita bertunang tak patut lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| silam (adjektif) | 1. Bersinonim dengan gelap: kelam, suram, muram, buram, kusam, usam, redup, mendung, gabak, Berantonim dengan cerah
2. Dalam konteks matahari bersinonim dengan terbenam, tenggelam,
3. Bersinonim dengan telah lampau: telah lalu, lepas, dahulu, Berantonim dengan kini
| Kata Terbitan : menyilamkan, |
|
Peribahasa |
---|
| 65 Make bricks without straw Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya. Seperti hendak menepung tiada berberas We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|