| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Ketuku batang ketakal, Duanya batang keladi moyang; Kita sesuku serta seasal, Kita senenek serta semoyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Belilah kain serta selendang, Untuk dipakai ke helat jamu; Hatiku ingin menyapa abang, Orang ramai rasanya malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Belilah haruan serta belanak, Dapat dipindah sesudah bersih; Hati menyetan dadaku bengkak, Melihat abang berpindah kasih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Belilah baju serta selendang, Dapat dipakai ke helat jamu; Hatiku rindu kepada abang, Hajat sampai dapat bertemu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Orang menekat serta menyulam, Terlalu asyik banyak yang pening; Abang ibarat pelita padam, Sumbu pendek minyak pun kering. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Berbunyi mawas serta bangsi, Raja Janjuma dari seberang; Syurga terbuka saya tangisi, Hendak menumpang ilmu pun kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Banyak pinang serta sayur, Bunga pekan dalam cerana; Hati perut bagai dilayur, Dengar pesan abang di sana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kata tua kata berilmu, llmu dunia serta akhirat; Hina bangsa tiada bermalu, Malu punah tibalah laknat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kalau helat hendak ramai, Bunyikan gendang serta tetawak; Kalau adat hendak dipakai, Berhati lapang bicara bijak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kalau helat hendak ramai, Banyakkan lauk serta penganan; Kalau adat hendak dipakai, Tegak budak memelihara beriman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | serta (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,
2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,
3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,
4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,
| | Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta, |
|
| Puisi |
|---|
|
Banyak pinang serta sayur, Bunga pekan dalam cerana; Hati perut bagai dilayur, Dengar pesan abang di sana.
Lihat selanjutnya... |
|