Pantun |
Sumber |
Tema |
Selera melayung di pangkal kuini, Batang buluh di balik sialang; Suara abang tinggal di sini, Batang tubuh berbalik pulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bila selera sudah patah, Lauk terhidang makan tak mahu; Bila bersaudara salah-menyalah, Ditengok orang awak kan malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pucuk dedap selera dedap, Sudah berangkai dengan petani; Duduk hendak membaca kitab, Sudah pandai tegak berdiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau tuan selasih dani, Pucuk sembung selera muda; Kalau tuan kasihkan kami, Carilah tumbung kelapa muda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang patah selera; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang hidup sengsara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Supaya makan dapat berhemat, Jangan lagi menuruti selera; Supaya iman tidak berkarat, Luruskan hati takuti dosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Dari Jeddah sampai ke Madinah, Singgah sebentar menjamu selera; Inilah padah tidak amanah, Kerana rasuah masuk penjara. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Andainya tekak tak mahu makan, Usahakan cari menurut selera; Andainya awak tak tahu jalan, Jangan sekali malu bertanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Perahu Keling berjala getah, Supaya laris murahlah harga; Baru bersanding selera patah, Disangka gadis rupanya janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak tempua ditimpa antan, Kaki luka mulut berdarah; Awaklah tua selera menyetan, Berbini muda lutut pun goyah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| selera (kata nama) | 1. Dalam konteks makanan bersinonim dengan keinginan, nafsu makan, syarah, dorongan,
2. Bersinonim dengan kegemaran: pilihan, kecenderungan, kesukaan, cita rasa, hasrat, kemahuan, kehendak, minat, harapan, animo, perhatian, sir, hajat, Berantonim dengan kebencian
3. Bersinonim dengan nafsu: keinginan, keghairahan, idaman, kehausan, hajat,
| Kata Terbitan : berselera, menyelerakan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan selasih dani, Pucuk sembung selera muda; Kalau tuan kasihkan kami, Carilah tumbung kelapa muda.
Lihat selanjutnya... |
|